backup og meta

Risiko & Komplikasi Kalau Ada Bakteria Dalam Usus, Ambil Tahu Fakta Ini!

Risiko & Komplikasi Kalau Ada Bakteria Dalam Usus, Ambil Tahu Fakta Ini!

SIBO adalah pertumbuhan bakteria usus kecil yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jika berlaku ketidakseimbangan. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman sila dapatkannya di sini.

Simptom bakteria dalam usus kecil

Setiap individu mempunyai bakteria dalam usus, kerana ia berperanan penting dalam sistem pencernaan.

Pun begitu, apabila wujud ketidakseimbangan seperti SIBO, beberapa masalah kesihatan boleh berlaku. 

Walaupun SIBO adalah berkaitan pertumbuhan bakteria tetapi ia merupakan keadaan yang boleh dirawat.

Tanda awal masalah ini adalah anda akan mula berasa:

Sekiranya anda mengalami SIBO dan masalah itu bertambah teruk, usus kecil anda mungkin tidak dapat menyerap makanan atau nutrien yang mencukupi.

usus kecil

Ini boleh menyebabkan penurunan berat badan atau anemia, dengan badan yang tidak mendapat cukup tenaga atau zat besi.

Gejala SIBO lain turut boleh menyebabkan hilang selera makan, kekurangan zat makanan serta rasa kenyang yang tidak selesa selepas makan.

Baca lagi artikel berkaitan:

Memahami punca masalah kesihatan SIBO

Umumnya, pelbagai faktor boleh menyebabkan keadaan SIBO ini.

Ia biasa bermula apabila usus kecil tidak dapat menggerakkan makanan dengan baik, sekali gus membolehkan bakteria tumbuh dan melekat terlalu lama. 

Sekiranya bakteria baik yang membantu anda mencerna makanan tidak dapat melawan bakteria berbahaya, kuman akan membiak dengan cepat. 

Keadaan itu menyebabkan anda mengalami ketidakseimbangan yang boleh menyebabkan wujudnya simptom SIBO.

Selalunya, pertumbuhan bakteria pada usus boleh berpunca daripada:

  1. Komplikasi pembedahan perut, termasuk pintasan gastrik untuk masalah kesihatan obesiti dan gastrektomi bagi merawat ulser peptik dan barah perut. 
  2. Masalah struktur di dalam dan sekitar usus, termasuk tisu perut (intestinal adhesion) yang melilit bahagian luar usus dan kantung tisu yang membonjol pada dinding usus (diverticulosis intestinal). 
  3. Keadaan perubatan tertentu seperti
  • Penyakit Crohn
  • Enteritis radiasi
  • Scleroderma
  • Penyakit seliak
  • Diabetes
  • Sebarang keadaan yang melambatkan pergerakan (motility) makanan dan pembuangan melalui usus kecil

Risiko pertumbuhan bakteria dalam usus kecil

Sesetengah individu dengan keadaan perubatan tertentu lebih cenderung menghidap SIBO. Umumnya, doktor menganggap SIBO sebagai komplikasi daripada keadaan seperti:

usus kecil

Faktor risiko lain untuk mengalami SIBO adalah:

  • Individu lebih berusia
  • Individu wanita
  • Penggunaan jangka panjang perencat pam proton (proton pump inhibitors,PPI) – ubat untuk mengurangkan pengeluaran asid perut
  • Pernah menjalani pembedahan usus
  • Selesai pengambilan antibiotik
  • Mengambil minuman beralkohol

Bagaimana pula dengan komplikasi kesan daripada perkembangan bakteria di dalam usus?

Komplikasi SIBO

Sudah tentu apabila berlaku ketidakseimbangan bakteria ia boleh menyebabkan peningkatan masalah kesihatan lain.

Antara keadaan yang berisiko untuk terjadi adalah:

#Penyerapan lemak, karbohidrat dan protein yang lemah

Garam hempedu – diperlukan untuk mencerna lemak – akan hancur apabila terdapat banyak bakteria di dalam usus.

Keadaan itu akan menyebabkan proses pencernaan lemak terjejas dan terjadinya masalah cirit-birit.

Bahan yang dikeluarkan bakteria juga boleh membahayakan lapisan mukosa usus mengakibatkan penurunan penyerapan karbohidrat dan protein.

#Kekurangan vitamin

Apabila penyerapan lemak tidak lengkap, badan tidak akan dapat menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut dalam lemak. 

Bakteria yang terdapat dalam usus akan mensintesis dan menggunakan vitamin B-12 – penting untuk fungsi normal sistem saraf dan pengeluaran sel darah serta DNA.

Pertumbuhan bakteria berlebihan berisiko menyebabkan badan menjadi lemah dan letih serta mengalami rasa kesemutan atau kebas pada bahagian tangan dan kaki.

Bagi kes yang agak teruk, ia boleh mengakibatkan kebingungan mental. Kerosakan pada sistem saraf pusat berpunca daripada kekurangan B12 mungkin tidak dapat dipulihkan.

usus kecil

#Melemahkan tulang

Lama-kelamaan, kerosakan pada usus kesan daripada perkembangan bakteria tidak normal boleh menyebabkan proses penyerapan kalsium menjadi lemah dan akhirnya mengakibatkan penyakit tulang seperti osteoporosis.

#Batu karang

Masalah penyerapan kalsium yang lemah juga meningkatkan risiko untuk mengalami batu karang. 

Menguruskan masalah SIBO

Sekiranya anda berasa seperti mengalami simptom SIBO yang berterusan, anda disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dengan pakar gastroenterologi – doktor dalam bidang pencernaan – bagi menjalani ujian nafas laktulosa.

Umumnya, pilihan rawatan akan bergantung kepada ujian nafas yang dilakukan. 

Dalam kebanyakan kes untuk merawat masalah kesihatan ini, anda perlu mengembalikan keseimbangan bakteria pada usus anda

Ini bertujuan untuk meredakan simptom dan membantu badan menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Gastroenterology and Hepatology. https://www.hopkinsmedicine.org/gastroenterology_hepatology/diseases_conditions/small_large_intestine/small-intestinal-bacterial-overgrowth.html. Accessed on Aug 3, 2020.
  2. IBS or Small Intestinal Bacterial Overgrowth? https://badgut.org/information-centre/a-z-digestive-topics/ibs-or-small-intestinal-bacterial-overgrowth/. Accessed on Aug 3, 2020.
  3. What is SIBO? https://www.sibo.org/blank. Accessed on Aug 3, 2020.
  4. Small Intestinal Bacterial Overgrowth. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3099351/. Accessed on Aug 3, 2020.
  5. Small intestinal bacterial overgrowth (SIBO). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/small-intestinal-bacterial-overgrowth/symptoms-causes/syc-20370168. Accessed on Aug 3, 2020.

Versi Terbaru

14/06/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Guna Ubat Cuci Usus Untuk Cepat Kurus, Benarkah Berkesan Atau Mendatangkan Bahaya?

Patutlah Susah Nak Kurus, Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi, Betul Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan