backup og meta

6 Ubat Sakit Lutut Tradisional Anda Boleh Cuba Di Rumah! Sapukan Cili Pun Boleh?

Nak kata badan sudah tua, belum masuk usia warga emas lagi tetapi lutut asyik lemah dan goyang. Jadi, adakah wujud ubat sakit lutut tradisional yang anda boleh cuba amalkan untuk kuatkan ia?

6 Ubat Sakit Lutut Tradisional Anda Boleh Cuba Di Rumah! Sapukan Cili Pun Boleh?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Otot dan Tulang, anda boleh klik di sini.

Apa punca sakit lutut ini terus berlaku?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam, adalah penting untuk kita semua tahu apa punca lutut anda tidak kuat seperti dahulu. Kebiasaannya, masalah ini dikaitkan dengan faktor usia individu.

Ya, ia benar kerana umur yang meningkat akan memicu masalah kemerosotan otot dan ketumpatan tulang. Apa yang lebih membimbangkan, sakit lutut juga boleh terjadi akibat banyak faktor risiko lain termasuk:

ubat sakit lutut

Sekiranya dibiarkan tanpa sebarang ubatan atau rawatan, maka lutut anda akan jadi lemah. Kesannya, ia akan mudah sakit meski hanya dengan sedikit aktiviti fizikal dilakukan dalam seharian.

Persoalannya, adakah wujud ubat sakit lutut tradisional yang anda boleh cuba untuk rawat masalah ini di rumah?

Ini ubat sakit lutut tradisional yang berkesan!

Setiap kali lutut mengalami masalah, tentu sahaja anda akan mencari ubat untuk sakit lutut di farmasi bukan? Ia memang satu tindakan yang wajar dan sesuai dengan saranan pakar.

Ada satu teknik iaitu R – rest, I – ice, C – compression, E – elevation (RICE) yang juga mampu membantu anda merawat masalah lutut ini tanpa menggunakan sebarang jenis ubatan klinikal.

Namun, anda juga mungkin boleh mencuba untuk merawat masalah ini di rumah sahaja. Caranya, dengan penggunaan ubat sakit lutut tradisional yang mungkin anda boleh jumpa di dapur, seperti berikut:

#1. Salap daripada banyak jenis herba

Pertama, anda boleh cuba menggunakan salap atau balm yang diperbuat daripada bahan-bahan tradisional termasuk kayu manis, minyak bijan, mastic gum serta pelbagai lagi bahan lain.

Menurut kajian terbitan Pakistan Journal of Biological Science, sapuan salap dengan unsur herba ini pada lutut yang sedang sakit adalah sangat efektif hampir sama seperti krim salicylate.

ubat sakit lutut

#2. Ekstrak halia

Halia sangat terkenal dengan khasiatnya untuk banyak jenis penyakit. Ia merupakan herba tradisional yang boleh anda temui di dalam bentuk asalnya (tumbuhan), serbuk, ekstrak ataupun sebagai cecair.

Antara kelebihan herba ini adalah ia mampu mengurangkan kesakitan dalam banyak keadaan termasuk sakit lutut.

#3. Serbuk kunyit

Satu lagi jenis herba yang sama popular dalam masakan dan ubatan adalah kunyit. Sarat dengan kandungan kurkumin, ia mampu membantu anda untuk melawan keradangan dan kerengsaan.

Dengan menyapukan air rendaman herba ini, ia mampu mengurangkan sebarang ketidakselesaan pada lutut kalian.

#4. Sapukan cili pada lutut yang sakit?

Jangan terkejut jika kami kata cili juga boleh jadi ubat kepada kesakitan lutut! Alasannya, cili itu memiliki komponen aktif bernama capsaicin yang merupakan pelega atau pereda sakit semula jadi.

Dengan menyapukan cili merah atau hijau secara terus pada lutut yang sakit, ia akan membantu melegakan kesakitan meskipun tidak menghilangkannya. Namun, awas dengan rasa pedas dan pijar cili ini ya!

ubat sakit lutut

#5. Cuka epal

Cuka epal mengandungi sifat antiradang yang sangat kuat. Dengan ciri hebat ini, ia akan mampu membantu merawat kesakitan pada lutut yang disebabkan oleh masalah keradangan pada lutut.

Meskipun lebih baik untuk disapu, namun ramai orang berpendapat bahawa ia juga boleh diminum agar kesan daripada cuka tersebut mampu diterima dan diserap terus ke dalam otot dan tulang lutut.

#6. Garam epsom

Terakhir, anda juga boleh cuba menyapukan garam epsom yang kaya kandungan magnesium dan sulfat ini pada lutut yang sedang sakit. Ia mampu memberikan kelegaan seketika dan sementara.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh mencampurkan garam ini ke dalam air rendaman mandian anda. Kemudian, sila mandi seperti biasa selama beberapa minit dan anda akan dapat hasil positif.

Konklusinya, mungkin ada banyak lagi ubat sakit lutut tradisional yang anda boleh cuba. Namun, ia mungkin hanya berkesan kepada orang lain dan tidak berhasil buat anda atau sebaliknya.

Jadi, dapatkan maklumat dan nasihat daripada pakar sebelum anda berani cuba sebarang cara seperti di atas ini ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Knee Pain, https://www.pennmedicine.org/for-patients-and-visitors/patient-information/conditions-treated-a-to-z/knee-pain, Accessed Aug 2 2023.
  2. Knee Pain, https://www.asahq.org/madeforthismoment/pain-management/types-of-pain/knee-pain/, Accessed Aug 2 2023.
  3. Take control of your knee pain, https://www.health.harvard.edu/pain/take-control-of-your-knee-pain, Accessed Aug 2 2023.
  4. 5 tips for knee pain relief, https://www.northwell.edu/orthopaedic-institute/specialties/joint-replacement/expert-insights/five-tips-for-knee-pain-relief, Accessed Aug 2 2023.
  5. Home Remedies For Knee Joint Pain By Dr. Siddharth Gupta, https://pharmeasy.in/blog/home-remedies-for-knee-joint-pain-by-dr-siddharth-gupta/, Accessed Aug 2 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Duduk Lama Sangat Punca Anda Boleh Sakit Pinggang? Cuba 4 Tip Ini Cegah Kesakitan

Sapu Minyak & Urut Bukan Solusi Sakit Tumit Kaki, Ada Yang Perlu Pemeriksaan Pakar!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan