backup og meta

Teringin Nak Makan Kek Tapak Kuda Viral? Buat Sahaja Di Rumah, Resipi Mudah & Sihat!

Teringin Nak Makan Kek Tapak Kuda Viral? Buat Sahaja Di Rumah, Resipi Mudah & Sihat!

Siapa yang tidak tahu dengan fenomena kek tapak kuda ustaz yang sedang trending di Tik Tok. Ada yang kata, kek yang dijual itu bukan sahaja murah malah amat sedap.

Oleh sebab itu, ramai yang sanggup ‘berperang’ semata-mata untuk membeli kek tersebut.

Namun, bagi anda yang teringin hendak mencuba kek ini tetapi tiada masa untuk berebut mendapatkannya di Tik Tok, anda boleh cuba membuatnya di rumah.

Lihat resipi di bawah ini, bukan sahaja mudah membuatnya sendiri, tetapi juga sihat. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Keunikan kek tapak kuda

kek tapak kuda
Kek dengan inti krim segar.

Kek tapak kuda pernah viral sebelum ini dan kini kembali menjadi fenomena di Malaysia.

Rasanya yang lazat dan cara penyediaannya yang unik membuatkan ia menjadi kegemaran ramai.

Kek ini telah menjadi salah satu pencuci mulut popular di Malaysia dan memikat hati ramai pembeli disebabkan teksturnya yang gebu, rasa yang kaya, dan rupa yang unik.

Inti atau filling paling biasa dan popular bagi kek ini adalah perisa coklat hazelnut.

Inti coklat hazelnut berkrim ini melengkapkan rasa kek yang gebu dan menghasilkan gabungan tekstur dan perisa yang menarik.

Namun, ada juga pembuat kek yang bereksperimen dengan inti yang lebih unik seperti matcha crunchy, chocolate crunchy dan lain-lain lagi.

Membuat kek ini juga memerlukan kesabaran dan kemahiran.

Kuncinya terletak pada kemahiran untuk mendapatkan kek span lembut dan gebu yang boleh dilipat tanpa koyak atau pecah.

Ini kerana, setelah kek dibakar dan diisi inti, ia biasanya digulung dan disejukkan agar inti tadi menjadi sebati dan padat bersama kek.

Namun, pasti ada yang tertanya-tanya, kek tapak kuda tahan berapa lama jika ditempah melalui atas talian?

Tidak perlu pening kepala, cara paling mudah adalah dengan membuatnya sendiri di rumah.

Resepi kek tapak kuda viral dengan filling meleleh

kek tapak kuda
Kek perlu disejukkan sebelum dipotong agar tidak mudah pecah.

Mencari kek tapak kuda near me, atau tidak mahu berebut untuk dapatkan kek tapak kuda ustaz?

Kalau tiada penjual berdekatan yang menjualnya dan anda mahu makan segera, apa kata anda beli sahaja bahan-bahannya dan buat sendiri di rumah.

Lihat resepi kek tapak kuda yang biasa digunakan oleh ramai orang di bawah ini:

Bahan-bahan untuk membuat cake tapak kuda:

  • 4 biji telur gred A / 5 biji telur gred B
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 sudu kecil susu tepung
  • 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu besar ovellete
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 125 gram marjerin atau mentega (dicairkan)
  • 1 sudu besar serbuk koko

Cara penyediaan cake tapak kuda:

  1. Masukkan kesemua bahan di atas (kecuali marjerin atau mentega, dan serbuk koko) ke dalam mesin pengadun dan pukul sehingga adunan menjadi gebu dan kembang.
  2. Setelah adunan menjadi gebu, masukkan mentega atau marjerin cair dan kaup balik perlahan-lahan sehingga sebati.
  3. Asingkan 100g adunan dan campurkan dengan 1 sudu besar serbuk koko untuk warna koko pada bahagian dalam kek. Simpan sedikit adunan koko ini untuk dilorekkan di bahagian atas kek. Anda boleh menggantikan serbuk koko dengan chocolate emulco.
  4. Gunakan loyang bersaiz 10 inci dan bakar pada suhu 150 darjah Celsius selama 25 hingga 30 minit, bergantung kepada ketuhar anda.
  5. Setelah kek dibakar, sejukkan sebentar dengan mengubah kedudukan kek (terbalikkan).
  6. Setelah kek sejuk, terbalikkan semula kek dan potong dua di tengah.
  7. Daripada satu adunan ini, anda boleh mendapatkan dua biji kek setelah dipotong dua. Ambil satu potongan kek dan sapukan inti kesukaan anda. Anda boleh menggunakan sapuan inti perisa coklat yang dicampurkan dengan lapisan perisa matcha. Anda juga boleh mencampurkan potongan kekacang atau bijirin bagi mendapatkan tekstur crunchy dalam kek. 
  8. Kemudian, gulung atau lipat kek dan balut dengan plastik cling wrap dengan kemas.
  9. Simpan dalam peti sejuk sebelum dipotong.

Kek ini tidak hanya menarik dari segi rasa, tetapi juga dari segi penyediaannya yang unik dan menarik.

Ia boleh dijadikan sebagai pencuci mulut pilihan untuk majlis-majlis khusus atau sebagai hadiah mahupun buah tangan. 

Makan dalam kadar sederhana

Anda mungkin mahu menjadi antara mereka yang mengikuti vibe makanan viral di Malaysia.

Namun perlu diingat, setiap makanan seperti kek tapak kuda ini perlulah diambil secara bersederhana.

Ini kerana, kek seperti ini agak tinggi kandungan gula khususnya pada bahagian intinya.

cara kurangkan pengambilan gula
Antara cara untuk kurangkan gula setiap hari.

Pengambilan gula yang terlalu banyak dan kerap boleh meningkatkan risiko obesiti dan penyakit kronik lain seperti kencing manis.

Maka, berpada-padalah dalam mengikuti trend makanan viral seperti membuat cake tapak kuda. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 tips for healthier baking. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/nutrition/cooking-skills/healthy-baking. Diakses pada Januari 8, 2024. 

Processed Foods: A Closer Look. https://www.eatright.org/health/wellness/diet-trends/processed-foods-whats-ok-and-what-to-avoid. Diakses pada Januari 8, 2024.

The Many Health Risks of Processed Foods. https://www.lhsfna.org/the-many-health-risks-of-processed-foods/. Diakses pada Januari 8, 2024.

Healthy diet. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/healthy-diet. Diakses pada Januari 8, 2024.

Carbohydrates and Sugar. https://kidshealth.org/en/parents/sugar.html. Diakses pada Januari 8, 2024.

Versi Terbaru

08/01/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Risau Pilih Makanan Sebab Ada Diabetes? Ini Menu Sesuai Untuk Anda

Rahsia Rebus Telur Separuh Masak, 100% Macam Dekat Kedai Mamak, Ini Caranya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 08/01/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan