backup og meta

Makanan Terbaik untuk Sarapan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

    Makanan Terbaik untuk Sarapan

    Anda pastinya selalu mendengar bahawa sarapan sangat diperlukan untuk kesihatan anda. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh kekal sihat jika anda memilih sarapan pagi yang menyihatkan. Memilih makanan segera atau gula-gula pada waktu pagi tidak akan memberikan sebarang manfaat kesihatan. Jika anda benar-benar mahukan yang terbaik daripada sarapan anda, di sinilah apa yang anda perlukan:

    Telur

    Hampir semua orang sukakan telur yang bukan sahaja lazat tetapi juga berkhasiat. Kajian menunjukkan bahawa sarapan dengan telur membantu meningkatkan rasa kenyang, mengurangkan pengambilan kalori anda daripada makanan seterusnya dan memastikan tahap gula dan insulin darah anda terkawal. Antioksida dalam telur (lutein dan zeaxanthin) melindungi anda daripada gangguan mata seperti katarak dan degenerasi makula. Telur penuh dengan koline, nutrien yang menyumbang kepada otak dan jantung yang sihat.

    Oatmeal

    Oatmeal datang dari oat tanah – satu sumber beta-glucan. Beta-glucan adalah sejenis serat yang dipercayai mengurangkan kolesterol dan juga menggalakkan rasa kenyang. Satu kajian mendapati bahawa beta-glucan mencetuskan pembebasan peningkatan tahap PYY yang merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk membuat anda berasa kenyang selepas makan. Oatmeal penuh dengan antioksidan yang boleh membantu meningkatkan kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah. Walau bagaimanapun, oat sering tercemar dengan bijirin seperti barli. Jadi, mereka yang mempunyai alahan gluten hanya boleh membeli oat yang telah disahkan sebagai bebas gluten. Memandangkan oatmeal adalah agak rendah dalam protein, anda perlu bersedia dengan susu atau hidangkan dengan telur untuk meningkatkan pengambilan protein anda.

    Biji chia

    Biji chia tinggi serat bahkan sebahagian daripada serat yang ditemui dalam biji chia adalah serat likat. Serat likat pandai menyerap air, menggalakkan pergerakan makanan melalui saluran penghadaman, menyebabkan peningkatan rasa kenyang dan puas. Satu kajian kecil mendapati bahawa penyakit kencing manis mungkin mendapat manfaat daripada pengambilan biji chia kerana membantu mengurangkan rasa lapar dan peningkatkan tekanan darah dan paras gula dalam darah. Biji Chia juga kaya antioksidan yang membantu mencegah kerosakan sel disebabkan oleh radikal bebas yang dikeluarkan semasa metabolisme.

    Kacang

    Kacang sangat elok untuk sarapan pagi kerana boleh mengisi perut anda dan menghalang pertambahan berat badan. Walaupun kacang adalah makanan yang berkalori tinggi, badan anda sebenarnya tidak menyerap segala lemak di dalamnya. Mereka yang mempunyai risiko penyakit jantung boleh mengurangkan risiko mereka dengan memakan kacang. Kacang juga terbukti mengurangkan rintangan insulin dan keradangan. Oleh itu, pesakit diabetes mungkin mendapati kacang berkesan mengawal gula dan kolesterol dalam darah mereka.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan