backup og meta

Waktu Terbaik Minum Suplemen Vitamin C Semasa Berpuasa

Waktu Terbaik Minum Suplemen Vitamin C Semasa Berpuasa

Semua orang menginginkan badan yang segar, termasuk ketika di bulan puasa. Oleh sebab itu, ada yang mengamalkan pengambilan vitamin C untuk tenaga tambahan. Minuman vitamin C sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, terutamanya untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari. 

Sepanjang bulan Ramadan, anda harus bangun lebih awal daripada biasa dan badan tidak mendapat sebarang nutrisi selama berjam-jam. Sistem imun menjadi lemah sehingga anda lebih mudah letih dan terdedah diserang penyakit.

Maka sebab itu, ramai orang rasa perlu untuk mula mengambil minuman vitamin C. Tapi, bilakah masa yang tepat untuk mengambil vitamin C semasa berpuasa?

Sebelum mengetahui masa yang sesuai untuk minum vitamin C sepanjang bulan Ramadan, ada baiknya untuk anda memahami dulu apa fungsi utama pengambilan vitamin C terhadap kesihatan badan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Manfaat pengambilan vitamin C terhadap kesihatan badan

pengambilan vitamin c

Salah satu fungsi dari vitamin C adalah untuk meningkatkan ketahanan tubuh anda dengan merangsang pengeluaran sel darah putih. Sementara itu, antioksida yang terkandung dalam vitamin C dapat membantu meningkatkan tenaga badan, sehingga dapat mencegah anda dari cepat letih.

Vitamin C itu sendiri juga boleh menyokong fungsi kelenjar adrenal dalam tubuh, yang mengatur hormon pencetus stres dan keletihan. Vitamin C juga diperlukan dalam penyerapan zat besi sehingga dapat membantu anda terhindar dari anemia. Dengan semua fungsi tersebut, maka suplemen vitamin C dapat membantu anda meningkatkan ketahanan badan dan mencegah anda daripada keletihan.

pengambilan vitamin c

Satu lagi manfaat vitamin C yang tak boleh dilupakan adalah meningkatkan daya ingatan. Ini adalah kerana, vitamin yang akrab dengan buah oren ini mampu menjaga fungsi pelbagai sel dan jaringan dalam otak.

Sedangkan semasa berpuasa, fungsi kognitif otak seperti menumpukan perhatian, mengingat, dan mengambil keputusan boleh menurun kerana otak kekurangan pengambilan darah beroksigen, dan ditambah anda juga kurang tidur.

Vitamin C juga mempunyai peranan penting dalam melindungi badan dari risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, selesema, asma, osteoartritis, dan juga kanser.

Baca juga:

Bilakah masa terbaik untuk ambilnya semasa berpuasa?

pengambilan vitamin c

Bagi sesetengah orang, pengambilan vitamin C melalui makanan sahaja belum tentu cukup.

Dengan demikian, agar dapat mendapatkan manfaatnya yang optimum, suplemen vitamin C semasa berpuasa mungkin diperlukan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang dewasa sekurang-kurangnya harus mengambil 250 – 500 mg vitamin C dua kali sehari.

Cara terbaik untuk mengamalkan pengambilan vitamin C semasa berpuasa adalah sebanyak 2 kali sehari, iaitu satu kali semasa sahur dan satu lagi selepas berbuka. Dimakan sebelum atau selepas makan pun sebenarnya tidak menjadi masalah.

Tapi bagi anda yang mempunyai perut sensitif atau mempunyai masalah asid perut, ada baiknya untuk mengelakkan mengambil suplemen vitamin C dos tinggi sebelum makan.

Dos vitamin C yang tinggi di dalam perut boleh meningkatkan kadar asid perut sehingga menyebabkan pedih hulu hati atau simptom ketidakhadaman yang lain.

Perlu diingat juga bahawa selain daripada suplemen, vitamin C juga boleh didapati dari makanan yang anda makan ketika sahur dan berbuka. Sebagai contoh, jumlah vitamin C yang disyorkan untuk perempuan dewasa adalah 75 mg dan 90 mg bagi lelaki dewasa.

Jumlah ini sudah dapat dipenuhi dengan sebiji buah oren segar bersaiz sederhana. Oleh itu, perhatikan juga menu makan anda sewaktu berpuasa – sama ada mengandungi cukup vitamin C atau tidak.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vitamin C (Ascorbic acid). http://www.umm.edu/health/medical/altmed/supplement/vitamin-c-ascorbic-acid. Accessed on May 5, 2022.
  2. The Best Time to Take Vitamins. https://health.clevelandclinic.org/the-best-time-to-take-vitamins/. Accessed on May 5, 2022.
  3. Vitamin C. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/vitamin-c/. Accessed on May 5, 2022.
  4. Vitamin C. https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-vitamin-c/art-20363932. Accessed on May 5, 2022.
  5. Vitamin C. https://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminC-Consumer/. Accessed on May 5, 2022.
  6. Vitamin C. https://www.nhs.uk/conditions/vitamins-and-minerals/vitamin-c/. Accessed on May 5, 2022.

Versi Terbaru

05/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Ini 6 Makanan Kaya Vitamin C Agar Kulit Cantik Persis Artis Korea!

Ibu Mengandung WAJIB Ambil Vitamin C, Tapi Ada Dos Yang Perlu Dipatuhi!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 05/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan