Definisi
Apa itu Varian Esofagus?
Varian esofagus adalah vena yang tidak normal dan membesar di dalam tiub yang menghubungkan kerongkong dan perut (esofagus). Keadaan ini paling kerap berlaku pada orang yang mempunyai penyakit hati yang serius.
Varian esophagus terjadi apabila aliran darah normal ke hati tersekat disebabkan oleh darah beku atau parut tisu di hati. Untuk mengelilingi sekatan ni, darah mengalir ke saluran darah yang lebih kecil yang tidak direka untuk membawa darah berkapasiti besar. Saluran darah ini boleh bocor atau pecah, yang boleh mengancam nyawa.
Sebilangan ubat dan prosedur perubatan boleh membantu mencegah dan menghentikan pendarahan daripada varian esofagus
Apakah kebarangkalian Varian Esofagus?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Varian Esofagus?
Varian esofagus biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda dan simptom kecuali pendarahan berlaku. Tanda-tanda dan simptom pendarahan varian esophagus termasuklah :
- Muntah dan terdapat sejumlah darah dalam muntah.
- Najis hitam, warna tar atau berdarah.
- Pening kepala.
- Tidak sedar diri (dalam kes yang teruk)
Doktor anda mungkin mengesyaki varian esofagus jika anda mempunyai tanda-tanda penyakit hati, termasuk :
- Warna kuning pada kulit dan mata (penyakit kuning)
- Mudah untuk berdarah atau lebam
- Pembentukan cecair di dalam perut (ascites)
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak secara berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca
Apakah punca Varian Esofagus?
Hati adalah organ yang membersihkan toksin daripada darah. Portal vena membawa darah ke hati. Varian esofagus biasanya berlaku kepada orang yang mempunya penyakit hati. Aliran darah melalui hati menjadi lambat jika terdapatnya penyakit hati. Apabila ini berlaku, tekanan di dalam portal vena naik.
Tekanan darah tinggi di portal vena (hipertensi portal) menolak darah ke dalam saluran darah sekitar, termasuk saluran di esofagus. Saluran darah ini mempunyai dinding yang nipis dan berdekatan dengan permukaan. Darah tambahan akan menyebabkan saluran berkembang dan bengkak. Varian juga boleh terjadi di dalam saluran darah yang kecil di bahagian atas perut.
Sekiranya tekanan yang disebabkan oleh darah tambahan ini menjadi terlalu tinggi, varian boleh pecah dan berdarah. Perdarahan adalah kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera. Pendarahan yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kejutan dan kematian.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Varian Esofagus?
Tidak semua orang yang mempunyai varian esofagus akan mengalami pendarahan. Faktor-faktor yang meningkatkan risiko pendarahan termasuk :
- Tekanan darah portal yang tinggi. Semakin tinggi tekanan portal, semakin besar risiko pendarahan.
- Varian yang besar. Risiko pendarahan meningkat dengan saiz varian.
- Penyakit hati yang teruk. Cirrhosis yang sudah lanjut atau kerosakkan hati boleh meningkatkan risiko.
- Penggunaan alkohol yang berterusan. Untuk pesakit yang mempunyai varices yang disebabkan alkohol, minum secara berterusan boleh meningkatkan risiko pendarahan.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Varian Esofagus didiagnosis?
Sekiranya anda mengalami cirrhosis, doktor melakukan ujian pemeriksaan kepada anda untuk varian esofagus apabila anda disyaki. Berapa kerap anda akan menjalani ujian pemeriksaan bergantung kepada keadaan anda. Ujian utama yang digunakan untuk pemeriksaan varian esofagus adalah :
Ujian endoskopi. Prosedur yang dipanggil sebagai endoskopi gastrousus atas adalah kaedah utama pemeriksaan untuk varian. Doktor anda akan memasukkan tiub yang nipis, fleksibel, tiub bernyala (endoskopi) melalui mulut anda dan ke dalam esofagus, perut dan permulaan usus kecil anda (duodenum). Doktor akan mencari vein yang mengembang, mengukur, jika didapati, dan memeriksa garis merah dan bintik merah, yang ini biasanya menunjukkan risiko pendarahan yang ketara. Rawatan boleh dilakukan semasa pemeriksaan.
