backup og meta

5 Jenis Makanan Bantu Turunkan Tekanan Darah Dengan Cepat, No. 5 Ramai Wanita Suka!

5 Jenis Makanan Bantu Turunkan Tekanan Darah Dengan Cepat, No. 5 Ramai Wanita Suka!

Hipertensi berisiko untuk berlaku apabila tekanan darah meningkat dengan mendadak sekali gus membawa akibat bahaya kepada individu. Persoalannya, wujudkah sebarang cara, langkah, petua atau makanan penurun darah tinggi dengan cepat yang boleh membantu?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

Tekanan darah tinggi itu bahaya atau tidak?

Untuk pengetahuan anda semua, tekanan darah tinggi atau turut popular dengan nama hipertensi merupakan kondisi di mana tekanan darah bertambah tinggi berbanding paras normal.

Ya, kondisi ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan banyak implikasi atau komplikasi buruk kepada tubuh badan. Ia tentu sahaja akan menjejaskan tahap kesihatan dan kesejahteraan anda.

Antara kesan buruk yang berisiko berlaku kepada individu akibat hipertensi adalah seperti berikut:

  • Kerosakan arteri
  • Kegagalan organ
  • Disfungsi seksual
  • Penyakit angin ahmar (strok)
  • Kehilangan nyawa

Disebabkan itu pula, adalah sangat penting untuk anda selalu cuba mengekalkan tekanan darah di paras yang terbaik iaitu sekitar 120/80 mmHg dan usah sesekali lebih daripada angka itu

Bagaimana? Dengan mencari cara atau petua penurun darah tinggi cepat. Apakah penurun darah tinggi cepat yang anda boleh cuba?

darah tinggi
Komplikasi darah tinggi pada badan.

Selain sentiasa memantau tekanan darah, individu juga perlu mengamalkan petua turunkan darah tinggi dengan cepat kalau ia mula meningkat kepada 130/80 – 140/90 mmHg dan ke atas.

Makanan penurun darah tinggi dengan cepat!

Sebenarnya, setiap apa yang anda makan dan minum sedikit sebanyak boleh mempengaruhi paras tekanan darah sama ada bakal meningkatkan atau menurunkan dalam jumlah agak ketara.

Dalam kes hipertensi pula, sudah pasti kita semua mahu mendapatkan serta mengekalkan tekanan darah yang agak rendah dan stabil iaitu tidak lebih daripada 120/80 seperti yang disyorkan.

Maka, anda kena ambil contoh makanan penurun darah tinggi dengan cepat seperti dalam senarai:

#1. Makanan laut yang kaya dengan Omega-3

Makanan laut terutama ikan kembung, tuna, sardin, salmon dan lain-lain kaya dengan kandungan Omega-3 dikatakan mempunyai efek penurun tekanan darah tinggi yang sangat efektif.

Menurut The Journal Nutrition, pengambilan ikan yang tinggi dengan Omega-3 sebanyak tiga kali seminggu dikaitkan dengan penurunan tekanan darah diastolik dan penstabilan sistolik.

Namun, jangan banyak menambah garam ketika memasak ikan atau risiko hipertensi tidak hilang!

makanan penurun tekanan darah tinggi dengan cepat
Salmon membantu menurunkan tekanan darah.

Makanan penurun darah tinggi dengan cepat #2. Sayur

Sayur-sayuran hijau seperti bayam, kailan, kubis, sawi dan salad mengandungi kalium, magnesium dan serat sekali gus menjadikan ia sangat bagus untuk penghidap darah tinggi.

Apa yang lebih menarik, sayur juga adalah antara komponen utama di dalam saranan bagi suku-suku separuh di dalam pinggan hidangan lantas membuat anda tiada alasan untuk menolak.

Makanan penurun darah tinggi dengan cepat #3. Buah

Buah-buahan tinggi nutrisi seperti pisang, tembikai, avokado dan pelbagai jenis beri mengandungi nitrat selain kalium, magnesium, antioksidan serta banyak lagi vitamineral.

Nitrat inilah yang mempunyai kemampuan untuk menyeimbangkan kadar natrium. Ia sekali gus akan mengurangkan tekanan darah di samping melindungi sel-sel tubuh badan daripada rosak.

Minuman penurun darah tinggi #4. Produk tenusu terutama susu dan yogurt

Ada dua jenis produk tenusu yang dipercayai bagus buat penderita tekanan darah tinggi ekoran ia tinggi dengan kandungan kalsium dan rendah dengan kandungan lemak – susu dan yogurt.

Susu turut mengandungi sebatian peptida yang mampu menurunkan tekanan darah tinggi apabila ia diminum sekurang-kurangnya satu cawan pada setiap hari untuk kesan yang lebih jelas.

makanan penurun tekanan darah tinggi dengan cepat
Susu membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Yogurt pula mengandungi probiotik yang turut boleh memainkan peranan sama iaitu menurunkan tekanan darah tinggi lantas menjadikan ia sebagai salah satu minuman penurun darah tinggi.

#5. Kekacang dan coklat hitam

Ada banyak jenis kekacang yang bagus bagi tujuan menstabilkan tekanan darah termasuk kacang serinding, kacang pistachio dan lain-lain tetapi mungkin tidak boleh lawan khasiat coklat hitam.

Kajian BMC Medicine pada tahun 2010 menyatakan bahawa coklat hitam boleh menjadi makanan penurun darah tinggi bagi individu yang tinggi risiko menghidap prahipertensi atau hipertensi.

Ini kerana coklat hitam amat tinggi dengan flavonoid. Ia sejenis antioksidan yang mampu membantu merendahkan tekanan darah tinggi di samping melebarkan saluran dan melancarkan aliran darah.

Konklusinya, wujud banyak jenis makanan penurun darah tinggi dengan cepat namun ia mungkin memerlukan lebih banyak kajian lanjut.
Dapatkan informasi dan nasihat doktor tentang petua tradisional turunkan darah tinggi juga ya!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Beating high blood pressure with food, https://www.health.harvard.edu/newsletter_article/beating-high-blood-pressure-with-food, Accessed Dec 6 2022.
  2. Five foods to help lower blood pressure, https://www.heartfoundation.org.au/blog/five-foods-to-help-lower-blood-pressure, Accessed Dec 6 2022.
  3. 6 Types of Foods That Lower Blood Pressure, https://health.clevelandclinic.org/foods-to-lower-blood-pressure/, Accessed Dec 6 2022.
  4. DASH diet: Healthy eating to lower your blood pressure, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/dash-diet/art-20048456, Accessed Dec 6 2022.
  5. 5 Natural Ways to Lower Blood Pressure, https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2020/january/lower-blood-pressure-naturally, Accessed Dec 6 2022.

Versi Terbaru

09/04/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Nak Kurangkan Tekanan Darah? Lakukan 10 Perubahan Ini Untuk Elak Hipertensi!

Ini Cara Yang Tepat Nak Tahu Tahap Keterukan Hipertensi, Baru Boleh Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 09/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan