backup og meta

Pertama Kali Berpuasa Masa Hamil? Ini 5 Resipi Agar Ibu Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Pertama Kali Berpuasa Masa Hamil? Ini 5 Resipi Agar Ibu Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Apakah menu diet ibu mengandung ketika berpuasa yang enak untuk dinikmati ya? Kalau ingin mendapatkan idea dan juga resipi, teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Selamat ke ibu hamil berpuasa?

Sebelum kita terus bercakap mengenai menu diet ibu mengandung ketika berpuasa, biasanya akan wujud persoalan selamat ke wanita hamil menjalani ibadah bulan Ramadan ini?

Umumnya dalam Islam, bagi seorang wanita berbadan dua yang berada dalam keadaan fizikal baik dan percaya dapat berpuasa tanpa ada rasa bimbang terhadap kesihatan diri dan bayi, maka mereka harus melakukannya.

Namun jika sebaliknya, di mana ada rasa bimbang tentang kesihatan diri atau bayi dalam kandungan, ia alasan yang sah untuk mereka berbuka puasa jika mahu.

Pun begitu, ramai wanita memilih untuk terus berpuasa semasa mengandung dan dapat melakukannya tanpa sebarang kesan buruk.

Walau apa pun, cara terbaik adalah untuk berunding dengan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada untuk berpuasa atau sebaliknya.

Ini kerana mereka adalah individu yang dapat menentukan keadaan diri anda dan kemungkinan risiko kesihatan anda mahupun bayi.

menu diet ibu mengandung

Petua berpuasa dengan selamat semasa hamil

Hello Doktor akan kongsikan 5 resipi dan menu diet ibu mengandung yang pastinya akan membuka selera anda. 

Tetapi jika ingin berpuasa, anda juga harus mengetahui cara untuk memastikan ibadah tersebut dapat dilakukan dengan selamat. Ini tipnya: 

  • Bersahur 

Tidak bersahur akan menyebabkan anda berasa lesu sepanjang hari kerana kekurangan tenaga.

  • Kekal terhidrat

Minum air secukupnya semasa sahur dan berbuka untuk memastikan diri terhidrat. Buah-buahan dan sayuran tinggi kandungan air juga membantu. 

menu diet ibu mengandung

  • Diet seimbang

Menu diet ibu mengandung haruslah mempunyai nutrien mencukupi seperti karbohidrat, protein, vitamin dan serat.  

  • Kawal saiz hidangan

Makan sebanyak yang diperlukan untuk berasa kenyang tetapi jangan berlebihan bagi mencegah penambahan berat badan atau ketidakselesaan. 

  • Kekal aktif

Melakukan senaman sederhana dapat membantu mengekalkan tahap tenaga seperti berjalan pantas atau yoga.

[embed-health-tool-pregnancy-weight-gain]

Menu diet ibu mengandung ketika berpuasa

Berikut antara beberapa resipi menyelerakan yang boleh dicuba ibu hamil berpuasa dan juga seisi keluarga:

Jus susu kurma

Bahan-bahan:
  • 7 biji buah kurma – dibuang bijinya (untuk 1 hidangan)
  • Air mineral secukupnya
  • Susu UHT (boleh juga guna susu kambing). Tidak digalakkan menggunakan susu serbuk atau susu pekat manis
Cara-cara penyediaan:
  1. Rendam kurma yang sudah dibuang biji di dalam air mineral hingga menutup permukaan kurma semalaman. Anda boleh letak di dalam peti ais jika mahu sejuk.
  2. Ketika waktu sahur, tuang kurma yang sudah direndam berserta air rendamannya. Tambahkan susu UHT secukupnya.
  3. Kisar semuanya hingga halus.
  4. Minum selepas selesai makan sahur.

Baca juga:

Bagaimana pula menu diet ibu mengandung untuk berbuka puasa?

Ayam sos lemon madu

Bahan-bahan:
  • 500 gram isi dada ayam 500g (potong ikut suka)
  • Tepung serbaguna (secukupnya)
  • Telur sebiji (kacau)
  • 4 sudu besar madu
  • 2 biji lemon – diambil jusnya
  • Minyak masak
Cara-cara memasak:
  1. Celupkan ayam dengan telur kemudian gaulkan atas tepung sehingga rata.
  2. Panaskan minyak, goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Untuk sos, campurkan madu dan jus lemon, kacau sebati dan masukkan ayam, gaul rata.
  4. Hias dengan hirisan lemon dan daun sup.

Menu diet ibu mengandung #Sup ikan merah

Bahan-bahan:
  • Ikan merah
  • 4 ulas bawang merah – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • Sedikit halia – dihiris
  • Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
  • Biji lada hitam – ditumbuk
  • Sup bunjut ikan
  • Daun sup
  • Bawang goreng
  • Garam 
  • Air 
Cara-cara memasak:
  1. Didihkan air secukupnya bersama sup bunjut ikan, bawang merah, bawang putih, halia yang dihiris, kayu manis, bunga lawang dan pelaga.
  2. Biarkan air menggelegak sebelum dimasukkan ikan. 
  3. Akhirnya masukkan lada hitam dan garam secukupnya. 
  4. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Menu diet ibu mengandung, udang goreng butter telur masin

menu diet ibu mengandung

Bahan-bahan:
  • 500 gm udang
  • ½ sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk kunyit
  • Minyak
  • 3-5 sudu besar mentega
  • 6 ulas bawang putih – dicincang
  • 15 biji cili padi – dihiris serong
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 biji telur masin – direbus & dihancurkan 
  • 2 sudu kecil gula
  • 10 sudu besar susu cair/susu segar
  • 1 sudu kecil tepung jagung
  • Minyak masak
Cara-cara memasak:
  1. Udang dibersihkan dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak).
  2. Panaskan kuali, masukkan butter, tumis bawang putih, daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yang dihancurkan tadi.
  3. Kemudian masukkan susu segar dan gula. Tidak perlu letak garam sebab sudah ada rasa masin dari telur masin.
  4. Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masukkan bancuhan tepung jagung dengan air untuk memekatkan kuahnya. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.

Daging masak black pepper

Bahan-bahan:
  • 500g daging (bahagian batang pinang)
  • 4 ulas bawang putih – dihiris
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap manis
  • 1 sudu kecil lada hitam – ditumbuk kasar
  • 2 tangkai cili merah – dihiris kasar
  • 1 ulas bawang besar holland – dihiris
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Daun bawang
  • Minyak masak
Cara-cara memasak:
  1. Panaskan 2 senduk minyak, goreng daging selama 3-4 minit. Angkat dan asingkan.
  2. Kurangkan sedikit minyak tadi kepada angggaran ½ senduk minyak, tumis bawang putih dan masukkan lada hitam.
  3. Masukkan kicap dan serbuk lada hitam, kacau sebentar dam masukkan daging. 
  4. Masak menggunakan api besar dan kerapkan mengacau bahan dalam kuali.
  5. Kemudian tambah bancuhan tepung jagung dan bawang besar. Apabila kuah menjadi pekat, padam api dan hidangkan. Hiaskan dengan taburan daun bawang.

Tip tambahan untuk mendapatkan daging yang lembut, pastikan ia tidak dimasak terlalu lama di atas api besar.

Selamat mencuba!

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ramadan Fasting During Pregnancy: All You Need To Know. https://www.homage.sg/resources/ramadan-fasting-during-pregnancy/, Accessed on Jan 24, 2022 
  2. Ramadan and pregnancy. https://www.nutrition.org.uk/life-stages/pregnancy/healthy-eating-during-pregnancy/ramadan-and-pregnancy/, Accessed on Jan 24, 2022 
  3. Ramadan and Pregnancy – Should I be fasting? https://www.tommys.org/pregnancy-information/blogs-and-stories/im-pregnant/tommys-midwives/ramadan-and-pregnancy-should-i-be-fasting, Accessed on Jan 24, 2022 
  4. Syed M. Mubeen, Salman Mansoor, Asad Hussain, and Shayan Qadir. Perceptions and practices of fasting in Ramadan during pregnancy in Pakistan (2012). https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3730448/, Accessed on Jan 24, 2022
  5. Pregnant and fasting during Ramadan? 6 tips to eat well. https://pregnancytoparenting.ca/2017/05/23/pregnant-fasting-during-ramadan-10-tips-to-eat-well/, Accessed on Jan 24, 2022
  6. A healthy Ramadan. https://www.nutrition.org.uk/putting-it-into-practice/food-seasons-and-celebrations/a-healthy-ramadan/, Accessed on Jan 24, 2022 
  7. Ramadan The Practice of Fasting. https://www.eatright.org/health/lifestyle/culture-and-traditions/ramadan–the-practice-of-fasting, Accessed on Jan 24, 2022
  8. Significance of Iftar. https://www.islamicfinder.org/news/category-iftar-recipes/, Accessed on Jan 24, 2022

Versi Terbaru

24/05/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Mengapa Perlu Berbuka Puasa dengan Makanan Manis?

Sediakan Makan Malam Keluarga Anda dalam Masa 30 Minit


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan