backup og meta

Jangan Terkejut, Tahap Kolesterol Tinggi Banyak Dalam Kalangan Lelaki, Ini Sebabnya!

Jangan Terkejut, Tahap Kolesterol Tinggi Banyak Dalam Kalangan Lelaki, Ini Sebabnya!

Kolesterol adalah satu keperluan bagi sistem pencernaan manusia. Ia membantu memecahkan lemak kepada penghasilan tenaga, hormon dan vitamin. Bagaimanapun, kolesterol berlebihan akan menyebabkan tahap kolesterol tinggi yang mana peningkatan ke arah mendapatkan strok dan masalah jantung lain.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

Memahami tahap kolesterol tinggi

Pertama sekali, belajar beberapa perkara asas mengenai kolesterol. Umumnya, tubuh kita memerlukan kolesterol untuk berfungsi.

Seperti yang telah dinyatakan, kolesterol berfungsi sebagai bahan penting dalam pencernaan dan penyerapan nutrien.

Kolesterol yang dihasilkan oleh tubuh adalah melalui hati dan beberapa sel lain serta menyerapnya daripada produk lain seperti telur dan daging.

tahap kolestrol tinggi

Terdapat dua jenis kolesterol utama iaitu lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL). Pembentukannya juga sering dianggap buruk kerana disebabkan oleh keupayaannya yang menyekat arteri dengan jumlah yang berlebihan.

Sementara itu, HDL berfungsi sebagai kawalan kepada LDL yang mana ia membantu mengurangkan tahap LDL dan menyihatkan tubuh anda. Kolesterol tinggi didiagnosis apabila tahap LDL dalam tubuh melebihi hadnya.

Apakah punca kolesterol tinggi?

Jelas sekali, anda mahukan HDL mengatasi LDL. Bagaimanapun, dengan diet yang tidak baik dan gaya hidup yang tidak aktif, anda berisiko mendapat tahap kolesterol tinggi.

Lemak tepu yang ditemui dalam kebanyakan produk daging dan tenusu adalah salah satu penyumbang kepada diet yang buruk. Makanan lain termasuk telur dan organ haiwan juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

Selain itu, makanan yang mempunyai lemak trans iaitu sejenis lemak buatan manusia juga meningkatkan tahap LDL dan menurunkan HDL. Ini semestinya bukan apa yang anda mahukan untuk tubuh!

Makanan proses juga tidak syak lagi menjadi salah satu elemen berbahaya tambahan kepada diet anda. Tanda-tanda lain juga jelas bahawa anda akan mempunyai tahap kolesterol tinggi jika anda berlebihan berat badan atau obes.

Akhirnya, sebab paling umum adalah kurang melakukan senaman. Pengambilan lemak yang banyak dan tidak bersenam menyebabkan peningkatan LDL dan anda juga akan mengalami pertambahan berat badan.

Lelaki dan kolesterol tinggi

punca kolestrol tinggi

Mengapa risiko kolesterol tinggi meningkat dalam kalangan lelaki? Merokok, minum dan secara konvensionalnya lebih cenderung berbanding wanita.

Ini disebabkan oleh tekanan sosial pada lelaki yang maskulin, yang mana mereka lebih berisiko mengalami masalah jantung. 

Walaupun anda tidak biasa minum bersama wanita, tetapi bersama dengan seorang lelaki bukan suatu yang luar biasa. 

Kemudian, merokok sebagai kebiasaan dalam kalangan lelaki yang sering mengalami tekanan dan mendapatkan rokok sebagai cara sementera untuk berasa lebih baik.

Gen juga memainkan peranan terlalu tinggi kerana kolesterol tinggi adalah sejenis keadaan yang diwarisi. Malah, lelaki berumur lebih daripada 45 tahun berisiko mendapat tahap kolesterol tinggi.

Penuaan bermakna kemungkinan besar mendapat penyakit jantung untuk lelaki.

Adalah dicadangkan bahawa lelaki berusia lebih daripada 20 tahun perlu mendapatkan pemeriksaan tahap kolesterol normal dan melakukannya setiap 5 tahun.

Oleh kerana kolesterol jahat lebih kepada maskulin, lelaki perlu menjaga tubuh dengan baik khususnya berat badan, gaya hidup dan diet mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat cara penyelesaiannya. Wanita juga berisiko untuk mendapat kolesterol tinggi, jadi lelaki dan wanita perlu mempunyai gaya hidup yang lebih sihat.

Mengelakkan diri daripada merokok dan minum, serta mula bersenam adalah antara cara paling mudah untuk menjadi sihat.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

High Cholestrol. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/symptoms-causes/syc-20350800. Diakses pada Disember 18, 2023.

High Cholesterol Diseases. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11918-cholesterol-high-cholesterol-diseases. Diakses pada Disember 18, 2023.

High Cholesterol – Symptoms, Causes & Levels. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/risk-factors/high-cholesterol. Diakses pada Disember 18, 2023.

Risks Of High Cholesterol In Men And How To Get It Under Control. https://www.healthymale.org.au/news/risks-high-cholesterol-men-and-how-get-it-under-control. Diakses pada Disember 18, 2023.

High Cholesterol: Symptoms, Causes And Treatment. https://www.heartfoundation.org.nz/wellbeing/managing-risk/managing-high-cholesterol. Diakses pada Disember 18, 2023.

Versi Terbaru

20/12/2023

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

4 Penyakit Ini Penyebab Jantung Anda Berdegup Laju Tanpa Sebab, Jaga-Jaga Ya!

Nak Tahu 10 Jenis Makanan Penurun Kolesterol? Jom Baca Di Sini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan