backup og meta

CRP dan Jantung Anda

CRP dan Jantung Anda

Protein C-reaktif (CRP) adalah bahan yang dihasilkan oleh hati. Ia adalah protein darah yang mungkin dianggap sebagai risiko serangan jantung dan strok. CRP boleh dikenal pasti apabila terdapat keradangan akibat trauma atau jangkitan. Kajian terbaru menunjukkan bahawa protein C-reaktif boleh digunakan untuk meramalkan masalah kardiovaskular, seperti serangan jantung pada individu yang sihat dan berisiko tinggi.

Perlukan saya diuji untuk CRP?

Sekiranya anda mengalami masalah kardiovaskular atau baru-baru ini mengalami jangkitan virus atau urin yang boleh mengakibatkan keradangan, doktor anda boleh mengesyorkan untuk memeriksa paras protein C-reaktif anda. CRP juga boleh dikenal pasti apabila anda mengalami keradangan yang disebabkan oleh trauma atau jangkitan seperti:

  • Pneumonia
  • Herpes
  • Chlamydia
  • Jangkitan virus yang menyerupai selesema

Ujian darah ringkas boleh digunakan untuk mengesan tahap CRP dan kolesterol, dan pemeriksaan homocysteine ​​dalam meramalkan risiko serangan jantung dan strok. Ujian ini sangat tepat.

Untuk menguji tahap CRP sebagai faktor risiko penyakit jantung, disarankan CRP assay (hs-CRP) yang tinggi. Ini adalah kerana ujian ini lebih tepat berbanding versi lama ujian CRP yang digunakan untuk mengesan keadaan keradangan yang lain. Batasan hs-CRP yang dikehendaki berada di bawah 1 m/gL. Skor antara 1.0 dan 3.0 mg/L menunjukkan risiko purata dan di atas 3.0 mg/L menunjukkan risiko tinggi. Mujurlah, ujian darah untuk kedua-dua kolesterol dan CRP boleh dilakukan dengan sampel darah yang sama.

Apa yang meningkatkan tahap CRP?

Banyak faktor risiko yang diketahui untuk penyakit jantung juga kelihatan meningkatkan tahap CRP. Mengikut hasil daripada laporan terkini, faktor-faktor tersebut adalah:

  • Merokok
  • Tekanan darah tinggi
  • Berlebihan berat badan
  • Kurang bersenam

Gen juga kelihatan memainkan peranan penting. Jika ibu bapa atau saudara terdekat anda mempunyai tahap CRP yang tinggi, anda lebih cenderung mengalami masalah ini.

Untuk membuat kesimpulan, protein C-reaktif (CRP) memainkan peranan penting dalam meramalkan risiko penyakit jantung. Ia adalah penting bagi pesakit penyakit jantung mempunyai maklumat yang mencukupi tentang CRP dan ujiannya.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

C-Reative Protein (CRP) and Your Heart. http://www.drsinatra.com/c-reative-protein-crp-and-your-heart/. Assessed January 25, 2017.

C-Reactive Protein and Heart Health. https://consumer.healthday.com/encyclopedia/heart-health-22/misc-stroke-related-heart-news-360/c-reactive-protein-and-heart-health-645537.html. Assessed January 25, 2017.

Versi Terbaru

15/11/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini 13 Tanda Awal Kalau Jantung Ada Masalah, Semak Jika Anda Pernah Alaminya…

Jika Alami Sakit Dada Tengah Yang Tak Serius, Boleh Cuba 8 Cara Ini Untuk Legakannya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 15/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan