Kiropraktik (chiropractic) adalah amalan perubatan bagi merawat masalah dengan sistem muskuloskeletal. Fokus utamanya adalah penjaaan tulang belakang. Sistem muskuloskeletal terdiri daripada otot, tulang, sendi, tulang rawan dan tendon. Ia berfungsi menyokong tubuh seseorang, membolehkan seseorang bergerak dan melindungi organ.
Ahli kiropraktik memberi tumpuan kepada merawat tulang belakang dengan menggunakan tangan mereka untuk memeriksa dan merawat keadaan kesihatan yang berkaitan dengan tulang, otot dan sendi (masalah muskuloskeletal).
Manipulasi kiropraktik: Kaedah utama terapi kiropraktik
Manipulasi kiropraktik adalah penggunaan tekanan pada tulang belakang seseorang atau bahagian lain dari tubuh mereka oleh doktor atau ahli kiropraktik. Tekanan ini membolehkan pakar kiropraktik/kiropraktor (chiropractor) untuk menyesuaikan dan memperbaiki penjajaran tulang belakang. Manipulasi kiropraktik bertujuan untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi mekanikal, atau cara seseorang bergerak.
Kebanyakan kajian mengenai kiropraktik telah memberi tumpuan kepada manipulasi tulang belakang. Manipulasi tulang belakang memberi manfaat kepada mereka yang mengalami sakit belakang dan juga dapat membantu sakit kepala, sakit leher, keadaan sendi atas dan bawah, dan gangguan terkait whiplash.
Kesan sampingan daripada manipulasi tulang belakang boleh termasuk sakit kepala sementara, keletihan, atau ketidakselesaan di bahagian-bahagian tubuh yang dirawat. Terdapat laporan jarang komplikasi serius seperti strok, tetapi sama ada manipulasi tulang belakang punca sebenarnya komplikasi ini adalah tidak jelas.
Keselamatan tetap menjadi tumpuan penting dalam penyelidikan yang berterusan. Maklumkan penyedia penjagaan kesihatan anda tentang pendekatan kesihatan pelengkap yang anda gunakan. Memberi gambaran penuh tentang apa yang anda lakukan untuk menguruskan kesihatan anda. Ini akan membantu memastikan penjagaan yang terselaras dan selamat.
Apa yang anda perlu tahu mengenai kiropraktik
Anggap pakar kiropraktik sebagai doktor yang menjaga sebarang kesakitan otot, sendi atau tulang. Jadi, adalah penting untuk anda memberitahu mereka mengenai apa-apa kesakitan yang anda alami kerana ini boleh membantu mereka mengenal pasti potensi masalah serius yang memerlukan rawatan.
Berikut adalah tiga perkara yang perlu anda tahu tentang apa yang mereka boleh dan tidak boleh lakukan:
1. Kiropraktor tidak menetapkan ubat
Adalah penting untuk anda mengetahui bahawa kiropraktor tidak menetapkan ubat-ubatan. Kebanyakan orang lebih suka atau memilih mengambilan ubat berbanding mengubah gaya hidup. Walau bagaimanapun, pendekatan alternatif juga boleh membantu pesakit mengawal kesihatan mereka.
Kiropraktor mungkin menetapkan:
- Terapi tisu lembut: Untuk merehatkan otot, melegakan kekejangan dan melepaskan ketegangan di fascia (tisu penghubung yang mengelilingi setiap otot)
- Pelarasan (Adjustments): Untuk menyesuaikan sendi dan meningkatkan pergerakan secara perlahan-lahan
- Joint bracing/taping (e.g., Kinesio taping): Untuk menyokong sendi atau otot lutut semasa peyembuhan
- Senaman dan regangan: Memulihkan dan mengekalkan pergerakan
- Rujukan kepada pakar perubatan integratif: Untuk panduan diet dan pemakanan bagi mengurangkan keradangan dan menggalakkan penurunan berat badan
2. Kiropraktor tidak hanya merawat belakang dan leher
Kiropraktor boleh merawat sakit di mana-mana di dalam badan, termasuk di kepala dan rahang, bahu, siku dan pergelangan tangan, pinggul dan pelvis, dan lutut dan pergelangan kaki.
Keseluruhan sistem muskuloskeletal dan merawat punca masalah. Kiropraktor bukan sahaja memastikan sendi bergerak dengan betul, tetapi juga memastikan otot-otot di sekeliling berfungsi dengan baik.
Selepas doktor menilai kesakitan anda, kiropraktor boleh menawarkan penjagaan pelengkap untuk kebanyakan masalah biasa seperti:
- Sakit kepala
Kebanyakan sakit kepala dan migrain disebabkan oleh ketegangan di rahang. Mungkin pesakit tidak sedar bahawa mereka mengetap rahang mereka pada waktu malam. Jadi, melegakan ketegangan otot rahang boleh meningkatkan aliran darah, yang akhirnya membantu mengurangkan sakit kepala.
- Plantar fasciitis
Podiatrists biasanya mengesyorkan orthotics dan urutan untuk melegakan sementara keadaan kaki yang menyakitkan ini. Tetapi kiropraktor juga memastikan sendi di kaki bergerak, kemudian berdiri atau berjalan untuk menilai sebab-sebab lain yang mungkin. Kadang-kadang lutut atau belakang adalah masalah sebenar, yang mempengaruhi cara pesakit berjalan, yang akhirnya menyebabkan plantar fasciitis.
- Kesakitan bahu yang umum
Jika kesakitan bahu berterusan tetapi MRI tidak menunjukkan masalah, kiropraktik akan menilai otot-otak di sekeliling bilah bahu. Mereka juga boleh mengenalpasti tulang rusuk yang dihadkan dan mengelakkan bahu bergerak dengan betul.
3. Kiropraktor memberi tumpuan kepada pencegahan
Matlamat penjagaan kiropraktik adalah untuk memulihkan kesihatan anda dalam jangka masa panjang, dan bukan untuk melegakan simptom dalam jangka pendek. Jadi kiropraktor akan bertanya cara anda bergerak sepanjang hari (berdiri, duduk, berjalan) dan bagaimana anda tidur pada waktu malam.
Belajar bagaimana posisi anda di meja, apabila anda berdiri dan bergerak, dan apabila anda berada di atas katil. Kemudian memasukkannya ke dalam rutin harian anda boleh menjadi tidak ternilai untuk menghalang masalah masa depan.
Oleh itu, jika anda mempunyai masalah yang melibatkan sistem muskuloskeletal, kiropraktor boleh menawarkan kaedah rawatan alternatif bgai membantu keadaan anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.