backup og meta

Ada Masalah Hidung Berair Dan Tersumbat? Cuba Ambil 5 Makanan Ini!

Ada Masalah Hidung Berair Dan Tersumbat? Cuba Ambil 5 Makanan Ini!

Hidung berair dan tersumbat adalah satu kondisi yang boleh dianggap normal dan selalu terjadi kepada individu terutamanya yang kerap mengalami alahan hidung.

Apa sebab hidung berair?

Ia sebenarnya merupakan satu tindak balas berlebihan yang berlaku pada sistem keimunan ketika melindungi diri daripada alergen.

Terdapat dua jenis alergen yang mampu menyerang hidung iaitu aeroallergen seperti debunga, kulat, hama, bulu binatang dan alergen makanan.

Alergen inilah yang akan mengakibatkan hidung tersumbat berpanjangan.

Selain daripada rawatan, ubatan atau prosedur, adakah terdapat sebarang aspek lain seperti makanan dan minuman yang mampu melegakan kondisi ini?

Ikuti artikel ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai 5 makanan dan minuman yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.

5 makanan atasi masalah hidung berair dan tersumbat

#1. Vitamin C sebagai cara hilangkan hidung berair

hidung berair dan tersumbat

Vitamin C dapat membantu meningkatkan dan menguatkan daya tahan tubuh badan terhadap sebarang jenis penyakit.

Antara contoh makanan yang mengandungi kandungan vitamin C adalah buah-buahan masam seperti oren, epal atau mangga yang sangat membantu melegakan hidung tersumbat dan berair.

Selain itu, anda juga boleh menggantikan vitamin C ini dengan suplemen yang terdapat di farmasi.

Penawar hidung berair dan tersumbat #2. Teh panas

Teh panas bukan sahaja membantu melegakan hidung tersumbat dan berair, ia juga mampu menyegarkan tubuh badan. Teh panas terutamanya teh hijau sangat kaya dengan flavonoid.

Ia merupakan sejenis bahan antiradang yang boleh meningkatkan imuniti badan individu.

#3. Beri juga cara hilangkan hidung berair

hidung berair dan tersumbat

Beri terutamanya beri biru mengandungi kandungan antioksidan yang sangat tinggi dan juga sangat kaya dengan vitamin C.

Oleh itu, ia sangat bagus dalam mengatasi masalah hidung tersumbat.

Tip atasi hidung berair dan tersumbat #4. Bawang

Bawang mengandungi ciri-ciri antibakteria yang sangat aktif melawan virus selesema sekaligus mampu melegakan  masalah alahan hidung anda.

Ia boleh dimakan secara mentah atau sebagai rempah di dalam makanan lain.

#5. Madu

madu untuk kesihatan

Madu adalah ubat tradisional yang terbaik dalam membantu melegakan hidung tersumbat dan berair kerana ia mengandungi ciri-ciri antibakteria dan antiradang yang kuat.

Ia boleh diambil dengan mencairkannya dengan air suam atau apa-apa minuman lain.

Sekiranya anda mengalami kondisi hidung tersumbat, jangan pandang remeh mengenainya.

Ini kerana ia mungkin boleh mengakibatkan pelbagai gejala dan komplikasi lain yang boleh berlarutan seperti:

  • Bersin atau batuk yang berulang-ulang terutamanya ketika waktu pagi
  • Hingus mengalir ke belakang hidung dan turun ke kerongkong
  • Kegatalan pada hidung, telinga, mata dan kerongkong
  • Mata sensitif pada cahaya
  • Cepat marah
  • Kurang bertenaga
  • Kurang tidur
  • Terpaksa bernafas melalui mulut
  • Deria bau menjadi tidak kuat
  • Masalah-masalah pada sinus dan tiub eustachian
  • Berlaku tekanan yang kuat di dalam telinga
  • Rasa tidak selesa pada muka
  • Tanda atau tompok gelap pada bawah mata (‘allergic shiners’)
  • Sinusitis

hidung berair dan tersumbat

Pun begitu, artikel ini hanya mencadangkan makanan dan minuman tradisional yang mampu membantu dalam melegakan hidung berair & tersumbat dan bukannya rawatan yang betul untuk merawat kondisi ini.

Kesimpulan

Sebaiknya, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang paling terbaik dan berkesan jika anda mengalami kondisi ini.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Alahan Hidung. http://www.myhealth.gov.my/alahan-hidung/. Accessed on March 15, 2019.

Symptoms Nasal Congestion. https://www.mayoclinic.org/symptoms/nasal-congestion/basics/causes/sym-20050644. Accessed on October 5, 2023.

Vitamin C untuk mencegah dan merawat selsema biasa. https://www.cochrane.org/ms/CD000980/ARI_vitamin-c-untuk-mencegah-dan-merawat-selsema-biasa. Accessed on October 5, 2023.

Nasal Congestion. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17980-nasal-congestion. Accessed on October 5, 2023.

Stuffy or Runny Nose. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/stuffy-or-runny-nose-adult. Accessed on October 5, 2023.

Versi Terbaru

16/08/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Aduh, Tak Selesanya Bila Hidung Tersumbat Sebelah! Atasinya Dengan 5 Cara Ini

Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan