home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

4 Manfaat Permainan Video Game Kepada Warga Emas

4 Manfaat Permainan Video Game Kepada Warga Emas

Penggemar permainan video game biasanya terdiri daripada kanak-kanak, remaja sehinggalah orang dewasa. Namun, adakah anda pernah melihat sekumpulan warga emas bermain permainan video?

Jangan berasa pelik jika kami menyatakan hal ini. Ketahuilah, kebaikan permainan video sememangnya memberikan manfaat yang baik kepada mereka yang telah berusia.

Jika tidak percaya, kami terangkannya lebih lanjut dalam artikel ini.

Kebaikan permainan video game kepada warga emas yang anda mungkin tidak tahu!

Sebenarnya, walaupun permainan video dihasilkan kebanyakannya untuk kegunaan kanak-kanak dan remaja, namun ia boleh membantu warga emas dalam kehidupan seharian mereka.

Anda pasti terfikir bagaimana permainan video boleh membantu kehidupan warga emas? Ini jawapan yang anda cari.

#1. Kebaikan permainan video: Membantu mengawal emosi

kebaikan permainan video

Adakalanya, emosi warga emas mudah terganggu dan tidak terkawal. Dengan melakukan sesuatu yang mereka sukai, ia biasanya akan mempengaruhi dan menstabilkan semula emosi mereka.

Oleh sebab itu, bagi warga emas yang mungkin berminat untuk bermain permainan video setelah diperkenalkan kepadanya, emosi mereka menjadi lebih stabil.

Kajian yang dijalankan terhadap 140 orang warga emas yang berusia 63 tahun ke atas mendapati, mereka yang bermain permainan video walaupun tidak selalu, melaporkan tahap kesejahteraan, fungsi sosial dan kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak bermain permainan video.

Malah, warga emas yang bermain permainan video ini turut memiliki peratusan kemurungan yang lebih rendah berbanding mereka yang tidak bermain permainan video.

Cadangan permainan video: “Disney Fantasia: Music Evolved”. Permainan ini akan menjadikan pemainnya sebagai seorang konduktor muzik. Pemain akan banyak menggerakkan tangan mereka dalam permainan ini.

#2. Kebaikan permainan video: Memperbaiki keseimbangan dan kepantasan tubuh

Sesetengah permainan video mungkin memerlukan pergerakan dan interaksi fizikal.

Permainan video game seperti ini boleh membantu warga emas untuk memperbaiki keseimbangan tubuh, koordinasi dan tindak balas refleks mereka.

Ini disebabkan oleh ciri membuat keputusan dan juga pergerakan yang perlu dilakukan dalam permainan video.

Malah permainan video seperti ini juga membuatkan kelajuan warga emas ketika berjalan menjadi lebih pantas.

Cadangan permainan video: “Tetris”. Ini adalah sejenis permainan berbentuk teka-teki atau puzzle. Pemain dikehendaki menyusun bentuk geometri yang diberikan. Semakin tinggi peringkat puzzle yang dimainkan, semakin sukar puzzle yang akan diberikan.

Mereka perlu menyusun puzzle tersebut pada masa yang diberikan. Masa yang diberikan juga akan menjadi semakin pantas bergantung kepada peringkat puzzle.

#3. Kebaikan permainan video: Meningkatkan kemampuan kognitif

Permainan video juga boleh memberikan kesan yang positif terhadap kognitif warga emas.

Kajian yang dijalankan oleh University of California mendapati, warga emas yang bermain permainan video 3D menunjukkan perubahan yang positif dalam kemampuan kognitif yang memperlahankan tanda-tanda penuaan.

Permainan video melatih memori pemainnya. Jika warga emas bermain permainan video, ia boleh memperbaiki memori mereka seperti dengan mengingati watak, nama, alamat, tarikh dan juga masa permainan.

Cadangan permainan video:”World of Warcraft”. Permainan video online ini boleh dimainkan oleh beberapa pemain dalam satu-satu masa. Permainan seperti ini akan melatih warga emas untuk mengingati sesuatu selain melatih mereka untuk membuat keputusan.

#4. Kebaikan permainan video: Kurangkan risiko alami Alzheimer

permainan video game

Kajian terbaharu ada menunjukkan hubungan antara bermain permainan video game dengan pengurangan risiko untuk mengalami Alzheimer.

Kajian tersebut melihat kepada hubungan antara permainan video 3D dan pertumbuhan tisu dalam kawasan yang berbeza pada otak.

Penumpuan kajian diberikan kepada kawasan hippocampus, iaitu bahagian otak yang terlibat dengan memori dan perkembangan Alzheimer seseorang individu.

Cadangan permainan video: “Brain Age” atau “Lumosity”. Ia adalah satu bentuk permainan yang melatih kecergasan otak. Permainan ini mempunyai tahap kesukaran yang tersendiri mengikut peringkatnya dan ia boleh membantu memperbaiki kemampuan kognitif otak warga emas.

Permainan video game mungkin kaedah terbaik untuk gangguan neurologi

Sesetengah pakar perubatan berpendapat, permainan video mungkin boleh menjadi cara terbaik dalam memperbaiki masalah atau gangguan neurologi yang dialami oleh warga emas berbanding ubat-ubatan.

Kebanyakan warga emas yang terlibat dalam kajian pula bermain permainan video bukan disebabkan oleh kesedaran terhadap manfaat yang diberikan, tetapi mereka menganggapnya sebagai satu perkara yang menyeronokkan untuk dilakukan.

Kadangkala mereka bersorak kepada rakan mereka yang sedang bermain walaupun tidak menyertainya. Jadi, tidak hairanlah jika permainan video ini boleh menstabilkan emosi warga emas itu sendiri.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Zelinski, E. M., & Reyes, R. (2009). Cognitive benefits of computer games for older adults. Gerontechnology : international journal on the fundamental aspects of technology to serve the ageing society, 8(4), 220–235. https://doi.org/10.4017/gt.2009.08.04.004.00

West GL, Zendel BR, Konishi K, Benady-Chorney J, Bohbot VD, Peretz I, et al. (2017) Playing Super Mario 64 increases hippocampal grey matter in older adults. PLoS ONE 12(12): e0187779. https://doi.org/10.1371/journal.pone.0187779

https://academic.oup.com/psychsocgerontology/article/70/3/357/543165#27376019

https://www.eurekalert.org/pub_releases/2013-09/uoc–tto082913.php

https://www.nia.nih.gov/news/video-games-show-potential-improving-key-aspects-memory-older-adults

Gambar penulis
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz pada 13/04/2021
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x