home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Berhasrat Miliki Organ Jantung Yang Sihat? Jom Amal Diet Berasaskan Ikan!

Berhasrat Miliki Organ Jantung Yang Sihat? Jom Amal Diet Berasaskan Ikan!

Anda memerlukan sekurang-kurangnya dua hidangan berasaskan ikan setiap minggu sebagai pelengkap diet anda untuk jantung sihat selain terus kekal sihat.

Diet ikan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 adalah yang terbaik sekali dengan ikan seperti herring, trout, salmon, makerel dan sardin menjadi pilihan utama.

Anda juga boleh mendapatkan asid lemak omega-3 daripada sumber-sumber lain seperti telur, minyak canola, biji flax dan kacang walnut.

Walau bagaimanapun, makanan tambahan asid lemak omega-3 dan minyak tambahan adalah tidak digalakkan untuk pengurangan risiko strok, sakit dan serangan jantung kerana masih belum ada kajian yang dapat membuktikan keberkesanannya.

Diet ikan sememangnya kaya dengan protein, tidak seperti produk daging yang berlemak, ikan tidak mempunyai banyak lemak tepu.

Asid lemak omega-3 yang banyak didapati dalam diet ikan memberi banyak manfaat dalam usaha mendapatkan jantung sihat.

Asid lemak omega-3 terbukti mempunyai keupayaan untuk menurunkan risiko terhadap arrhytmias, iaitu keadaan kesihatan yang menyebabkan kematian mengejut.

Asid lemak omega-3 juga mampu mengurangkan kadar triglyceride, memperlahankan kadar pembentukan plak aterosklerotik dan memastikan kadar tekanan darah sentiasa rendah.

Asid Lemak Omega-3 & Jantung Anda

diet ikan

Lemak tidak tepu dalam ikan dapat menggantikan lemak tepu dalam daging demi memastikan kolesterol anda rendah.

Bagaimanapun. asid lemak omega-3 dalam ikan yang berlemak dianggap sebagai pemberi manfaat nutrisi terbesar.

Asid lemak omega-3 dapat mengurangkan keradangan, di mana jika ia tidak diatasi sewajarnya akan berpotensi merosakkan pembuluh darah dan mengakibatkan penyakit kardiovaskular.

Omega-3 juga dapat mengurangkan kadar triglyceride, penyumbatan darah, tekanan darah dan mengurangkan risiko kegagalan jantung, strok serta mengawal degupannya.

diet ikan

Penyakit Jantung

Anda dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit arteri koronari kerana penyerapan asid lemak omega-3 dapat membantu menurunkan risiko kematian mengejut dengan mengawal kadar degupannya yang lebih normal.

Penyakit Strok

Risiko terhadap strok juga dapat dikurangkan jikan anda memasukkan 2-3 hidangan diet ikan ke dalam diet anda setiap minggu.

Selain daripada memberikan kepelbagaian terhadap menu sihat anda, ia turut membekalkan segala nutrien yang penting untuk anda melawan strok.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Omega-3 in fish: How eating fish helps your heart, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/omega-3/art-20045614, Accessed Dec 5 2019.
  2. Heart-Healthy Eating: Fish, https://www.uofmhealth.org/health-library/hw84959, Accessed Dec 5 2019.
  3. Are All Fish Healthy to Eat?, https://www.scripps.org/news_items/2913-are-all-fish-healthy-to-eat, Accessed Dec 5 2019.
  4. Is Fish Healthy for You? And the Best Kinds to Include in Your Diet, https://health.clevelandclinic.org/the-power-of-fish-in-your-diet-infographic/, Accessed Dec 5 2019.
  5. Seafood suggestions for heart health, https://www.health.harvard.edu/heart-health/seafood-suggestions-for-heart-health, Accessed Dec 5 2019.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada seminggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x