backup og meta

Mengapa Anda Mudah Marah Ketika Lapar

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 02/12/2019

    Mengapa Anda Mudah Marah Ketika Lapar

    Adakah anda pernah rasa ingin marah semasa lapar? Jika ya, anda telah mengalami “hangry” (gabungan perkataan hungry dan angry) – satu fenomena di mana sesetengah orang rasa ingin marah dan panas baran apabila mereka terlepas waktu makan.

    Tetapi dari mana hangry datang? Mengapa sesetengah orang sahaja yang mengalami hangry? Jawapannya terletak pada proses yang berlaku di dalam badan anda semasa ia memerlukan makanan.

    Sebab mengapa anda mengalami hangry

    Sebabnya ialah kadar glukosa di dalam otak anda dikawal oleh glukosa darah. Kadar glukosa anda membantu anda mengawal impuls anda iaitu tingkah laku ganas. Apabila anda berfikir tentangnya, ia memakan banyak tenaga untuk mengawal diri anda. Tenaga ini datang dari glukosa yang datang dari makanan yang anda makan. Apabila kadar glukosa anda tinggi, anda mempunyai kawalan yang baik terhadap diri anda.

    Bukan sahaja itu, apabila badan anda tidak mempunyai cukup glukosa, hormon lain cuba menutup kekurangan tersebut. Salah satu hormon yang dilepaskan ialah adrenaline – hormon yang bertanggungjawab bagi tingkah laku agresif tersebut.

    Genetik juga memainkan peranan. Dalam ayat yang mudah, genetik kita boleh menghasilkan neuropeptide Y, iaitu bahan kimia semula jadi yang dilepaskan di dalam otak semasa anda lapar. Ia merangsang selera makan anda.

    Terdapat banyak faktor yang menyebabkan hangry. Antaranya ialah faktor psikososial. Budaya memberi kesan kepada cara anda mengekspresikan keganasan verbal sama ada secara langsung atau tidak langsung. Oleh kerana kita mempunyai semua faktor-faktor ini yang berbeza, sebab itu kecenderungan seseorang itu untuk marah semasa lapar adalah berbeza.

    Menguruskan hangry

    Cara paling mudah untuk menguruskan hangry ialah dengan memakan sesuatu sebelum anda terlalu lapar. Fikiran pertama anda mungkin sesuatu yang manis seperti bar coklat atau snek, tetapi glukosa dari makanan-makanan ini hanya sementara. Akhirnya, ia tidak akan menghilangkan rasa lapar.

    Tambahan pula, makan sejurus selepas rasa lapar mungkin bukan satu pilihan bagi kebanyakan orang. Contohnya mereka yang bekerja dalam jam yang lama atau berpuasa di bulan Ramadhan, atau menjalani diet yang terbatas disebabkan masalah kesihatan.

    Kadar glukosa anda boleh diseimbangkan oleh hormon badan. Ini akan memberikan anda sedikit masa sehingga anda menemui sesuatu untuk diakan. Jika anda sibuk, cara terbaik untuk melawan rasa lapar tersebur adalah dengan membuat rutin atau menyediakan makanan lebih awal. Jadi, fikirkan makanan semula jadi kaya nutrien yang membantu menghilangkan rasa lapar selama yang boleh.

    Jenis makanan yang terbaik untuk dimakan adalah yang paling lambat dihadam seperti serat. Protein juga merupakan pilihan yang baik jika anda ingin menghilangkan lapar semasa cuba menurunkan berat badan. Buah-buahan dipenuhi dengan gula yang dihadam dengan cepat dan menghilangkan lapar dengan segera. Ia adalah pilihan yang baik jika anda berasa lapar tetapi masih perlu menunggu beberapa jam sebelum makanan seterusnya.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 02/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan