backup og meta

Risiko Ubat Tekanan Darah Tinggi

Risiko Ubat Tekanan Darah Tinggi

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, anda mungkin perlu menggunakan ubat untuk mengawal tekanan darah anda. Selain manfaat, ubat-ubatan juga mempunyai risiko dan kesan sampingan. Kesan-kesan sampingan ubat-ubatan ini boleh berlaku dari kesan yang ringan hingga ke teruk. Mari kita lihat beberapa simptom yang biasa.

Diuretik

Kesan sampingan dan risiko diuretik termasuk:

  • Kencing lebih kerap. Diuretik menurunkan tekanan darah anda dengan mengurangkan jumlah air dalam darah anda. Anda akan perlu pergi ke tandas lebih kerap.
  • Beberapa jenis ubat diuretik boleh mengurangkan pengambilan potassium anda. Gejala termasuklah lemah-lemah, keletihan atau kekejangan kaki. Makan makanan yang kaya potassium boleh membantu mencegah masalah ini.
  • Anda mungkin mengalami serangan gout selepas penggunaan diuretik yang berpanjangan. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak biasa berlaku dan doktor anda boleh membantu anda mengawalnya.
  • Sekiranya anda menghidap diabetes, mengambil diuretik boleh meningkatkan paras gula darah anda. Walau bagaimanapun, kebanyakan kes boleh diuruskan dengan diet yang betul, ubat-ubatan, atau penukaran dos.
  • Sesetengah lelaki menderita masalah ereksi.

Penghalang Beta

Risiko dan kesan sampingan penghalang beta termasuklah:

  • Tangan dan kaki menjadi sejuk. Gejala-gejala ini boleh dirasai dengan mudah.
  • Gejala asma seperti batuk, berdehit, sakit dada, tekanan dada, atau sesak nafas.
  • Depresi dan keletihan.
  • Masalah tidur seperti kesukaran mendapatkan tidur yang cukup.
  • Masalah ereksi pada sesetengah lelaki.
  • Sekiranya anda hamil, dapatkan nasihat daripada doktor anda tentang pengambilan penghalang beta.

Perencat ACE

Risiko dan kesan sampingan perencat ACE termasuk:

  • Batuk kering dan kronik.
  • Ruam.
  • Kerosakan pada buah pinggang dalam beberapa kes.
  • Kehilangan rasa. Ini bermakna anda tidak ingin makan makanan yang anda nikmati. Anda tidak berselera untuk makan apa-apa.

Penghalang reseptor Angiotensin II

Penghalang reseptor Angiotensin II boleh menyebabkan pening. Sekiranya anda hamil, anda tidak boleh mengambil ubat ini. Oleh itu, beritahu doktor anda jika anda mempunyai bayi.

Penghalang saluran kalsium

Risiko dan kesan sampingan penghalang saluran kalsium termasuklah:

  • Sembelit.
  • Bengkak pada buku lali.
  • Sakit kepala.
  • Denyutan jantung abnormal (jantung tidak berdegup secara normal).
  • Pening.

Penghalang Alfa

Risiko dan kesan sampingan penyekat alpha termasuklah:

  • Kadar denyutan jantung cepat.
  • Pening, kelemahan.
  • Keterlaluan apabila tiba-tiba anda berdiri.

Penghalang alpha-beta

Doktor anda sering menyuntikkan penghalang alpha-beta ke dalam vena untuk melambatkan degupan jantung anda. Penyekat alfa-beta boleh menyebabkan penurunan tekanan darah anda apabila anda berdiri, menyebabkan pening dan ketagihan kepala.

Agonis reseptor alfa-2

Agonis reseptor alfa-2 boleh menyebabkan pening dan mengantuk.

Agonis sentral

Agonis sentral mengendurkan saluran darah, dan menurunkan tekanan darah anda. Walau bagaimanapun, ianya boleh menyebabkan penurunan tekanan darah yang ketara apabila anda berjalan atau berdiri. Anda boleh mengalami kelemahan dan pengsan jika tekanan darah anda sangat rendah.

Kesan sampingan yang lain termasuk mulut kering, demam, mengantuk, sembelit, pening, kepala terasa ringan, atau impotensi seksual pada sesetengah lelaki.

Perencat adrenergik periferal

Perencat adrenergik periferal boleh menyebabkan cirit-birit, pedih ulu hati, hidung tersumbat, lemah dan kepala terasa ringan apabila anda bangun pada waktu pagi. Jika anda mengalami mimpi buruk atau masalah tidur yang konsisten, berbincanglah dengan doktor anda.

Vasodilator (pengendur vaso)

Vasodilator (pengendur vaso) mengendurkan saluran darah. Ianya boleh menyebabkan bengkak di sekitar mata, sakit kepala, degupan jantung yang tidak normal dan menyebabkan pertumbuhan rambut yang melampau.

Semua ubat-ubatan mempunyai kesan sampingan, begitu juga ubat-ubatan tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, manfaatnya adalah lebih daripada risiko. Sekiranya kesan sampingan tersebut mengganggu anda, atau jika anda melihat tanda-tanda yang teruk, hubungi doktor anda secepat mungkin.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Side Effects of High Blood Pressure Medications. http://www.webmd.com/hypertension-high-blood-pressure/guide/side-effects-high-blood-pressure-medications#1. Accessed May 26, 2017.

Types of Blood Pressure Medications. http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/HighBloodPressure/PreventionTreatmentofHighBloodPressure/Types-of-Blood-Pressure-Medications_UCM_303247_Article.jsp. Accessed May 26, 2017.

High blood pressure (hypertension) – Treatments and drugs. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/basics/treatment/con-20019580. Accessed May 26, 2017.

Choosing blood pressure medications. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure-medication/art-20046280. Accessed May 26, 2017.

 

Versi Terbaru

27/09/2021

Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Tip Mudah Untuk Mengawal Tekanan Darah Tinggi Anda, No. 5 Ramai Tak Tahu Lagi!

Ada Masalah Darah Tinggi? Ambil 7 Jenis Buah Ini, Sangat Bagus Untuk Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser · Disemak pada 27/09/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan