Bagi mereka yang menghidap gastrik, pastinya anda ingin elakkan makanan yang boleh memburukkan gejala. Dalam artikel ini akan dikongsikan makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Masalah gastrik
Sebelum mengetahui makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik, ayuh kita fahami secara ringkas mengenai keadaan kesihatan ini.
Lapisan perut memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan sistem pencernaan.
Ia berperanan menghasilkan asid dan enzim dalam perut – berfungsi memecahkan makanan supaya badan boleh mengekstrak nutrien yang diperlukan. Ia juga berfungsi merembeskan lendir untuk mencegah kerosakan asid.
Ia biasanya dikelaskan kepada tiga jenis:
- Gastritis akut – melibatkan keradangan secara tiba-tiba dan teruk pada lapisan perut
- Gastritis kronik – keradangan jangka panjang yang mungkin bertahan selama bertahun-tahun. Jika tidak dirawat, ia boleh menyebabkan pendarahan perut atau meningkatkan risiko mendapat kanser perut
- Gastritis erosif. Ia jarang berlaku dan tidak menyebabkan banyak keradangan, tetapi boleh mengakibatkan pendarahan dan ulser pada lapisan perut
Gejala gastritis
- Muntah-muntah
- Loya
- Senak perut
- Hilang selera makan
- Sedu
- Sakit perut
- Ketidakselesaan perut
- Rasa kenyang pada bahagian atas perut
Dalam kes gastritis erosif, anda mungkin mengalami beberapa gejala tambahan, seperti:
- Najis hitam
- Muntah darah atau bahan berwarna hitam
Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik
Berikut antara jenis-jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit GERD dan gastritis:
1. Sayuran dan buah-buahan
Elakkan buah-buahan berasid. seperti sitrus dan tomato.
Adakah orang gastrik boleh makan pisang?
Ya, pisang merupakan buah yang sesuai untuk gastrik angin kerana membantu merangsang pengeluaran lendir yang dapat melindungi daripada asid perut!
Namun, elakkan pengambilannya secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan perut kembung, berangin dan kekejangan bagi sesetengah orang.
Makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik #2. Bijirin penuh
Elakkan jagung dan apa sahaja yang diperbuat daripada jagung, seperti roti jagung, pasta bebas gluten tertentu dan produk lain. Ini mengandungi gula yang boleh memburukkan gastrik.
3. Produk tenusu
Lemak boleh merengsakan lapisan perut dan memburukkan gejala gastrik. Ini termasuk produk tenusu penuh lemak seperti susu dan mentega. Elakkan sos, inti atau puding yang dibuat dengan krim pekat atau keju lembut.
4. Protein
Telur, putih telur dan pengganti telur adalah sumber protein yang sangat baik, tetapi elakkan menyediakannya dengan mentega, krim dan perasa.
Anda juga perlu mengelakkan daging merah, terutamanya daging lembu dikisar dan potongan yang lebih berlemak. Sebaliknya, pilih ayam tanpa kulit atau ikan yang dipanggang, rebus atau kukus.
Kacang dan mentega kacang tinggi protein (tetapi juga tinggi lemak) juga merupakan salah satu makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gerd dan juga penghidap gastritis. Kekacang dan legum umumnya baik, tetapi pastikan ia diambil dalam kuantiti yang sedikit kerana ia boleh menyebabkan berangin dan kembung perut.
5. Pencuci mulut, antara makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik
Penghidap gastrik boleh makan coklat ataupun tidak ya?
Kebanyakan pencuci mulut mengandungi lemak dan gula yang tinggi, maka ia harus dielakkan. Ini termasuklah makanan yang dibakar, pastri, aiskrim, puding dan coklat. Coklat juga bermasalah kerana ia kaya dengan kafein.
6. Rempah juga antara makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit GERD
Diet gastrik mengehadkan rempah dan perasa yang biasa digunakan dalam masakan, termasuk:
- Lada hitam
- Cili
- Cabai burung
- Serbuk bawang putih
- Mustard
- Buah pala
- Serbuk bawang
- Serbuk kari
7. Makanan bergoreng, antara makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit gastrik
Tidak kira betapa menggodanya untuk mendapatkan kerepek atau kentang goreng, namun ketahuilah ia boleh merengsakan perut yang sudah meradang. Selain itu, kerana ia sukar dihadam, gejala gastrik anda mungkin bertambah teruk.
8. Minuman
Elakkan kafein, minuman manis, soda dan jus buah-buahan berasid (terutamanya jus oren atau tomato).
Selain kopi biasa, anda mungkin perlu mengelakkan kopi tanpa kafein kerana ia boleh menjadi sangat berasid. Bentuk kafein lain, termasuk teh hitam, teh hijau, koko panas dan minuman tenaga juga harus dielakkan.
Minuman alkohol juga termasuk dalam senarai yang perlu dielakkan. Ia bukan sahaja merengsakan perut tetapi juga bertindak balas dengan perencat pam proton (PPI) yang digunakan untuk merawat gastritis, sekali gus menjadikannya kurang berkesan.
Kesimpulan
[embed-health-tool-bmr]