backup og meta

BAHAYA! Ambil Ubat Tahan Sakit Dengan Kerap Boleh Jadi Punca Gastrik?

BAHAYA! Ambil Ubat Tahan Sakit Dengan Kerap Boleh Jadi Punca Gastrik?

Jika anda seorang yang kerap mengambilnya tanpa tahu kesan ubat tahan sakit setiap kali mengalami sebarang keadaan kesihatan, sila berhati-hati.

Ketahuilah bahawa ia mungkin boleh menyebabkan radang dan ulser pada perut dan bahagian awal usus kecil (duodenum)!

Lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman di sini

Kesan ubat tahan sakit menyebabkan gastrik perut?

Ubat tahan sakit yang kita maksudkan adalah ubat anti-radang bukan steroid atau nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs).

Antaranya termasuk aspirin, ibuprofen, naproxen dan diclofenac. Ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi tanpa memerlukan preskripsi daripada doktor.

Ia adalah bagus, baik dan efektif namun kesan ubat tahan sakit ini boleh menyebabkan gastrik dan ulser jika digunakan selama beberapa minggu atau bulan.

NSAIDs mengurangkan hormon prostaglandin yang mempunyai fungsi menghasilkan mukosa serta bahan-bahan yang meneutralkan asid di dalam perut.

kesan ubat tahan sakit

Jika kadarnya berkurang, lapisan dinding perut lebih terdedah kepada hakisan asid seterusnya meningkatkan risiko berlaku ulser dan gastrik perut.

Jangan amalkan tabiat mengambil ubat tahan sakit!

Pertama, sila cuba elakkan membelinya dari klinik, farmasi atau mana-mana pusat perubatan dengan terlalu kerap!

Jika mengalami sakit yang ringan seperti terseliuh atau luka, mulakan dengan rehat dan tuam menggunakan ais atau air sejuk untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit.

Jika ingin ambil ubat, anda boleh gunakan ubatan jenis paracetamol kerana dua ubat ini tidak termasuk dalam kumpulan NSAIDs dan ia adalah lebih selamat.

Lebih bahaya lagi adalah anda mengambil NSAIDs kerana sakit perut.

Ini kerana jika sakit tersebut disebabkan oleh gastrik perut, kesan ubat tahan sakit bukan akan mengurangkan kesakitan, tetapi bahkan memburukkan lagi keadaan.

Silap haribulan, mungkin juga boleh berlaku komplikasi yang lebih teruk seperti pendarahan.

Namun ada situasi memerlukan anda mengambilnya!

kesan ubat tahan sakit

Walau bagaimanapun, terdapat keadaan kesihatan tertentu di mana seseorang harus mengambil NSAIDs secara berkala dalam jangka masa yang lama.

Contohnya adalah penyakit yang menyebabkan rasa sakit berterusan seperti sakit sendi osteoartritis dan reumatoid artritis.

Bagi kes seperti ini, mereka harus menjalani pemeriksaan berkala untuk mengesan kesan-kesan sampingan yang mungkin berlaku.

Kebiasaannya, doktor akan memberikan ubat-ubatan lain bagi mengelakkan berlaku gastrik dan ulser. Ubat-ubatan tersebut termasuk:

  • Perencat pam proton (PPI) – omeprazole, lansprazole
  • Penghalang reseptor H2 – cimetidine, ranitidine
  • Anti-asid
  • Misoprostol

Ubat-ubatan yang disebutkan di atas ini membantu mencegah atau mengurangkan kesan NSAIDs ke atas lapisan dinding perut dengan mengimbangi fisiologi di dalam perut.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Painkillers. https://patient.info/treatment-medication/painkillers. Accessed on May 16, 2022.
  2. Which painkiller is safest for you?. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/which-painkiller-is-safest-for-you. Accessed on May 16, 2022.
  3. Gastritis: How can you prevent painkiller-related peptic ulcers?. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0078823/. Accessed on May 16, 2022.
  4. Abdominal Pain and Gastric problems.https://www.narayanahealth.org/abdominal-pain-and-gastric-problems/. Accessed on May 16, 2022.
  5. Causes: stomach ulcer. https://www.nhs.uk/conditions/stomach-ulcer/causes/. Accessed on May 16, 2022.

Versi Terbaru

07/10/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Pedih Perut, Sesak Nafas, Ini Antara 6 Petanda Gastrik Anda Perlu Jaga-jaga!

AWAS! Anda Boleh Buta Jika Kerap Makan Ubat Tahan Sakit, Betul Ke?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan