Diet Sihat Mengurangkan Risiko Hilang Pendengaran

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 29/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Semakin meningkat usia, kemungkinan besar anda akan mengalami kehilangan pendengaran. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan seramai 466 juta penduduk dunia mengalami masalah pendengaran termasuk 34 juta kanak-kanak. Dan dianggarkan menjelang 2050, lebih 900 juta orang akan mengalami kehilangan pendengaran.

Di Malaysia, memetik laporan Harian Metro, hasil kaji selidik daripada penyedia penjagaan pendengaran, Nessa mendapati bahawa  65 peratus (%) rakyat Malaysia tidak pernah melakukan ujian pendengaran sebelum ini.

Tiga masalah utama pendengaran atau simptom berkaitan yang dialami rakyat Malaysia adalah dengung dalam telinga (40%), pening (25%) dan sukar mendengar (22%).

Bagaimana berlaku kehilangan pendengaran?

Sama seperti bahagian tubuh lain, telinga dan jalur sarafnya boleh berubah dari semasa ke semasa. Masalah pendengaran mungkin berpunca daripada genetik, komplikasi ketika kelahiran, jangkitan penyakit tertentu, jangkitan telinga kronik, penyalahgunaan ubat, terdedah kepada bunyi bising berlebihan dan penuaan.

Selain itu, beberapa rawatan penyakit dan rawatan perubatan boleh menjadi toksik kepada telinga boleh menyebabkan kehilangan pendengaran.

Pemakanan sihat mengurangkan risiko hilang pendengaran

Pola pemakanan tertentu seolah-oleh melindungi anda daripada tekanan darah tinggi, keradangan dan keadaan lain yang tidak diingini. Malah, para saintis juga tertanya-tanya sama ada pola pemakanan tertentu mungkin menjejaskan pendengaran.

Disebabkan itu, satu pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Dr. Gary C. Curhan dan Sharon G. Curhan dari Brigham and Women’s Hospital menganalisis kira-kira 71,000 wanita yang mengambil bahagian dalam Nurses’ Health Study II antara 1991 dan 2013. Hasilnya diterbitkan dalam dalam Journal of Nutrition pada 11 Mei 2018.

Pasukan menggunakan laporan pengambilan makanan untuk mengira skor bagi tiga pola pemakanan yang sihat iaitu

  • Pemakanan Alternatif Mediterranean (AMED): Buah-buahan, sayur-sayuran, kacang-kacangan, bijirin, kekacang, dan minyak zaitun. Ia menggalakkan makan ikan dan hanya minum sedikit alkohol.
  • Pemakanan Diet untuk Menghentikan Tekanan Darah Tinggi (DASH): Menggalakkan buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, daging tanpa lemak, ikan, dan susu rendah lemak, dan mengehadkan natrium, gula, dan lemak
  • Indeks Makan Sihat Alternatif 2010 (AHEI-2010): Menggalakkan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan mengehadkan gula, garam, dan lemak haiwan.

Sepanjang tempoh kajian, 2,306 wanita dilaporkan mengalami kehilangan pendengaran yang sederhana atau lebih teruk. Para penyelidik mendapati bahawa wanita yang pola dietnya paling menyerupai AMED atau DASH mempunyai kira-kira 30% risiko kehilangan pendengaran lebih rendah daripada wanita yang dietnya paling kurang menyerupainya. Wanita yang tidak mempunyai pola pemakanan AMED atau DASH juga nampaknya lebih cenderung merokok dan mempunyai tekanan darah tinggi, dan kurang aktif secara fizikal. Para saintis menyesuaikan model mereka untuk menjelaskan perbezaan ini.

Oleh itu, didapati bahawa mereka yang menjalani diet sihat secara keseluruhan mempunyai risiko yang lebih rendah kehilangan pendengaran yang sederhana atau lebih teruk. Makan baik pula menyumbang kepada kesihatan yang baik secara keseluruhan, dan ia juga boleh membantu dalam mengurangkan risiko kehilangan pendengaran.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Lepas Pembedahan Pundi Hempedu, Tak Boleh Minum Susu! Apa Lagi Makanan Kena Pantang?

    Selepas pundi hempedu dibuang, terdapat beberapa pantang larang mengenai makanan yang anda perlu ambil dan harus elak. Jom klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Pundi Hempedu 17/02/2021 . 3 minit bacaan

    Kena Tukar Cara Pemakanan Jika Alami Radang Usus! Diet Karbo Boleh Membantu?

    Anda pernah alami radang usus? Ada cara pemakanan yang mungkin boleh dipertimbangkan iaitu diet karbo khusus! Jom klik artikel ini untuk tahu tentangnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diet Sihat 10/02/2021 . 3 minit bacaan

    Jika Ada Penyakit Tekanan Darah Tinggi, Anda Patut Cuba Amalkan DIET Jenis Ini!

    Khas buat penderita tekanan darah tinggi, anda mungkin perlu mengamalkan diet DASH ini! Kenapa? Jom klik artikel untuk tahu tentangnya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diet Sihat, Pemakanan Sihat 29/01/2021 . 3 minit bacaan

    Tak Perlu Lagi Tahan Nafsu Makan, 5 Jenis Makanan Tinggi Karbohidrat Ini Bagus Untuk KURUS!

    Karbohidrat, komponen makanan ini sering dipersalahkan kerana dikatakan menjadi punca obesiti. Tapi, bukan semua makanan berkarbohidrat menggemukkan tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 25/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    virus cacar air

    Virus ‘Chicken Pox’ Boleh Buat Anda Pekak? Ia Mungkin Kesan Sindrom Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/03/2021 . 3 minit bacaan
    panjang umur

    Nak Hidup Lama Sampai 100 Tahun? Ikut Cara Makan Macam Penduduk Di Zon Biru

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 25/02/2021 . 3 minit bacaan
    cara kurus

    Nak Kurus Tapi Malas Berdiet? Ini 5 Rahsia Tampil Langsing Tanpa Perlu Berlapar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
    contoh menu diet 7 hari

    Jangan Pening Lagi, Ini Menu Diet Seminggu Untuk Kurus Yang Patut Anda Cuba!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan