backup og meta

Kaki Selalu Kebas? Jangan Buat Tak Tahu, Mungkin Tanda Penyakit Serius!

Pernahkah anda kaki rasa kebas setelah duduk terlalu lama? Kondisi ini turut dikenali dengan nama paraesthesia yang bermaksud kehilangan sensasi pada beberapa bahagian badan.

Kadangkala, kondisi yang ramai orang panggil sesemut ini berlaku secara sementara. Malah, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika kaki kita kebas setelah duduk atau baring dalam satu jangka masa yang panjang.

Namun, jangan sesekali pandang remeh masalah kebas kaki. Selalunya, rasa kebas ini merupakan simptom kepada penyakit lain yang mungkin anda tidak tahu.

Oleh sebab itu, jika anda kerap mengalami masalah semut-semut ini, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan mengetahui apa cara hilangkan kebas hujung jari kaki itu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Otot dan Tulang, anda boleh klik di sini.

Apakah punca kaki rasa kebas?

kaki rasa kebas
Kaki kebas petanda penyakit.

Sebenarnya, ada banyak punca yang boleh menyebabkan sensasi kebas pada kawasan kaki. Antaranya:

Punca kaki kebas sebelah kanan atau kiri #1. Anda duduk terlalu lama

Selalunya, jika anda duduk dalam satu jangka masa yang panjang, saraf pada bahagian kaki akan termampat.

Akibatnya, pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan anda mengalami sensasi kebas dan sensasi sesemut pada bahagian yang terjejas.

Tetapi, jangan risau, kondisi ini selalunya tidak kekal lama dan akan pulih selepas beberapa minit.

2. Penyebab kaki kebas sebelah semasa bersenam

Kadangkala, kaki anda boleh menjadi sakit dan kebas ketika anda bersenam. Aktiviti larian contohnya boleh memberikan tekanan kepada saraf dan menyebabkan kaki menjadi kebas.

Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor lain seperti kasut yang terlalu ketat atau mengayuh basikal dalam satu tempoh yang lama.

Walau bagaimanapun, sama seperti kaki yang kebas ketika duduk, mereka yang mengalami sesemut ketika bersenam juga tidak akan mengalaminya dalam jangka masa yang panjang.

Selalunya, rasa kebas tersebut akan hilang secara beransur-ansur apabila anda berhenti bersenam.

Jika anda mahu tahu cara hilangkan kebas kaki kiri dan kanan, cuba goyang-goyangkan kaki anda sedikit untuk menggalakkan pengaliran darah.

kaki rasa kebas
Masalah kesihatan boleh jadi punca anda alami kaki kebas.

3. Kaki rasa kebas disebabkan penyakit

Sensasi kebas pada bahagian kaki mungkin merupakan tanda penyakit yang serius jika ia berlaku berulang kali. Sebagai contoh, sesemut yang anda alami mungkin berlaku disebabkan:

  • Penyakit sklerosis berbilang

Sklerosis berbilang merupakan sejenis penyakit autoimun yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Kaki rasa kebas yang berlaku disebabkan sklerosis berbilang boleh menyebabkan sakit dan gatal yang amat sangat.

Malah, rasa kebas ini kadangkala boleh menjadi amat serius sehinggakan pesakit tidak mampu berjalan dengan baik.

  • Penyakit diabetes, punca kaki kebas sebelah kanan atau kiri

Kadar gula yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan saraf, lebih-lebih lagi jika ia dibiar berlarutan dalam satu jangka masa yang panjang.

Doktor mungkin akan menggelar kondisi ini sebagai neuropati periferal (peripheral neuropathy) – Satu penyakit yang terjadi disebabkan kerosakan saraf di luar kawasan otak dan saraf tunjang.

Pesakit yang mengalami kondisi ini akan mengalami lemah dan kerap diserang tangan dan kaki rasa kebas.

Selain itu, pesakit diabetes yang mengalami neuropati periferal juga sukar untuk mengimbangkan badan.

  • Penyakit arteri periferal, penyebab kaki kebas sebelah

Penyakit arteri periferal merupakan satu keadaan yang menyebabkan arteri pada kawasan kaki atau tangan menjadi sempit.

Kaki atau tangan pesakit arteri periferal selalunya akan menjadi kebas kerana tidak menerima bekalan darah yang mencukupi.

Kesimpulan

kaki rasa kebas
Cara hilangkan kebas kaki kiri atau kanan.

Adakah ia satu perkara yang normal?

Kaki kebas mungkin perkara yang biasa dan tidak serius, tetapi jika ia berlaku dengan kerap dan menyebabkan kesakitan, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.

Masalah kaki rasa kebas yang berlaku disebabkan duduk terlalu lama boleh dihilangkan dengan cara mengurut tempat yang terkesan.

Anda juga boleh meletakkan pek ais di atas kaki anda selama 15 minit untuk mengurangkan kekejangan.

Kadangkala, masalah kejang atau kebas yang anda alami merupakan simptom kepada penyakit lain.

Jadi, cepat jumpa doktor untuk tahu cara hilangkan kebas satu badan ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Limb numbness. https://www.healthdirect.gov.au/limb-numbness. Accessed February 25, 2021.
  2.  5 ways sitting is killing your nerves. https://ntc.lluh.org/blog/5-ways-sitting-killing-your-nerves. Accessed February 25, 2021. Accessed February 25, 2021.
  3. Numbness. https://www.mayoclinic.org/symptoms/numbness/basics/causes/sym-20050938. Accessed February 25, 2021.
  4. Peripheral neuropathy. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/peripheral-neuropathy. Accessed February 25, 2021.
  5. Numbness. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21015-numbness. Accessed February 25, 2021.

Versi Terbaru

05/06/2025

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kenapa Sakit Tulang Dada? Rupanya, Ada 4 Kondisi Yang Boleh Jadi Punca Utama!

Selalu Angkat Objek Berat Sebab Itu Sakit Pinggang? Ini Punca Sebenarnya Dan Cara Rawatan!


Disemak oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group · Ditulis oleh Fatin Zahra · Dikemas kini 05/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan