backup og meta

4 Sebab Mengapa Diet Anda Membuatkan Anda Letih

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    4 Sebab Mengapa Diet Anda Membuatkan Anda Letih

    Amalan diet rendah kalori kadangkala membuatkan anda cepat letih. Walaupun begitu, anda masih gagahkan diri untuk meneruskan diet tersebut dengan hasrat untuk mendapatkan berat badan yang lebih sihat.

    Namun, jika ia berterusan dan anda perlu mengalami keletihan tersebut setiap hari, kehidupan anda mungkin akan menjadi kurang produktif dan tidak mustahil anda akan berputus asa.

    Mari lihat mengapa diet anda membuatkan anda letih dan bagaimana ingin mengatasinya.

    1. Anda tidak makan dalam tempoh yang lama

    Setiap kali anda tidak makan melebihi dua jam, kadar gula darah anda akan menurun, seterusnya tenaga juga akan berkurang.Tanpa makanan, badan tidak menghasilkan gula sebagai bahan bakar untuk menghasilkan tenaga.

    Cara mengatasi: ambil snek sebelum lapar dengan kerap.

    Ambil snek setiap dua ke empat jam untuk menstabilkan kadar gula dalam darah.

    2. Anda mengambil sayur-sayuran yang tidak tepat

    Tidak semua sayur memberikan anda tenaga yang banyak. Lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan diet vegan atau mengurangkan karbohidrat, protein dan lemak, sumber tenaga anda akan berkurang dan ia menyebabkan badan cepat letih.

    Cara mengatasi: banyakkan brokoli dan kale (kubis kerinting). Sayur ini membantu merangsang fungsi mitokondria yang akan membantu otot menghasilkan lebih banyak tenaga.

    3. Anda tidak mengambil daging merah

    Jika anda mengamalkan diet tanpa diet merah, anda mungkin kekurangan zat besi untuk menambah stamina dan kekuatan badan.

    Cara mengatasi: banyakkan makanan kaya zat besi. Daging adalah sumber zat besi yang terbaik. Selain daging, bayam juga boleh dijadikan alternatif.

    4. Anda memotong terlalu banyak karbohidrat

    Badan kita bergantung paling utama pada karbohidrat. Walaupun anda cuba mengamalkan diet rendah karbohidrat untuk menurunkan berat badan, jangan sampai ia membuatkan anda terlalu letih sehingga menjejaskan aktiviti harian anda.

    Cara mengatasi: seimbangkan jumlah karbohidrat dalam diet anda.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan