Kini Mandian Herba Pula Dikatakan Penawar COVID-19: Berkesan Ke Mandi Guna Serbuk Biji Sawi?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 11/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pernahkah anda mendengar tentang serbuk biji sawi dan kebaikan mustard bath untuk merawat COVID-19?

Sejauh manakah kebenaran berita yang baru-baru ini viral? Nak tahu lebih lanjut?

Lihat dahulu situasi terkini COVID-19 di Malaysia berdasarkan statistik:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

288,229

Disahkan

9,196

Sembuh

1,076

Kes Kematian
Peta sebaran

Apa itu mandian herba berasaskan biji sawi (mustard bath)?

Mustard bath merupakan mandian berasaskan herba yang telah lama diamalkan oleh orang Rom dan Yunani dari zaman dahulu lagi.

Mandian ini kemudiannya diamalkan oleh orang Eropah pula sebagai salah satu cara perubatan tradisonal.

Tujuannya untuk melegakan sakit-sakit badan, demam panas dan juga untuk melegakan stres selepas seharian bekerja.

Walaupun mandian ini mungkin asing bagi kita sebagai rakyat Malaysia, namun ia banyak diamalkan di luar negara sebagai salah satu cara untuk mereka mengamalkan ‘self-love’ ataupun terapi untuk memanjakan diri.

Tambah lagi, bahan untuk membuat mustard bath diperbuat daripada campuran serbuk biji sawi, garam Epsom dan juga serbuk penaik.

Semua bahan ini adalah bahan biasa yang ada di rumah dan boleh dibeli di kedai dengan harga yang murah. Ramai yang cuma DIY sahaja!

Disebabkan biji sawi DIKATAKAN mempunyai sifat antiviral, maka mandian ini secara tiba-tiba menjadi terkenal sebagai salah satu penawar untuk penyakit COVID-19!

Biji sawi BUKAN bahan ajaib melawan COVID-19

kebaikan biji sawi

Ramai yang tertipu dengan keupayaan ‘herba ajaib’ untuk merawat penyakit seperti COVID-19. Samalah seperti pemakaian health-tag, mandian herba ini juga tidak dapat melindungi anda daripada dijangkiti COVID-19!

Kenyataan bahawa mandian biji sawi dapat mengubat COVID-19 hanyalah sesuatu yang dibesar-besarkan.

Tiada sebarang bukti kukuh yang dapat mengaitkan mustard bath dengan keupayaan untuk merawat COVID-19.

Mungkin ada kebenarannya jika mandian ini digunakan untuk merawat keletihan setelah seharian penat berada di tempat kerja.

Namun, kenyataan di atas juga tidak mempunyai sebarang bukti kukuh. Tidak ada sebarang kajian yang menyokong kenyataan kebaikan serbuk biji sawi dapat ubati pening kepala dan juga demam.

Anda mungkin berminat:

Bahaya mustard bath

Jika anda pernah mendengar tentang mustard oil, atau mustard sauce, anda pasti tahu tentang rasa pedas yang terkandung dalam biji sawi.

Ya, biji sawi yang terdapat dalam mandian ini adalah sama seperti apa yang terkandung dalam sos yang anda makan bersama burger anda!

Sekarang, bayangkan pula anda mandi di dalam tub yang dipenuhi dengan serbuk biji sawi!

Pasti menyakitkan bukan!

Walau bagaimanapun, banyak blog kecantikan di luar sana yang amat yakin dengan kebaikan serbuk biji sawi. Menurut mereka, rasa pedih itu adalah normal ketika mandi menggunakan serbuk biji sawi.

Baca juga: 

Kuatkan Sistem Imun Badan Anda Untuk Mencegah COVID-19 Dengan 8 Makanan Ini!

Selain rasa pedih, mandian ini juga akan membuatkan anda berpeluh-peluh dengan banyak.

Semua tindak balas ini adalah disebabkan satu komponen dalam biji sawi yang bernama sinigrin. Komponen inilah yang memberikan biji sawi rasa pedasnya.

Sinigrin yang terkenal dengan sifat antiradang mungkin juga mempunyai keistimewaan lain seperti sifat antibakteria, antifungi dan juga kebolehan untuk merawat luka.

Walau bagaimanapun, sinigrin boleh bertindak balas dengan air dan membentuk satu kompaun lain iaitu allyl isocyanate, sejenis bahan yang boleh akibatkan kulit anda melecur!

Bahaya bukan!

Badan luka, melecur selepas guna serbuk biji sawi

kebaikan biji sawi

Terdapat beberapa laporan yang menunjukkan bahawa ada individu yang mengalami gejala dermatitis sentuh disebabkan serbuk biji sawi.

Seorang wanita yang tidak pernah mengalami sejarah penyakit ekzema telah mengalami gatal-gatal dan kesan melecur pada bahagian belakang badan.

Kulit pada belakang badannya juga jadi bersisik dan tumbuh ruam.

Wanita ini mengalami simptom gatal, dan juga luka-luka pada belakang badan setelah menggunakan produk herba tradisional selama sebulan.

Walaupun dia telah dirawat, simptom memakan masa hampir 5 bulan untuk pulih sepenuhnya. Oleh itu hati-hatilah dalam menggunakan serbuk biji sawi sebagai rawatan alternatif ya.

biji sawi

Tidak semua apa yang beauty blogger katakan adalah benar. Samalah juga dengan isu-isu yang viral. Selalunya tidak adapun kebenaran di sebalik berita-berita tersebut.

Kesimpulan

Jadilah netizen yang bertanggungjawab dengan tidak menyebarkan maklumat palsu tentang cara rawatan ataupun ubat yang kononnya boleh menyembuhkan COVID-19.

Oleh itu, sebelum anda tekan butang share, fikir-fikirlah dahulu ya!

Mungkin tidak ada masalah untuk anda amalkan mandian herba berasaskan biji sawi, tapi jika ada apa-apa yang terjadi, cepat-cepatlah jumpa doktor ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?

Tahukah anda bahawa sebenarnya terdapat pelbagai fungsi hand sanitizer. Namun, sila baca ini terlebih dahulu untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kebersihan Diri 09/02/2021 . 3 minit bacaan

Ada Satu Lagi Pilihan Vaksin COVID-19 Keluaran Johnson & Johnson, Guna Teknologi Berbeza!

Vaksin Johnson & Johnson ini adalah jenis vaksin yang sedikit berbeza daripada pengeluar yang lain. Ia menggunakan teknologi Adenovirus dan bukannya mRNA.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
COVID-19 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Jika Pernah Terlintas Ingin Membunuh Diri, Usah Berdiam! Lakukan 3 Perkara Ini

Bunuh diri merupakan salah satu tanda penyakit mental seperti depresi. Jika anda atau rakan anda ada tanda-tanda ingin membunuh diri, jangan berdiam diri ya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Cegah Bunuh Diri, Kesihatan Mental 19/01/2021 . 3 minit bacaan

Memori Tahun 2020, Ini 5 Pengajaran Yang Tidak Boleh Dilupakan

Dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baharu 2021. Ada beberapa pengajaran dan memori daripada tahun 2020 yang mungkin takkan dilupakan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kesihatan, Pengetahuan Kesihatan Umum 23/12/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

program vaksinasi

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Sudah Tiba! Rujuk Jadual Vaksin Di Sini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Diterbitkan pada 24/02/2021 . 3 minit bacaan
asma

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan
suntikan vaksin

Betul Ke Vaksin COVID-19 Boleh Sebabkan Kesan Sampingan Kekal? 

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan
tahun baru cina

SOP Tahun Baru Cina Telah Diluluskan, Sejauh Mana Ia Bersesuaian Dengan Situasi Wabak?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 11/02/2021 . 3 minit bacaan