Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Sinusitis Kronik?
Terdapat banyak faktor risiko sinusitis kronik, antaranya ialah:
- Kecacatan pada laluan sinus, seperti septum hidung bengkok atau nasal polyp
- Asthma, yang berhubung dengan sinusitis kronik
- Sensitif dengan aspirin yang menyebabkan simptom-simptom pernafasan
- Penyakit sistem imuniti seperti HIV/AIDS atau cystic fibrosis
- Demam alergi atau keadaan alahan yang lain yang menjejaskan sinus anda
- Kerap terdedah kepada bahan pencemaran seperti asap rokok
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut./strong>
Bagaimana pesakit Sinusitis Kronik didiagnosis?
Doktor anda akan memeriksa untuk kesakitan pada hidung dan muka dan melihat ke dalam hidung anda.
Metod lain untuk diagnos sinusitis kronik ialah:
- Endoskopi hidung. Tiub nipis, felksibel (endoskopi) bersama cahaya fiber optik dimasukkan melalui hidung untuk doktor melihat ke dalam sinus anda. Ia juga dikenali sebagai rhinoskopi.
- Kajian imbasan. Gambaran ini diambil menggunakan imbasan CT atau MRI menunjukkan secara teliti tentang sinus dan bahagian hidung anda. Ini mungkin menunjukkan dengan tepat radang dalaman atau penghalang fizikal yang sukar untuk dikesan menggunakan endoskopi.
- Kultur hidung dan sinus. Kultur ini secara amnya tidak boleh memberi diagnosis sinusitis kronik. Tetapi apabila keadaan ini gagal memberi respon kepada rawatan atau menjadi semakin teruk, kultur tisu mungkin membantu mengesan punca seperti bakteria atau fungi.
- Ujian alahan. Jika doktor anda mengesyaki keadaan ini adalah disebabkan galakan daripada alergi, dia akan mencadangkan ujian alahn kulit. Ujian kulit ini selamat dan cepat sera membantu mengesan dengan tepat allergen yang menyebabkan berlakunya alahan tersebut.
Bagaimana pesakit Sinusitis Kronik dirawat?
Matlamat rawatan sinusitis kronik ialah:
- Mengurangkan radang sinus
- Mengekalkan pengaliran laluan hidung
- Menghapuskan punca
- Mengurangkan kekerapan sinusitis
Rawatan untuk meredakan simptom ialah:
- Pengairan hidung saline, dengan spray atau larutan hidung, mengurangkan pengaliran dan membuang kotoran dan bahan alahan.
- Kortikosteroid hidung. Spray hidung ini membantu menghalang dan merawat keradangan. Contohnya ialah fluticasone (Flonase, Veramyst), triamcinolone (Nasacort 24), budesonide (Rhinocort), mometasone (Nasonex) dan beclomethasone (Beconase AQ, Qnasl, dan lain-lain). Jika spray ini tidak berkesan, doktor anda mungkin mencadangkan untuk anda membilas menggunakan larutan saline yang dicampur dengan beberapa titisan budesonide (Pulmicort Respules) atau menggunakan mist larutan hidung.
- Kortikosteroid secara oral atau suntikan. Ubat ini digunakan untuk melegakan keradangan akibat sinusitis kronik, terutamanya jika anda juga mengalami nasal polyp. Kortikosteroid oral boleh menyebabkan kesan sampingan serius jika digunakan dalam tempoh yang panjang, jadi, ia hanya digunakan untuk merawat simptom teruk sahaja.
- Rawatan mengurangkan kesan aspirin, jika anda mengalami tindakbalas kepada aspirin yang menyebabkan sinusitis. Dibawah pemerhatian perubatan, anda diberi dos besar aspirin secara berperingkat untuk meningkatkan toleransi pada ubat tersebut.
Antibiotik kadang kala diperlukan untuk merawat sinusitis sekiranya anda mempunyai jangkitan bakteria. Jika doktor anda tidak dapat mengesan punca jangkitan, mereka akan mencadangkan antibiotik, kadang kala bersama ubat-ubatan lain.
Jika alahan menjadi punca sinusitis anda, suntikan alergi (immunotherapy) membantu mengurangkan tindakbalas badan kepada bahan alergi khusus mungkin memperbaiki keadaan.
Dalam kes penyakit terhalang daripada rawatan atau ubat-ubatan, pembedahan sinus endoskopi mungkin menjadi pilihan. Untuk prosedur ini, doktor menggunakan tiub yang nipis, fleksibel bersama lampu (endoskopi) untuk memantau laluan sinus anda. Bergantung kepada sumber penghalang, doktor mungkin menggunakan pelbagai instrumen untuk membuang tisu atau polyp yang menjadi punca hidung tersumbat. Membesarkan bukaan sinus yang sempit juga merupakan pilihan untuk membantu pengaliran.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sinusitis Kronik?
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi Sinusitis kronik. Ini dapat membantu badan anda melawan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
- Minum cecair seperti air dan jus. Ini membantu mencairkan rembesan mukus dan menbantu pengaliran. Elakkan minuman yang mengandungi kafein atau alkohol, yang boleh menyebabkan dihidrasi. Alkohol juga boleh menyebabkan bengkak pada lapisan sinus dan hidung menjadi semakin teruk.
- Lembapkan kaviti sinus anda. Gantungkan tuala pada kepala anda seperti anda bernafas dalam wap daripada mangkuk air suam. Biarkan wap pada muka anda. Atau mandi dengan air panas, bernafas dalam udara suam, lembap untuk membantu meredakan kesakitan dan membantu pengaliran mukus.
- Gunakan kompres suam pada muka anda. Letakkan tuala suam, lembap disekitar hidung, pipi dan mata anda untuk meredakan kesakitan pada wajah.
- Cuci laluan hidung anda. Gunakan botol picit yang direka khas (bilasan sinus, dan lain-lain), saline canister atau neti pot untuk mencuci laluan hidung. Kaedah pengubatan sampingan ini, dipanggil lavage hidung , membantu melegakan sinus anda. Jika anda menggunakan air sendiri, pastikan air tersebut tidak tercemar- air suling, steril, dididih dan disejukkan, atau ditapis menggunakan penapis dengan saiz lubang 1 mikron atau lebih kecil. Untuk membuat larutan irrigasi. Pastikan juga untuk membilas alatan irrigasi setiap kali selepas menggunakannya dengan air bersih dan biarkan ia kering.
- Tidur dengan kepala terangkat sedikit. Ini membantu pengaliran sinus, mengurangkan sumbatan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen