
Anda tercari-cari resepi makanan yang sesuai untuk pemula dalam meal prep? Di sini ada solusinya! Gaya hidup yang sibuk sering membuatkan kita memilih makanan segera yang kurang berkhasiat. Di sinilah meal prep menjadi solusi praktikal, terutamanya untuk anda yang ingin mula makan lebih sihat tanpa perlu menghabiskan banyak masa di dapur setiap hari.
Dengan menyediakan makanan lebih awal, anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan wang, malah lebih mudah mengawal nutrisi serta saiz hidangan.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, klik di sini.
Apakah itu meal prep ?
Meal preparation atau meal prep melibatkan penyediaan keseluruhan hidangan atau hidangan lebih awal daripada jadual dan selalunya dalam kuantiti yang banyak. Anda boleh menyediakan utama hidangan pada satu masa.
Proses penyediaan dan memasak akan dilakukan lebih awal dan hidangan akan dibahagikan mengikut yang ditentukan. Ada makanan disediakan untuk tujuan kemudian harian, minggu dan bulanan.
Ia selalunya disimpan di dalam bekas kedap udara dan disimpan di dalam peti sejuk beku atau chiller sehingga sedia untuk dimakan.
4 Manfaat sediakan meal prep
1. Penyediaan resepi makanan dapat menjimatkan masa

Sedar tak sedar, dengan sediakan makanan di rumah dapat menjimatkan masa anda. Bekalan yang dimasak dapat dijadikan bekalan di tempat kerja mahupun di rumah.
Daripada anda tergesa-gesa untuk memasak setiap pagi, apa salahnya sediakan makanan simple di hujung minggu. Anda boleh mulakan dengan membuat senarai makanan yang anda gemari dan mula mencari bahan!
2. Menjimatkan wang
Menyediakan makanan simple dari rumah lagi menjimatkan kos berbanding beli di kedai mahupun secara delivery. Kos yang dikeluarkan untuk satu menu makanan mungkin boleh mencecah RM15 dan ke atas.
Makanan yang disediakan dari rumah dijamin sedap, berkhasiat dan menepati citarasa yang diinginkan. Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera.
3. Menggalak penurunan berat badan dan mencegah obesiti
Bagi anda yang mempunyai tujuan berdiet, meal prep adalah jawapan terbaik!
Anda dapat mengawal portion yang bersesuaian dan olah makanan tersebut dengan citarasa yang anda gemari. Dengan itu, anda pasti dapat mencapai berat yang anda inginkan. Makanan di kedai pula tidak diketahui nutrisi dan bahan yang digunakan. Lebih selamat, buat sendiri saja.
4. Bantu kawal diri untuk tidak membeli makanan sembarangan
Ya, kadang-kala apabila anda sudah mempunyai bekalan, anda akan membuat keputusan yang lebih logik di mana tidak memerlukan makanan dari kedai kerana ia sudah mencukupi.
Ini akan mengajar anda untuk tidak bertindak secara impulsif. Duit akan lebih jimat, diet pun lebih terkawal.

Resepi makanan mudah untuk meal prep
1. Pad kra pao & telur goreng
Bahan-bahan:
- 2-3 sudu besar minyak masak
- 3 ulas bawang putih
- 3-5 tangkai cili padi merah
- 1 tangkai cili merah
- 1 isi ayam bahagian dada
- ½ sudu kecil lada sulah
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap cair
- 1 sudu besar sos ikan
- 2-3 sudu besar kicap pekat manis
- ¼ sudu kecil gula
- 1 genggam daun selasih
- 2 biji telur
- minyak untuk menggoreng telur
- Tumbuk halus bawang putih, cili padi merah dan cili merah.
- Cincang isi ayam kepada ketulan kecil.
- Panaskan minyak dan goreng telur. Tak perlu alihkan telur dan angkat setelah sedikit garing.
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk dan kacau hingga garing dan naik bau.
- Masukkan ayam yang dicincang, sedikit lada sulah, sos tiram dan kacau sebati.
- Masukkan kicap cair, sos ikan, kicap manis dan gula.
- Masukkan daun selasih dan tutup api. Lalu, kacau sehingga daun selasih agak-agak layu.
- Kemudian, hidangkan ayam pad kra pao bersama nasi panas dan telur goreng.
2.Pasta spiral goreng
Bahan-bahan:
Bahan A:
- 1 paket pasta spiral
- Sedikit mentega dan minyak zaitun
- Serbuk lada hitam
- Serbuk oregano
- Sedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu)
- 4 ulas bawang putih
- 1 ulas bawang besar | dihiris dadu
- Sedikit sos tiram
- Sos tomato
- Sos cili
- Nampla
- Garam secukup rasa
- Sedikit kiub pati ayam (pilihan)
Bahan B:
- Aneka makanan laut (sotong / udang dan lain-lain )
- 3 keping daging burger | dihiris dadu
- Bebola ikan
- Cendawan shitake | dipotong kecil
Bahan C:
- Lada benggala
- Brokoli
- Tomato ceri
- Lobak merah
Cara-cara:
1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega.
2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.
3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri.
4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.
6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
3. Ayam masak merah

Bahan-bahan:
- Sedikit garam
- 1 ekor ayam, potong kepada bahagian yang anda suka
- Serbuk kunyit
- 1 tangkai daun kari
- 1/2 mangkuk air asam jawa
- 3-4 sudu besar sos cili
- 1 biji bawang besar, potong bulat
- Anggaran 1 keping gula melaka
- 2 sudu besar sos tiram
Bahan untuk dikisar halus:
- 2 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 6-8 biji bawang merah
- 8-10 ulas bawang putih
- 2 batang serai, hiris nipis
- 15-20 biji cili kering, buang biji dan rebus
- Bersihkan ayam dan gaul bersama serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
- Dalam minyak yang sama, tumis daun kari kemudian diikuti bahan kisar halus bersama sehingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa kemudian diikuti ayam goreng tadi.
- Masukkan sos sili, sos tiram dan gula melaka. Masukkan gula melaka sedikit demi sedikit dan cuba rasa manisnya mengikut selera anda. Tambah sedikit air jika kuah sambal terlalu kering. Teruskan masak selama 5-10 minit. Perasakan dengan garam secukup rasa.
- Sebelum angkat, masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau seketika.
Kesimpulan
Meal prep bermula daripada resepi makanan, membeli barangan untuk menyediakan makanan dengan baik.
Perkara ini sememangnya digalakkan untuk anda makan mengikut diet yang lebih sihat berbanding mereka yang membeli dan menyediakan makanan tanpa perancangan.
[embed-health-tool-bmr]














