Memikirkan menu sahur simple adalah perkara yang merunsingkan kebanyakan ibu, terutamanya buat anak kecil yang baru belajar berpuasa. Jangan gusar! Hello Doktor akan kongsikan resepi sahur mudah yang dapat meningkatkan selera mereka.
Anda pasti?
Memikirkan menu sahur simple adalah perkara yang merunsingkan kebanyakan ibu, terutamanya buat anak kecil yang baru belajar berpuasa. Jangan gusar! Hello Doktor akan kongsikan resepi sahur mudah yang dapat meningkatkan selera mereka.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Sebelum kami kongsikan menu sahur simple tetapi mampu menaikkan selera anak, jom ketahui cara untuk membantu mereka dapat berpuasa.
Berpuasa pada bulan Ramadan adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh individu dewasa yang sihat. Bagi kanak-kanak yang belum baligh, mereka tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Tetapi bagaimana jika si kecil ingin berpuasa? Mampukah mereka untuk berpuasa?
Sudah tentu mereka boleh! Bahkan ia amat digalakkan jika mereka menunjukkan minat untuk berpuasa walaupun belum memasuki usia yang diwajibkan berpuasa.
Sebagai ibu bapa, berikut adalah beberapa petua yang boleh anda lakukan untuk memudahkan anak berpuasa dan bagi memastikan mereka dapat menjalani ibadah tersebut dengan selamat:
Berdepan kerenah anak yang cerewat makan semenangnya boleh menguji kesabaran, apatah lagi jika dalam bulan Ramadan, anda pastinya akan lebih tertekan.
Apa kata anda cuba menu sahur simple dan mudah berikut untuk memastikan si kecil kenyang sepanjang tempoh berpuasa.
Susu kurma yang dicampur badam adalah cara terbaik untuk memulakan hari. Minuman lazat ini pastinya dapat menjadi kegemaran anak.
Ia bukan sahaja membekalkan tenaga buat si manja, tetapi turut membuatkan mereka kenyang untuk tempoh yang lebih lama.
Lempeng yang lembut dan gebu pastinya boleh menarik perhatian anak untuk bersahur dan ia juga mengenyangkan. Selain itu, lempeng merupakan antara menu yang mudah untuk disediakan pada waktu sahur.
Untuk menjadikan ia lebih menarik, jangan lupa menambah madu dan juga pisang untuk memberikan tenaga tambahan buat mereka!
Baca juga:
Nasi goreng adalah salah satu menu kegemaran kebanyakan individu, termasuk kanak-kanak.
Menu yang satu ini juga sesuai dihidangkan sebagai menu sahur simple kerana ia tidak memerlukan banyak bahan dan boleh disediakan dalam masa singkat.
Untuk versi sihat, elakkan daripada menambah nuget atau sosej kegemaran anak.
Sebaliknya, masukkan bahan yang lebih sihat seperti pelbagai jenis sayur seperti kubis, brokoli, lobak merah atau kacang pis supaya keperluan serat anak anda dikekalkan.
Di samping itu, anda juga boleh menambah telur mata atau telur dadar sebagai sumber protein haiwan yang baik untuk anak.
Telur adalah sumber protein yang sangat baik untuk kanak-kanak yang semakin meningkat umur, dan telur dadar merupakan antara menu sahur yang boleh ibu sediakan.
Buatkan telur dadar dengan potongan brokoli, kacang pis serta bayam. Pastikan juga anda memasukkan keju supaya keperluan vitamin dan mineral anak anda dipenuhi sepanjang hari.
Nuget antara makanan digemari kanak-kanak disebabkan rasa dan juga terdapat dalam pelbagai bentuk yang menarik.
Jadi apa kata anda sediakan nuget sendiri? Anda boleh menyiapkannya pada waktu malam dan meletakkannya di dalam penyejuk beku atau sejuk. Jadi, apabila tiba waktu sahur, anda hanya perlu menggorengnya.
Untuk menjadikannya lebih sihat, buat versi nuget dengan menambah lobak merah dan tauhu. Kedua-dua bahan ini mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Semoga resepi sahur mudah yang dikongsikan di atas dapat memberikan anda idea untuk hidangan si kecil sahur nanti. Selamat mencuba!
Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen