
Bila masuk je bulan Ramadan, antara perkara paling dinanti-nantikan ialah moment berbuka puasa bersama-sama keluarga. Tapi, kadang-kadang kita pun buntu nak pilih menu berbuka puasa.
Jangan risau! Artikel ini akan kongsikan idea menu berbuka yang bukan sahaja sedap, tetapi juga seimbang, mudah disediakan, dan sesuai untuk semua.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Menu berbuka puasa simple
1. Nasi goreng kampung
Tidak lengkap rasanya puasa anda jika tidak berbuka dengan nasi goreng. Masakan yang mudah, cepat dan buat anda kenyang! Di dalam satu menu, anda mendapat khasiat dan menambah tenaga dengan kandungan karbohidrat, protein dan sayur-sayuran di dalamnya.

Cara-cara:
- Daun kangkung, potong dan asingkan batang dan daun.
- Buang lemak dan tulang ayam, tinggalkan isinya kemudian potong kepada ketulan kecil.
- Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
- Potong kasar cili padi.
- Tumbuk halus ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan cili padi.
- Panaskan minyak dan goreng telur. Kacau biar hancur. Angkat dan ketepikan.
- Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
- Masukkan belacan bakar dan isi ayam. Kacau sampai ayam separuh masak.
- Masukkan batang kangkung dan sambal belacan (lebihkan belacan dan cili padi kalau tak nak masuk sambal belacan).
- Masukkan nasi sejuk dan kacau sebati.
- Masukkan garam, telur, daun kangkung, kicap pekat manis dan ikan bilis goreng (simpan sikit untuk taburan akhir). Kacau sebati
- Hidangkan bersama ikan bilis goreng, hirisan timun dan cili merah.
2. Murtabak daging
Inginkan menu berbuka puasa selain nasi ? Anda boleh mencuba untuk buat murtabak daging. Murtabak daging mengandungi protein, karbohidrat dan rempah ratus yang boleh membuatkan anda cepat kenyang. Sesuai untuk orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Cara-cara sediakan daging murtabak:
1. 300 gram daging cincang yang ditoskan.
2. Di dalam kuali, masukkan minyak masak, marjerin buttercup, minyak sapi dan 4 sekawan. Tumis bagi naik bau.
3. Masukkan bahan kisar. Tumis bagi pecah minyak dan masa untuk keluarkan 4 sekawan.
4. Masukkan rempah kurma, garam masala dan tumis lagi dengan api kecil sampai pecah minyak.
5. Apabila sudah pecah minyak minyak dengan cantik, masukkan daging cincang, perasa, gula, garam pink.
6. Bila daging dah masak, baru masukkan potongan dadu 4 biji bawang saiz bola pingpong. Jangan masak sampai bawang betul-betul masak tapi sekadar 1/2 masak.
Cara-cara masak martabak:
1. Pecahkan 1 biji telur saiz A. Kacau dan godak bersama inti daging.
2. Letak minyak dan minyak sapi atas pemangang dan boleh masak inti dan telur. Boleh guna acuan 4 segi untuk dapatkan ketebalan 1 inci yang cantik.
3. Sebelum masak inti, untuk kulit guna puff pastry Cap Kawan. Canai kulit tersebut bagi menjadi nipis dengan menggunakan sedikit minyak dan sehingga ianya hampir sekali ganda membesar dari yang sedia ada.
4. Bila inti dah masak, terus masukkan atas kulit. Masukkan 2 inti sekaligus (boleh anggap 2 biji) dan dengan api kecil, masak atas pemanggang. Seperti biasa alas dengan lebihan minyak dan minyak sapi.
5. Masak dan terbalikkan setiap 4 minit. Gunakan api sederhana kecil. Lebihkan masa untuk masak di bahagian bawah yang berlipat.
Menu berbuka puasa untuk anak
1. Menu bubur ayam

Bubur ayam merupakan salah satu menu berbuka puasa yang ideal buat si manja kerana kandungan ayam, nasi dan bahan tambahannya yang membuatkan rasa bubur menjadi sedap dan berselera seperti halia dan daun bawang.
Makanan berkhasiat ini mudah dimakan dan dihadam untuk kanak-kanak kerana lembut dan mudah diterima oleh semua peringkat umur.
Cara-cara menyediakan menu berbuka ini:
1. Rebus beras dengan halia dan kiub ayam sampai jadi bubur. Kalau air kering tambah lagi hingga jadi bubur.
2. Kemudian masukkan lobak merah dan isi ayam.
3. Seterusnya, masukkan lada sulah, lada hitam dan garam secukup rasa.
4. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang untuk dijadikan minyak bawang putih. Goreng sampai garing dan keperangan.
5. Tuang minyak bawang putih ke dalam periuk bubur. Kacau sebati dan siap untuk dinikmati.
6. Semasa menghidang, boleh tabur bawang goreng, daun bawanag, isi ayam, minyak bawang putih dan lada hitam bagi menyedapkan lagi rasa.
2. Menu berbuka dengan sup ayam
Dengan bahan yang ada dirumah, anda mampu menyediakan sup ayam, resepi mudah untuk si manja. Percaya atau tidak, sup ayam ini mengandungi sumber nutrisi yang membantu sistem imun di dalam badan.
Sup yang panas dan sumber protein yang berkhasiat untuk keperluan anak, dapat membuatkan anak anda kekenyangan ketika berbuka. Sebab itulah, ia sering kali menjadi menu berbuka puasa untuk anak.
Cara-cara:
- Potong kasar bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Kemudian tumbuk halus
- Potong lobak merah dan kentang. Kemudain rendam dalam air.
- Potong daun sup dan asingkan batang dan daun.
- Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk halus sampai naik bau.
- Masukkan sup bunjut dan ayam. Tutup kuali dan masak sampai ayam kecut dan sedikit perang.
- Masukkan batang daun sup, serbuk lada sulah ataupun lada hitam. Kacau sebati.
- Masukkan air.
- Boleh masukkan kentang dan lobak merah, kemudian masak sampai ayam dan kentang masak.
- Masukkan kiub pati ayam dan garam
- Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng.

Mudah je nak buat menu berbuka puasa
[embed-health-tool-bmr]














