Bagi penghidap penyakit gout, penting untuk anda mengambil makanan yang dapat menurunkan asid urik.
Bagi penghidap penyakit gout, penting untuk anda mengambil makanan yang dapat menurunkan asid urik.

Salah satu cara yang berkesan untuk mengawal kadar asid urik dalam badan ialah melalui pemakanan. Ada banyak pilihan makanan dan minuman untuk gout.
Dalam artikel kali ini, kami akan jelaskan jenis-jenis makanan yang dapat membantu menurunkan asid urik untuk mengurangkan penyakit tersebut. Jom baca!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Vitamin C telah terbukti membantu mengurangkan kadar asid urik dalam darah. Antara makanan yang kaya dengan vitamin C ialah:
Pengambilan makanan ini secara konsisten boleh membantu mengurangkan risiko serangan gout dengan mempercepatkan pengeluaran asid urik melalui air kencing.

Ceri dan buah-buahan berwarna gelap seperti anggur hitam dan beri hitam mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai antosianin.
Antosianin ini boleh membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan kadar asid urik dalam badan.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan ceri segar atau jus ceri merupakan antara makanan yang dapat menurunkan asid urik dan boleh mengurangkan risiko serangan gout.
Bijirin penuh seperti oat, quinoa dan beras perang kaya dengan serat yang membantu menyerap asid urik dan mengeluarkannya dari badan.
Kekacang seperti kacang buncis dan lentil juga merupakan makanan untuk gout yang baik kerana rendah purina.
Makanan kaya purina perlu dielakkan oleh penghidap gout. Bahan tersebut boleh meningkatkan tahap asid urik apabila dipecahkan oleh badan.
Produk tenusu rendah lemak seperti susu skim, yogurt rendah lemak dan keju cottage merupakan antara makanan yang dapat menurunkan asid urik.
Protein dalam produk tenusu ini membantu meningkatkan perkumuhan asid urik melalui air kencing.
Selain itu, produk tenusu juga kaya dengan kalsium dan vitamin D yang penting untuk kesihatan tulang.
Walaupun sesetengah jenis ikan kaya dengan purina, terdapat ikan berlemak yang mempunyai kandungan purina rendah, misalnya salmon dan makarel.
Ikan-ikan ini kaya dengan asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan keradangan pada sendi sekali gus mengurangkan risiko serangan gout.
Sayuran hijau seperti bayam, kailan dan sawi kaya dengan nutrien yang membantu meningkatkan kesihatan keseluruhan tanpa meningkatkan kadar asid urik.
Sayuran ini rendah purina dan kaya dengan serat, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar asid urik bagi mencegah penyakit gout.
Selain makanan, ada juga minuman untuk gout yang mungkin dapat membantu:
Magnesium merupakan mineral penting yang membantu menurunkan kadar asid urik.
Makanan kaya magnesium termasuk kacang badam, biji labu dan sayuran hijau gelap.
Malah, pengambilan magnesium yang mencukupi dapat membantu mencegah pembentukan kristal asid urik.
Elakkan makanan seperti:
Selain pemakanan, gaya hidup juga memainkan peranan penting bagi mengelakkan penyakit gout:
Mengawal kadar asid urik melalui pemakanan yang betul adalah langkah penting untuk mengurangkan risiko gout.
Dengan memilih makanan yang dapat menurunkan asid urik, anda bukan sahaja dapat mengurangkan risiko gout tetapi juga meningkatkan kesihatan keseluruhan.
Elakkan makanan yang tinggi purina dan amalkan gaya hidup sihat untuk memastikan sendi kekal sihat dan bebas daripada serangan gout.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
09/09/2026
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor