Perut kita biasanya akan berbunyi sewaktu kita lapar. Ia juga akan mengeluarkan bunyi setelah kita makan. Kenapa perut berbunyi selepas makan? Adakah ia berkaitan dengan penghadaman atau ada punca-punca lain?
Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini.
Kenapa perut berbunyi? Ia satu perkara yang normal
Mengapa perut berbunyi?
Ramai daripada kita pasti tahu bagaimana perut kita berbunyi. Perut yang berbunyi ketika lapar ialah satu perkara yang biasa.
Begitu juga sekiranya perut berbunyi selepas makan. Kedua-duanya adalah perkara yang normal.
Namun, sekiranya perut berbunyi itu berlaku berserta simptom-simptom lain, ia mungkin petanda bagi satu masalah lain.
Ia mungkin menandakan bahawa anda sedang mengalami masalah kesihatan.
Kenapa perut berbunyi? Ini punca-puncanya
Kenapa perut berbunyi? Terdapat beberapa sebab yang memungkinkan perut anda berbunyi.
Berikut disenaraikan beberapa punca utama yang menyebabkannya:
#1. Perut berbunyi kerana lapar
Rasa lapar merupakan antara punca atau sebab utama kenapa perut berbunyi.
Apabila kita berasa lapar, akan berlaku peningkatan sejenis hormon di dalam otak.
Hormon ini kemudiannya akan menghantar isyarat kepada usus dan juga perut.
Apabila usus dan perut menerima isyarat ini, maka ia akan berkontraksi dan menyebabkan bunyi dalam perut.
Kejadian kontraksi perut dan usus ini merupakan satu reaksi atau tindak balas normal apabila kita berasa lapar.
#2. Perut berbunyi selepas makan
Perut berbunyi selepas makan juga adalah satu tindak balas dalam tubuh yang normal dan tidak perlu dirisaukan.
Ini kerana, setelah kita makan, dinding sistem pencernaan akan berkontraksi supaya makanan yang dimakan itu dapat melepasi perut untuk ke bahagian usus.
Oleh sebab itu, selepas kita makan, kita akan menyedari perut kita akan mengeluarkan bunyi.
Jadi, janganlah risau jika perut berbunyi selepas makan.
#3. Perut berbunyi kerana gas
Sekiranya terdapat jumlah gas yang besar melalui sistem pencernaan, ia juga boleh menyebabkan perut anda berbunyi.
#4. Keradangan gastrousus dan juga jangkitan
Selain itu, perut juga akan mengeluarkan bunyi disebabkan oleh keradangan atau jangkitan dalam perut.
Perkara ini lebih jelas dalam kalangan mereka yang menghidap penyakit Crohn’s.
Penyakit Crohn’s ialah penyakit keradangan yang kronik pada usus, terutamanya usus besar dan ileum, yang berkaitan dengan ulser dan fistula.
Selain perut berbunyi, anda juga mungkin akan mengalami beberapa simptom lain seperti kesakitan pada perut, muntah-muntah, loya dan juga cirit-birit.
#5. Halangan dalam usus punca kenapa perut berbunyi
Apabila cecair atau gas dalam perut kita sukar untuk melalui saluran gastrousus, ia juga boleh mengeluarkan bunyi dalam perut.
Ini kerana usus akan meningkatkan bilangan pergerakan peristaltik bagi membantu aliran cecair dan gas tersebut supaya lancar.
Oleh sebab itu, bunyi dalam perut juga akan turut terhasil.
Halangan dalam usus ini boleh berlaku disebabkan jangkitan cacing, penyakit keradangan atau hernia (angin pasang).
Selain perut berbunyi, anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti sakit pada perut, kekejangan perut dan hilang selera makan.
Buat cara ini untuk hilangkan bunyi perut anda
Terdapat beberapa petua hilangkan perut berbunyi dalam perut tersebut. Antara petua hilangkan perut berbunyi ialah seperti berikut:
- Minum air kosong. Sekiranya anda tidak berkesempatan untuk makan dan berasa lapar, cuba minum air kosong. Air kosong boleh membantu proses pencernaan selain membantu mengenyangkan perut anda. Apabila anda minum air kosong sewaktu lapar, ia juga boleh menghilangkan bunyi dalam perut.
- Makan sesuatu ketika lapar. Apabila perut anda telah kosong, ia mungkin akan mengeluarkan bunyi sebagai isyarat untuk anda makan. Ambil sedikit makanan seperti buah-buahan untuk mengelakkan perut lapar dan berbunyi.
- Makan perlahan-lahan. Kadangkala, bunyi yang terhasil daripada perut itu disebabkan oleh masalah ketidakhadaman. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini berulang lagi, kunyah makanan anda sehingga hancur dan elakkan menelan makanan yang tidak dikunyah dengan baik.
- Elakkan makan makanan yang bergas. Sesetengah makanan akan mengeluarkan lebih banyak gas berbanding makanan yang lain. Antaranya ialah seperti sayur brokoli, kubis, kubis bunga, cendawan, bawang dan kacang pis.
- Amalkan gaya hidup aktif. Kajian menunjukkan bahawa jika anda berjalan selepas makan, ia boleh membantu proses pencernaan anda. Secara tidak langsung, ia boleh membantu menghilangkan bunyi daripada dalam perut.
- Kawal saiz hidangan anda. Makan dengan banyak juga boleh menyebabkan ketidakhadaman dan menghasilkan bunyi dalam perut.
Jumpa doktor jika ada simptom lain
Perlu diingat, walaupun perut berbunyi adalah sesuatu yang normal, anda perlu melakukan pemeriksaan sekiranya ia disertai simptom-simptom lain.
Antara simptom tersebut ialah seperti:
- sakit perut
- demam
- loya
- muntah-muntah
- cirit-birit
- sembelit
- hilang selera makan
- darah di dalam najis
- penurunan berat badan
Ia mungkin petanda bahawa anda alami gangguan kesihatan lain.
Kesimpulan
Kini anda telah tahu beberapa sebab kenapa perut berbunyi.
[embed-health-tool-bmr]