Apabila patah tulang rusuk, sudah tentu ia akan menjejaskan kehidupan seharian kita semua. Jadi, apa yang anda perlu tahu dan buat jika ia berlaku? Jom baca artikel ini untuk tahu lebih lanjut tentangnya!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.
Definisi
Apa itu Patah Tulang Rusuk?
Ia adalah kecederaan biasa yang berlaku apabila salah satu tulang ini anda pecah atau retak.
Penyebab yang paling biasa adalah trauma dada yang disebabkan oleh terjatuh, kemalangan kenderaan atau kesan semasa terlibat dalam sukan lasak (yang memerlukan pemain bersentuhan badan dengan pemain lain).
Kepatahan tulang itu mungkn hanyalah retak semata-mata.
Walaupun ianya menyakitkan, retak tulang itu tidak begitu berbahaya seperti rusuk yang telah patah menjadi kepingan yang berasingan.
Tulang patah bergerigi di tepi boleh merosakkan salur darah utama atau organ dalaman, seperti paru-paru.
Dalam kebanyakan kes, patah tulang rusuk biasanya sembuh dengan sendiri dalam satu atau dua bulan.
Kawalan kesakitan yang mencukupi adalah penting agar anda dapat terus mengambil nafas dalam dan mengelakkan komplikasi paru-paru, seperti radang paru-paru.
Apa risiko masalah ini berlaku?
Kepatahan tulang rusuk sangat biasa. Ia boleh menjejaskan pesakit tanpa mengira usia. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda.
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom
Apa simptom Patah Tulang Rusuk?
Tanda-tanda umum masalah ini adalah sakit yang dikaitkan dengan tulang rusuk pecah yang mana biasa berlaku atau bertambah buruk apabila anda:
- Mengambil nafas dalam
- Menekan di kawasan yang cedera
- Membongkok atau memusingkan badan anda
Jika anda tidak boleh bernafas secara normal kerana kecederaan anda, anda mungkin:
- Rasa nafas pendek/sesak nafas
- Rasa cemas, gelisah, atau takut
- Sakit kepala
- Rasa pening, letih atau mengantuk
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang mana-mana gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Anda harus menghubungi doktor anda jika anda merasa nyeri di kawasan tulang ini yang berlaku selepas trauma atau jika anda mengalami kesukaran bernafas atau sakit semasa mengambil nafas dalam.
Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika anda merasakan tekanan, kenyang atau sakit perut di tengah dada anda selama lebih dari beberapa minit atau sakit yang melangkaui dada sehingga ke bahu atau lengan anda.
Gejala-gejala ini boleh menandakan serangan jantung.
Punca
Apa Punca Patah Tulang Rusuk?
Patah tulang rusuk biasanya disebabkan oleh impak langsung – seperti yang berlaku dari kemalangan kenderaan motor, jatuh, penderaan kanak-kanak atau sukan lasak (yang memerlukan pemain bersentuhan).
Tulang ini juga boleh mengalami kepatahan disebabkan trauma berulang dari sukan seperti golf dan mendayung atau disebabkan batuk yang teruk dan berpanjangan.
Faktor Risiko
Apa faktor risiko masalah ini berlaku?
Terdapat banyak faktor risiko kepatahan tulang ini, seperti:
- Menghidap penyakit ini di mana tulang anda kehilangan ketumpatan menyebabkan anda lebih mudah mengalami patah tulang.
- Menyertai sukan. Bermain sukan yang memerlukan sentuhan, seperti hoki atau bola sepak, meningkatkan risiko trauma ke dada anda.
- Lesi kanser di tulang rusuk. Lesi kanser boleh melemahkan tulang dan menjadikannya lebih mudah pecah.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit kepatahan tulang ini didiagnosis?
Semasa pemeriksaan fizikal, doktor akan menekan secara perlahan pada tulang rusuk anda. Doktor juga mungkin mendengar bunyi paru-paru anda dan melihat pergerakan tulang rusuk anda semasa anda bernafas.
Doktor anda mungkin akan mengarahkan anda untuk menjalani satu atau lebih ujian pengimejan berikut:
- Sinaran X. Dengan menggunakan radiasi tahap rendah, X-ray boleh menampakkan tulang. Tetapi X-ray sering mengalami masalah untuk mendedahkan kepatahan tulang rusuk yang baru, terutamanya jika tulang hanya retak sahaja. X-ray juga berguna untuk mendiagnosis kempis paru-paru.
- Imbasan CT. Ini seringkali dapat mengenalpasti patah tulang rusuk yang tidak dikesan oleh X-ray. Kecederaan kepada tisu lembut dan saluran darah juga lebih mudah dilihat pada imbasan CT. Teknologi ini mengambil X-ray dari pelbagai sudut dan menggabungkannya untuk menggambarkan kepingan keratan rentas struktur dalaman tubuh anda.
- Pemeriksaan tulang. Teknik ini adalah baik untuk melihat fraktur stres, di mana tulang retak selepas trauma berulang – seperti batuk yang berpanjangan. Semasa imbasan tulang, sedikit bahan radioaktif akan disuntik ke dalam aliran darah anda. Bahan tersebut akan berkumpul di tulang, terutamanya di tempat-tempat di mana tulang sedang melalui fasa penyembuhan dan ini akan dikesan menggunakan pengimbas.
Bagaimana pesakit kepatahan tulang ini dirawat?
Kebanyakan kes pesakit yang mengalami kepatahan tulang rusuk akan sembuh dengan sendiri dalam tempoh enam minggu. Jadi, tiada cara merawat patah tulang rusuk yang lain?
Ada, anda perlu mengehadkan aktiviti dan meletakkan ais di kawasan tersebut secara berkala dapat membantu dengan penyembuhan dan melegakan sakit.
Ubat-ubatan: Adalah penting untuk anda mendapatkan kelegaan kesakitan yang mencukupi – jika anda merasa sakit untuk melakukan pernafasan dalam, anda mungkin mengalami radang paru-paru. Jika ubat oral tidak cukup membantu, doktor anda mungkin mencadangkan suntikan anestesia yang tahan lama di sekeliling saraf yang melalui tulang rusuk.
Terapi: Apabila rasa sakit anda terkawal, doktor anda mungkin memberi latihan pernafasan untuk membantu anda melakukan pernafasan dalam kerana pernafasan cetek boleh menyebabkan anda berisiko mengalami radang paru-paru.