Cara menghilangkan sakit kaki di betis

Mujurlah ada banyak jenis rawatan yang ada sebagai cara menghilangkan sakit kaki di betis. Namun, langkah pertama untuk merawatnya adalah dengan mendapatkan diagnosis yang bertepatan.
Jika anda inginkan kelegaan yang pantas, anda boleh cuba merawatnya menggunakan langkah di bawah:
1. Cara menghilangkan sakit kaki di betis secara tradisional
Tahukah anda, ada ramuan tradisional yang dapat menyembuhkan sakit kaki? Ramuan ini juga dikatakan dapat meredakan sakit kaki dan boleh diamalkan pada bila-bila masa.
Antara bahan-bahan yang anda perlukan ialah:
- Daun limau purut
- Daun pandan
- Garam
- Halba
- Halia
- Lengkuas
- Serai
Mula-mula, hiris semua bahan di atas. Kemudian, rebus sehingga mendidih.
Tunggu sehingga air rebusan tersebut sejuk dan campurkan dengan air paip. Masukkan air tadi ke dalam baldi dan rendam betis anda di dalamnya.
Ramuan tradisional ini dikatakan berkesan untuk mengurangkan sakit betis.
Walau bagaimanapun, sekiranya kesakitan yang dialami tidak juga surut-surut, pastikan anda dapatkan rawatan daripada doktor secepat mungkin. Rawatan tradisional ini mungkin tidak dapat menghilangkan kesakitan anda sepenuhnya.
Baca juga:
2. Cara menghilangkan sakit kaki di betis sendiri di rumah

Jika kesakitan yang anda alami tidak terlalu teruk, anda mungkin boleh merawatnya sendiri di rumah. Walau bagaimanapun, pastikan anda berjumpa doktor sekiranya kesakitan tersebut jadi serius secara tiba-tiba.
Sakit kaki yang berlaku disebabkan kecederaan boleh dirawat di rumah. Anda boleh gunakan metod RICER:
- R (Rest) – Rehatkan kaki anda dan kurangkan pergerakan
- I (Ice) – Letakkan satu pek ais pada kawasan betis anda. Biarkan selama 15-20 minit. Ulang setiap 2-4 jam sekali selama 2-3 hari
- C (Compression) – Pastikan anda balut kaki anda
- E (Elevation) – Angkat kaki lebih tinggi daripada pinggang
- R (Referral) – Pastikan anda berjumpa doktor untuk rawatan lanjut!
3. Tip lain untuk hilangkan sakit betis
Cara menghilangkan sakit kaki di betis di atas tidak dapat menghilangkan kesakitan yang dialami? Cuba lakukan tip tambahan kami di bawah:
Lakukan regangan
Cuba lakukan regangan untuk kurangkan kesakitan pada kawasan betis. Cuba duduk di atas kerusi dan luruskan kaki serta jari-jemari anda. Selain itu, anda juga boleh minta pertolongan orang lain untuk urut betis.
Regangan dapat mengurangkan kesakitan yang dialami. Jika boleh, lakukan regangan yang sama selama 5 hingga 10 saat. Berhenti lakukan regangan jika kaki anda menjadi bertambah sakit.
Makan ubat tahan sakit
Ubat tahan sakit seperti acetaminophen atau ibuprofen mungkin dapat mengurangkan kesakitan yang anda alami. Ambil ubat mengikut arahan di belakang pek pembungkus.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen