home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Jangkitan Brucella Rintang Antibiotik - CDC Keluarkan Amaran Terhadap Amalan Minum Susu Mentah

Jangkitan Brucella Rintang Antibiotik - CDC Keluarkan Amaran Terhadap Amalan Minum Susu Mentah

Pada 8 Februari yang lalu, Pusat Kawalan Penyakit (CDC) telah mengeluarkan amaran kepada 19 negeri di dalam Amerika Syarikat berkaitan dengan amalan meminum susu mentah (susu yang tidak terpastur). Amaran ini dikeluarkan berikutan kes-3 yang telah dikenalpasti sebagai jangkitan daripada bakteria Brucella strain RB51 yang rintang-antibiotik dalam susu mentah.

Brucellosis, jangkitan oleh bakteria Brucella, sepatutnya boleh dirawat menggunakan antibiotik pilihan utama seperti rifampin, doxycycline, gentamicin dan streptomycin namun bakteria Brucella strain RB51 rintang kepada rifampin, antibiotik utama digunakan untuk mencegah dan merawat Brucellosis dan Brucellosis itu sendiri sukar untuk didiagnos kerana terhadnya pilihan ujian yang ada dan juga kerana simptom awal Brucellosis mirip penyakit-penyakit lazim yang lain seperti flu.

Bagi mereka yang tidak dirawat pula, mereka berisiko untuk mendapat komplikasi serius seperti artritis, masalah jantung, limpa dan hati membengkak dan dalam wanita mengandung, mereka boleh mengalami komplikasi yang sama dengan jangkitan Brucellosis dalam lembu iaitu keguguran.

Simptom-simptom Brucellosis

Sekiranya anda ada mengambil susu mentah yang tidak terpastur khususnya jika anda telah mengalami simptom Brucellosis, sila berjumpa dengan doktor anda. Simptom awal jangkitan Brucellosis boleh bermula bila-bila sahaja bermula hari ke-5 hingga 6 bulan selepas terdedah dan simptom tersebut adalah:

  • Demam
  • Berpeluh
  • Hilang selera makan
  • Pening kepala
  • Lemah
  • Sakit otot dan sendi

Berhati-hati dengan dakwaan kempen pemakanan sihat

Hasil daripada trend memilih makanan yang kurang diproses, konsumer yang dikatakan celik kesihatan memilih untuk mendapatkan makanan semula jadi dan tidak diproses termasuklah daging, telur dan ayam itik segar tempatan. Pergerakan ini juga telah berkembang kepada memilih produk tenusu yang mentah (tidak terpastur)

Namun yang demikian, memilih susu mentah bukan sahaja tiada manfaat tambahan berbanding susu terpastur, ianya juga mengandungi bakteria-bakteria berbahaya yang mampu menyebabkan jangkitan dalam manusia. Ramai membuat tanggapan bahawa makanan yang tidak diproses adalah lebih baik untuk kesihatan. Bagaimanapun, hakikat bagi sesetengah makanan adalah kita tetap memerlukan beberapa jenis pemprosesan bagi menjadikan makanan kita selamat – Kita jadikan daging, ayam dan itik selamat untuk dimakan dengan memasaknya, begitu juga dengan susu melalui proses pasturisasi – memanaskannya buat beberapa ketika untuk membunuh kuman berbahaya.

Menurut Badan Administrasi Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA), proses pasturisasi tidak mengurangkan zat dan nutrisi dalam susu mahupun ianya menyebabkan alahan laktosa dan alahan lain. Sekiranya anda memang ada alahan kepada protein di dalam susu, tidak kira dalam apa jua bentuk ianya diambil, ianya tetap akan menyebabkan alahan kepada anda. Malahan, penilitian kajian yang dilakukan ke atas susu mentah disimpulkan sebagai “Dakwaan yang mengaitkan ianya (susu mentah) dengan penambahbaikan nutrisi dan pencegahan alahan laktosa mahupun sebagai bekalan bakteria baik adalah mitos dan tiada asas dalam sains.”

Strain RB51 daripada bakteria Brucella abortus merupakan salah satu patogen selain Campylobacter sp. dan E.coli yang boleh ditemui dalam susu mentah yang sepatutnya terbunuh melalui proses pasturisasi. Brucella abortus bukanlah bakteria yang asing kepada lembu kerana ianya adalah punca utama Brucellosis dalam lembu yang menyebabkan kemandulan dalam lembu dewasa dan juga keguguran kandungan. Bila diterjemahkan permasalahan ini (Brucellosis dalam lembu) dalam konteks yang lebih besar, ianya membawa kepada kerugian besar dari sudut ekonomi akibat masalah kesihatan manusia dan juga lembu. Strain RB51 ini dibangunkan untuk dijadikan bahan utama vaksin hidup yang dilemahkan yang diberikan kepada lembu bagi membantu mereka melawan kesan jangkitan semula jadi/penuh Brucellosis. Bagaimanapun, dalam beberapa situasi yang jarang berlaku, lembu yang telah divaksinasi mampu untuk meninggalkan sampel bakteria ini dalam susu mereka, mendedahkan manusia yang meminum susu ini kepada jangkitan.

Hello Health Group tidak memberi nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Brucella abortus. In: Wikipedia [Internet]. 2019 [cited 2019 Feb 19]. Available from: https://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Brucella_abortus&oldid=882160696
CDC issues warning over potentially contaminated raw milk [Internet]. [cited 2019 Feb 19]. Available from: https://www.cbsnews.com/news/cdc-raw-milk-warning-cdc-issues-warning-over-potentially-contaminated-raw-milk/
CDC Warns People (Again) Not To Drink Raw Milk After 19 States On High Alert For Deadly Bacteria [Internet]. IFLScience. [cited 2019 Feb 19]. Available from: https://www.iflscience.com/health-and-medicine/cdc-warning-people-again-not-to-drink-raw-milk-after-19-states-on-high-alert-for-deadly-bacteria-/
Exposures to Drug-Resistant Brucellosis Linked to Raw Milk | Risk of Exposure| Brucellosis | CDC [Internet]. 2019 [cited 2019 Feb 19]. Available from: https://www.cdc.gov/brucellosis/exposure/drug-resistant-brucellosis-linked-raw-milk.html
Adone R, Ciuchini F, Marianelli C, Tarantino M, Pistoia C, Marcon G, et al. Protective Properties of Rifampin-Resistant Rough Mutants of Brucella melitensis. Infect Immun. 2005 Jul;73(7):4198–204.
CDC. Raw (Unpasteurized) Milk [Internet]. Centers for Disease Control and Prevention. 2019 [cited 2019 Feb 19]. Available from: http://www.cdc.gov/features/rawmilk/index.html
Jay-Russell MT. Raw (Unpasteurized) Milk: Are Health-Conscious Consumers Making an Unhealthy Choice? Clin Infect Dis. 2010 Dec 15;51(12):1418–9.
Lucey JA. Raw Milk Consumption. Nutr Today. 2015 Jul;50(4):189–93.
Dorneles EM, Sriranganathan N, Lage AP. Recent advances in Brucella abortus vaccines. Vet Res [Internet]. 2015 [cited 2019 Feb 19];46(1). Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4495609/
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
Disemak pada 19/02/2019
x