Namun, ada banyak lagi punca sakit betis, antaranya ialah kecederaan, neuropati diabetes, trombosis vena dalam (DVT) atau sciatica.
Siapa yang lebih berisiko mengalami sakit betis kaki?

Kondisi ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, ia lebih lazim dalam kalangan mereka yang kerap bersenam dan selalu menggunakan otot betis mereka.
Selain itu, individu yang berusia 65 tahun ke atas juga mempunyai risiko sakit betis yang lebih tinggi.
Disebabkan usia yang telah lanjut, otot mereka menjadi semakin lemah. Oleh sebab itu, warga emas lebih berisiko untuk alami sakit kaki.
Jika anda alami ketegangan otot, gunakan kaedah RICE untuk mengurangkan kesakitan.
Tip untuk melakukan rawatan RICE:
- R – Rest. Rehatkan kawasan yang terkesan.
- I – Ice. Letakkan pek ais pada betis yang sakit.
- C – Compress. Balut kaki yang sakit.
- E – Elevate. Tinggikan kaki melepasi paras dada.
5 punca sakit betis kaki
Ada beberapa kondisi yang boleh menjadi punca sakit kaki. Antaranya:
1. Klaudikasi atau saluran darah menyempit
Kadangkala, anda boleh mengalami klaudikasi ketika berjalan atau berlari. Saluran arteri pada kawasan betis tiba-tiba menyempit lalu menyebabkan kesakitan.
Kondisi ini lebih lazim dalam kalangan penghidap diabetes dan perokok.
2. Kontusi
Anda mengalami kemalangan? Adakah kawasan betis juga terlibat? Jika ya, kecederaan ini boleh menyebabkan tisu otot di kawasan betis rosak. Lama-kelamaan, betis akan lebam dan rasa sakit.
Pastikan anda berjumpa doktor selepas kemalangan. Kontusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sindrom kompartmen, satu kondisi yang menghalang darah daripada mengalir ke kawasan kaki.
3. Kaki kejang
Kekejangan berlaku apabila otot tiba-tiba mengecut. Pengecutan inilah yang menyebabkan kaki anda kejang!
Kekejangan boleh berlaku dalam masa beberapa saat sahaja. Namun, kesannya boleh dirasai sehingga berhari-hari lamanya.
Kejang di kawasan kaki pada waktu malam merupakan sesuatu yang sangat lazim.
Baca juga:
4. Otot terlalu tegang
Anda lupa untuk panaskan badan sebelum bersenam? Selepas ini, pastikan anda peruntukkan masa yang cukup untuk lakukan warm-up.
Tanpanya, badan anda lebih mudah untuk alami kecederaan ketika bersenam. Baca artikel ini untuk elakkan kaki kram ketika bersenam.
5. Trombosis vena dalam punca sakit betis kaki
Dalam kes yang lebih serius, sakit betis yang anda alami mungkin berlaku disebabkan DVT.
DVT merupakan satu kondisi yang sangat serius. Ia menyebabkan pembentukan salur darah pada kawasan betis. Jika tidak dirawat, DVT boleh menyebabkan embolisme pulmonari. Ia boleh membawa maut!
Bolehkah sakit betis kaki dicegah?

Jawapannya, ya! Pastikan anda selalu lakukan regangan sebelum dan selepas bersenam untuk menguatkan otot paha.
Jangan bersenam terlalu kuat secara tiba-tiba. Mula secara perlahan-lahan, lebih-lebih lagi jika anda sedang mencuba regimen senaman baharu.
Dehidrasi boleh menyebabkan betis anda kejang. Oleh sebab itu, pastikan anda minum air dengan mencukupi.
Suplemen magnesium mungkin dapat membantu individu yang kerap alami sakit betis. Ia terbukti dapat mengurangkan kekejangan, terutamanya dalam kalangan wanita hamil.
Jika anda menghidap diabetes, pastikan kadar gula dalam darah terkawal untuk mengelakkan neuropati diabetes.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen