Adakah saya berisiko menghidap darah tinggi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Hipertensi atau tekanan darah tinggi adalah kebiasaan dan penyakit yang berbahaya di dalam dunia. Penyakit ini juga dikenali sebagai “pembunuh senyap” kerana kebiasaannya tiada simptom, tanda atau amaran yang jelas , menyebabkan ramai tidak mengetahui mereka menghidapi penyakit berbahaya ini. Untuk mengetahui sekiranya anda mempunyai risiko atau tidak, anda harus mempunyai pengetahuan menenai penyakit ini dan juga keadaan tubuh anda.

Tekanan darah tinggi dan risikonya

Tekanan darah tinggi bermaksud tekanan darah dalam saluran darah yang lebih tinggi berbanding normal, yang mengakibatkan  jantung dipaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Tekanan darah anda kebiasaaannya naik dan turun sepanjang hari, tetapi sekiranya ia adalah tinggi untuk masa yang lama, itu mampu menjejaskan jantung dan membawa kepada lebih banyak masalah kesihatan.

Walaupun hipertensi tidak memiliki symptom yang jelas, ia jarang mengakibatkan pening kepala atau muntah. Satu-satunya cara untuk mengesan jika anda menghidapi penyakit ini ialah dengan cara meminta tekanan darah anda diperiksa oleh pakar kesihatan.

Keadaan kesihatan anda sekarang, gaya hidup anda dan sejarah keluarga boleh menyumbang kepada peningkatan risiko “hipertensi”. Sebahagian masalah kesihatan seperti pra-hipertensi dan diabetes boleh juga meningktkan risiko tekanan darah tinggi. Selain itu, gaya hidup yang tidak baik juga menyumbang kepada peningktan risiko “hipertensi”. Mereka yang mengamalkan diet tidak sihat, tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi, kegemukan, dan mengambil minuman alkohol dan rokok berlebihan juga akan mendekatkan mereka dengan risiko penyakit berbahaya ini. Walaupun sesetengah penghidap tidak mampu mengawal sebahagian risiko seperti umur dan sejarah keluarga, mereka boleh mengawal amalan seharian bagi mengurangkan risiko “hipertensi”.

Kaitan antara tekanan darah dan kesihatan anda

Terdapat dua nombor yang digunakan bagi mengukur tekanan darah iaitu tekanan darah “sistolik” dan “diastolik”. “Sistolik” mengukur tekanan darah dalam salur darah ketika jantung berdenyut manakala “diastolik” mengukur tekanan darah dalam salur darah dalam keadaan rehat diantara denyutan jantung. Sekiranya tekanan menunjukkan nilai bertulis “120/80 mmHg” atau disebut “120 per 80”, menunjukkan keputusan anda ialah 120 bagi “sistolik” dan 80 bagi “diastolik”. Sekiranya tekanan darah anda dibawah tahap 120/80 mmHg, tekanan darah anda adalah normal. Sekiranya bacaan anda diantara 120/80 mmHg ke 140/90 mmHg, anda berisiko untuk menghidap “hipertensi” yang digelar “prahipertensi”. Sekiranya bacaan tekanan darah anda 140/90 mmHg atau lebih, anda sedang mengalami “hipertensi”. Adalah digalakkan untuk melakukan pemeriksaan tekanan darah secara kerap kerana ini adalah satu-satunya cara untuk mengesan masalah hipertensi. Selain itu ia tidak mengambil masa yang lama, tidak menyakitkan dan tidak semestinya dilakukan di hospital.

Hipertensi adalah tidak terlalu berbahaya sekiranya anda tahu cara mengawalnya. Maklumat di atas akan membantu anda untuk memahami mengenai masalah tekanan darah tinggi dan bagaimana mengesan sekiranya anda adalah penghidap.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Tompok Hitam Pada Mata Tanda Barah? Ini 7 Tanda Awal Kanser Mata Yang Anda Perlu Tahu

    Seringkali kita mengabaikan tanda kanser mata memandangkan ia bukanlah sejenis kanser yang lazim didiagnosis di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kanser Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

    Warga emas amat mudah untuk mendapat beberapa jenis penyakit gigi. Berikut adalah antara jenis masalah gigi yang sering berlaku kepada warga emas.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Badan Di Usia Emas 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Wanita Boleh Tumbuh Janggut! Ya, Ini Antara 3 Penyakit ‘Rare’ Menyerang Perempuan!

    Tahukah anda, ada beberapa jenis penyakit jarang berlaku yang lebih berisiko terjadi kepada wanita? Salah satunya merupakan penyakit wanita berjanggut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan Wanita Lain 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jangan Pandang Mata Orang Yang Tengah Sakit Mata, Nanti Boleh Berjangkit! Betul Ke?

    Kuarantin diri sendiri di rumah adalah salah satu cara hilangkan sakit mata. Jom klik artikel ini untuk tahu cara lain dengan lebih mendalam lagi!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Mata 26/02/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan kuman

    Maklumat Lengkap Mengenai Penyakit Berjangkit: Simptom, Punca, Rawatan & Langkah Pencegahan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 4 minit bacaan
    petua kencing tak lawas

    Kenapa Perlu Terus Sengsara Akibat Kencing Tak Lawas? Ada 7 Cara Mengawalnya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
    sel darah

    Ini Jenis Penyakit Darah Yang Perlu Diketahui, Bukan Hanya Anemia Dan Talasemia Sahaja, Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 5 minit bacaan
    radang sendi

    Sendi Bengkak Disebabkan 2 Masalah Radang Sendi Ini, Kenali Perbezaannya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan