Definisi
Apa itu Kekejangan esofagus?
Biasanya, kontraksi esofagus (tiub yang menghubungkan mulut dan perut) memindahkan makanan dari mulut ke perut dengan teratur dan selaras.
Kekejangan esofagus adalah dimana kontraksi esofagus tidak teratur, tidak selaras, dan kadang-kadang terlalu kuat. Keadaan ini boleh disebut sebagai kekejangan esofagus sekata, atau DES. Kekejangan ini boleh menghalang makanan daripada sampai ke perut. Apabila ini berlaku, makanan akan terperangkap dalam esofagus.
Kadang-kadang pergerakkan ini bergerak ke bawah esofagus dengan teratur, tetapi ia sangat kuat. Ini dipanggil esofagus nutcracker. Kontraksi ini menggerakkan makanan melalui esofagus tetapi boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk.
Apakah kebarangkalian Kekejangan esofagus?
Kekejangan esofagus ini jarang berlaku. Selalunya ia berlaku pada orang yang berumur antara 60 dan 80 tahun. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom Kekejangan esofagus?
Simptom-simptom umum kekejangan esofagus adalah :
- Rasa sakit di dada. Selalunya rasa yang teramat sakit, dan mungkin salah dan beranggapan itu adalah sakit jantung (angina).
- Kesukaran untuk menelan, kadang-kadang berkaitan dengan bahan-bahan tertentu, seperti wain merah atau cecair yang sangat panas atau sejuk.
- Berasa ada sesuatu yang terlekat di tekak anda.
- Makanan dan cecair naik kembali ke esofagus. (regurgitation).
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda. Setiap tubuh manusia bertindak secara berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca
Apakah punca Kekejangan esofagus?
Punca kekejangan esofagus ini masih belum diketahui. Ramai doktor percaya ia berpunca daripada gangguan aktiviti saraf yang bertindak untuk menyelaraskan pergerakkan esofagus. Bagi sesetengah orang, makanan yang sangat panas atau sangat sejuk boleh mencetuskan kekejangan ini.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kekejangan esofagus?
Terdapat banyak factor seperti :
- Umur tua
- Gastroesophageal reflux disease (GERD)
- Tekanan darah tinggi
- Cemas dan kemurungan
- Minum wine merah atau makan makanan yang terlalu sejuk atau panas
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Kekejangan esofagus didiagnosis?
Doktor anda boleh mengetahui punca kekejangan esofagus dari sejarah perubatan anda dengan bertanyakan beberapa soalan. Ini termasuklah soalan mengenai makanan atau cecair apa yang mencetuskan simptom, di mana anda merasakan makanan itu terlekat, simptom atau keadaan lain yang anda ada, dan sama ada anda mengambil ubat untuknya.
Diagnosis boleh disahkan dengan ujian, termasuklah ujian esofagus (seperti manometri esophageal) atau menelan barium. Manometri Esophageal menggunakan tiub kecil yang melekat pada instrumen (transduser) yang mengukur tekanan. Menelan barium dilakukan menggunakan X-ray.
Ujian lain mungkin dilakukan untuk mengetahui sama ada sakit dada disebabkan oleh penyakit gastroesophageal reflux (GERD), aliran balik yang tidak normal (refluks) makanan, asid perut, dan lain-lain jus pencernaan dari perut ke esofagus.
Bagaimana pesakit Kekejangan esofagus dirawat?
Rawatan untuk kekejangan esofagus termasuk merawat keadaan lain yang boleh menyebabkan kekejangan esofagus menjadi lebih teruk, seperti penyakit gastroesophageal refluks (GERD). GERD biasanya dirawat dengan mengubah diet dan gaya hidup dan ubat-ubatan untuk mengurangkan jumlah asid dalam perut.
Rawatan lain untuk kekejangan esofagus termasuk:
Menukar makanan yang anda makan. Doktor akan memberitahu anda untuk makan makanan dan cecair tertentu untuk menelan lebih mudah.Dalam rawatan ini, peranti diletakkan di bawah kerongkong anda untuk meluaskan secara berhati-hari pada mana-mana kawasan sempit esofagus anda. Anda mungkin perlu menjalani rawatan lebih daripada sekali.
Pembedahan kadang-kadang dibuat kepada orang yang mempunyai masalah yang mempengaruhi otot esophagus bawah (achalasia).Sekiranya esofagus tidak kembang atau anda tidak boleh menjalani pembedahan, doktor anda mungkin mencadangkan ubat-ubatan, seperti toksin botulinum, untuk melegakan otot-otot di esofagus.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kekejangan esofagus?
Gaya hidup dan ubatan rumah yang berikut mungkin membantu anda mengatasi kekejangan esofagus :
- Elakkan pencetus. Buat senarai makanan dan minuman yang menyebabkan esofagus anda kejang.
- Pilih makanan yang suam atau sejuk. Biarkan seketika makanan dan minuman yang terlalu panas atau terlalu sejuk sebelum makan atau minum.
- Cari cara untuk mengawal stress. Kekejangan esofagus mungkin lebih biasa untuk berlaku atau lebih teruk apabila anda stress.
- Menghidu pudina lozeng. Minyak pudina adalah pengrehat otot dan mungkin membantu mengurangkan kekejangan esofagus. Letakkan pudina lozeng di bawah lidah anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-bmr]