Ujian imej. Pemeriksaan CT abdomen dan ultrasound Doppler saluran darah splenik dan portal boleh mencadangkan kehadiran varian esofagus.
Endoskopi kapsul. Dalam ujian ini, anda akan menelan kapsul berukuran vitamin yang mengandungi kamera kecil, yang mengambil gambar esofagus semasa ia melalui saluran pencernaan anda. Ini mungkin menjadi pilihan untuk orang yang tidak mampu atau tidak mahu membuat ujian endoskopi. Teknologi ini lebih mahal daripada ujian endoskopi biasa dan tidak tersedia..
Bagaimana pesakit Varian Esofagus dirawat?
Matlamat utama dalam merawat varian esofagus adalah untuk mencegah pendarahan. Pendarahan varian esofagus boleh mengancam nyawa. Jika pendarahan berlaku, rawatan boleh dilakukan untuk menghentikan pendarahan.
Rawatan untuk mencegah pendarahan
Rawatan untuk menurunkan tekanan darah dalam vena portal boleh mengurangkan risiko pendarahan varian esofagus. Rawatan termasuklah :
Ubat untuk mengurangkan tekanan pada vein portal. Sejenis ubat tekanan darah yang dipanggil beta blocker boleh membantu mengurangkan tekanan darah di vena portal anda, mengurangkan kemungkinan pendarahan. Ubat-ubat ini termasuklah propranolol (Inderal, Innopran) dan nadolol (Corgard).
Menggunakan band elastik untuk mengikat pendarahan pada vein. Sekiranya varian esofagus anda mempunyai risiko tinggi untuk berdarah, doktor anda mungkin mengesyorkan prosedur yang disebut sebagai ligation band.
Menggunakan endoskopi, doktor menarik varian dan membungkusnya dengan jalur anjal, yang pada dasarnya “mencekik’ vein supaya mereka tidak boleh berdarah.
Esofagus ligation band membawa risiko komplikasi yang kecil, seperti parut pada esofagus.
Rawatan jika pendarahan berlaku
Pendarahan varian boleh mengancam nyawa, dan rawatan segera adalah sangat diperlukan. Rawatan yang digunakan untuk menghentikan pendarahan dan membalikkan kesan kehilangan darah termasuklah :
Menggunakan band elastik untuk mengikat pendarahan vein.
Ubat untuk melambatkan aliran darah ke vena portal. Ubat yang dipanggil octreotide (Sandostatin) sering digunakan bersama terapi endoskopi untuk melambatkan aliran darah dari organ dalaman ke vena portal. Ubat ini biasanya berterusan selama lima hari selepas pendarahan.
Mengalihkan aliran darah dari vena portal. Doktor anda mungkin mengesyorkan prosedur yang dikenali sebagai transjugular intrahepatic portosystemic shunt (TIPS) untuk meletakkan shunt. Shunt adalah tiub kecil yang diletakkan di antara vena portal dan vena hati, yang membawa darah dari hati ke jantung anda. Shunt mengurangkan tekanan dalam vena portal dan sering menghentikan pendarahan dari varian esofagus. Tetapi TIPS boleh menyebabkan komplikasi yang serius, termasuk kegagalan hati dan kekeliruan mental, yang boleh terjadi apabila toksin yang biasanya akan ditapis oleh hati melalui shunt langsung ke aliran darah. TIPS terutamanya digunakan apabila semua rawatan lain gagal atau sebagai langkah sementara kepada pesakit yang menunggu untuk melakukan pemindahan hati.
Mengembalikan jumlah darah. Anda mungkin menjalani pemindahan darah untuk menggantikan darah yang hilang dan faktor pembekuan untuk menghentikan pendarahan.
Mencegah jangkitan. Terdapat peningkatan risiko jangkitan pendarahan berlaku, jadi anda mungkin diberi antibiotik untuk mencegah jangkitan.
Menggantikan hati yang sakit dengan yang sihat. Transplantasi hati adalah pilihan untuk orang yang mengalami penyakit hati yang teruk atau mereka yang mengalami pendarahan berulang kali disebabkan varian esofagus. Walaupun pemindahan hati sering kali berjaya, bilangan orang yang menunggu transplantasi jauh melebihi organ yang ada.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Varian Esofagus?
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-bmr]