backup og meta

Ini Sebab Utama Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Kayap, Jaga Orang Tua Anda!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/08/2023

    Ini Sebab Utama Warga Emas Lebih Berisiko Dijangkiti Kayap, Jaga Orang Tua Anda!

    Tahukah anda, warga emas berisiko untuk mendapat penyakit kayap? Penyakit yang berpunca daripada virus varicella zoster ini lebih mudah menjangkiti golongan berusia berbanding orang muda. Mengapa?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

    Tanda-tanda sekiranya anda telah dijangkiti penyakit kayap!

    Kayap adalah sejenis penyakit akibat daripada jangkitan virus iaitu virus varicella zoster.

    Virus varicella zoster yang menjadi punca kayap ini adalah virus penyebab yang sama bagi penyakit cacar air atau chickenpox. 

    Tanda atau simptom kayap boleh berlaku pada satu bahagian tubuh badan anda sahaja.

    Antara simptom-simptom berlakunya kayap ialah:

    • Rasa sakit, terbakar, kebas atau kesemutan pada bahagian badan yang terjejas
    • Lebih berasa sensitif ketika disentuh
    • Timbul ruam merah pada bahagian tubuh beberapa hari setelah mengalami kesakitan
    • Berlakunya kelepuhan yang terbuka dan mengandungi cecair
    • Mengalami kegatalan

    penyakit kayap

    Sesetengah individu juga mungkin akan mengalami perkara-perkara seperti berikut:

    Punca berlakunya penyakit kayap yang patut anda tahu

    Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, kayap ini berpunca daripada serangan virus varicella zoster.

    Bagi individu yang pernah mendapat chickenpox atau cacar air, mereka juga mungkin akan mengalami kayap.

    Setelah anda sembuh daripada chickenpox, virus yang sama tersebut akan memasuki sistem saraf tubuh dan kekal tidak aktif di sana selama bertahun-tahun. 

    Secara perlahan-lahan seiring peningkatan umur anda, virus tersebut akan kembali aktif dan memasuki laluan saraf ke bahagian kulit lalu menyebabkan kayap.

    Punca kepada berlakunya kayap ini tidak begitu jelas. Namun ia mungkin disebabkan oleh sistem imun tubuh yang semakin lemah sewaktu usia anda semakin meningkat.

    Oleh sebab itu, kayap lebih kerap dan biasa berlaku dalam kalangan warga emas dan juga mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah.

    Faktor risiko bagi penyakit kayap

    penyakit kayap

    Bagi mereka yang pernah mengalami chickenpox, mereka juga berpotensi untuk mengalami kayap. Namun, ia bukanlah satu kemestian.

    Selain itu, terdapat juga beberapa faktor risiko lain yang menyebabkan seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat kayap iaitu:

    • Berusia lebih daripada 50 tahun. Tidak dinafikan, penyakit ni sebenarnya lebih kerap berlaku dalam kalangan warga emas yang berusia 50 tahun dan ke atas. Semakin meningkat usia seseorang, maka semakin tinggilah risikonya untuk mendapat kayap
    • Mempunyai sesetengah penyakit. Terdapat beberapa penyakit yang boleh melemahkan sistem imun badan seperti HIV/AIDS dan juga kanser
    • Menjalani siri rawatan kanser. Siri rawatan kanser seperti radiasi dan juga kemoterapi boleh merendahkan rintangan penyakit dan memicu pertumbuhan kayap
    • Penggunaan ubat-ubatan tertentu. Sesetengah ubat-ubatan juga boleh memicu penyakit ini

    Baca juga:

    Apakah komplikasi yang boleh berlaku akibat daripada kayap?

    Kayap juga boleh menyebabkan beberapa komplikasi terhadap kesihatan tubuh anda. Ini termasuklah:

    • Neuralgia postherpetic. Bagi sesetengah individu, mereka mungkin akan terus mengalami kesakitan walaupun kelepuhan kayap tersebut telah hilang. Keadaan ini disebut sebagai neuralgia postherpetic. Ia berlaku apabila serat saraf yang telah rosak menghantar mesej yang mengelirukan dan melampau berkenaan kesakitan kulit kepada otak anda
    • Kehilangan penglihatan. Kayap yang berlaku pada atau sekitar bahagian mata boleh menyebabkan jangkitan mata yang amat menyakitkan sehingga boleh menyebabkan kehilangan penglihatan.
    • Masalah neurologi. Kayap juga boleh menyebabkan keradangan pada otak, paralisis muka atau masalah pendengaran bergantung kepada saraf yang terjejas akibat kayap tersebut
    • Jangkitan kulit. Sekiranya kelepuhan kayap tersebut tidak dirawat dengan baik, ia mungkin boleh menyebabkan jangkitan kulit yang disebabkan oleh bakteria

    Lakukan langkah pencegahan penyakit kayap

    Anda boleh berjumpa doktor dan mendapatkan suntikan vaksin bagi mencegah penyakit ini.

    Antara kesan sampingan suntikan vaksin ini ialah kemungkinan berlakunya kemerahan, kesakitan, pembengkakan dan juga kegatalan pada bahagian yang disuntik.

    penyakit kayap

    Perlu juga diingat bahawa suntikan vaksin kayap ini hanyalah bertujuan untuk mencegah penyakit tersebut daripada berlaku. Ia tidak bertujuan untuk digunakan bagi merawat mereka yang sedang mengalami kayap. 

    Kesimpulan

    Walaupun penyakit ini tidak membahayakan nyawa penghidapnya, namun kewujudannya amatlah menyakitkan.

    Suntikan vaksin boleh mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kayap.

    Manakala, rawatan awal boleh membantu memendekkan tempoh jangkitan kayap dan mengurangkan risiko berlakunya komplikasi kesihatan yang lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/08/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan