Pernahkah anda terfikir dan tertanya bagaimana diafragma berfungsi dalam tubuh badan? Ya, anda tidak keseorangan kerana ramai yang belum tahu tenangnya. Jadi, jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.
Otot diafragma bermaksud?
Diafragma adalah sebuah lapisan otot yang terletak di bawah tulang rusuk manusia.
Mempunyai bentuk seakan-akan payung terjun, ia akan memisahkan kaviti toraks tulang rusuk, di mana jantung dan paru-paru terletak daripada kaviti abdomen yang terdapat pada perut, hati dan lain-lain organ.
Bagaimana diafragma berfungsi?
Ia juga berfungsi untuk mengawal pernafasan di mana ia akan mengembang dan menguncup untuk membenarkan pengaliran udara daripada/ke paru-paru.
Cembung seperti dinding bawah kaviti toraks dan cengkung seperti dinding atas kaviti abdomen, otot ini berfungsi di beberapa lokasi tertentu.
Ia bermula daripada proses xiphoid di penghujung sternum atau tulang dada dan daripada 6 tulang rusuk paling bawah sehingga ke tengah.
Sementara bahagian bawah berfungsi pada kedua-dua lumbar vertebrae pada tulang belakang dan lumbocostal arch, iaitu tepian bukaan diafragma, melalui psoas utama, iaitu otot pinggang flexor untuk udara melepasinya.
Perlu diketahui bahawa otot ini mempunyai beberapa lubang di dalamnya yang menunjukkan di mana stuktur vertikal, termasuklah tulang belakang, psoas utama serta otot quadratus lumborum, esofagus dan beberapa arteri utama untuk udara melepasinya.
Jadi, bagaimana diafragma berfungsi itu sangat berkait membantu untuk manusia bernafas!
Bahagian abdomen terutamanya otot transverse abdominus akan membantu penghembusan nafas dengan meletakkan tekanan pada kaviti toraks.
Diafragma juga akan membantu dalam proses penyedutan nafas.
Untuk melakukan ini, ia akan mengembang lalu mengurangkan tekanan pada kaviti toraks dan membenarkan paru-paru untuk mengembang.
Ini akan menghasilkan sedutan sekaligus membenarkan udara untuk masuk.
Hubungan antara dua kumpulan otot iaitu abdomen dengan diafragma dikenali dalam anatomi sebagai antagonistik.
Ada juga fungsi yang lain?
Selain itu, peranan lain otot ini adalah berkaitan dengan fungsinya di dalam kaviti abdomen.
Tekanan intra-toraks akan berkurangan semasa difragma berkembang lalu menyebabkan tekanan pada kaviti abdomen meningkat.
Oleh itu, otot ini akan mengembang untuk meningkatkan tekanan intra-abdomen semasa aktiviti seperti muntah, pembuangan air kecil dan air besar.
Ia akan memberikan tekanan kepada esofagus semasa berkembang lalu menghalang asid perut daripada keluar kembali ke kawasan toraks esofagus, iaitu kondisi yang dipanggil sebagai asid refluks.
Ia juga menjadi punca sedu terjadi, yang disebabkan oleh kekejangan pada otot yang selalunya disebabkan oleh makan terlalu cepat.