backup og meta

Makanan Bantu Tingkatkan Emosi Anda

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/11/2019

    Makanan Bantu Tingkatkan Emosi Anda

    Jika anda mengalami kemurungan atau mungkin ingin menyingkirkan emosi yang tidak elok dalam diri, mengambil makanan tertentu dalam diet pemakanan anda boleh menjadi idea yang baik. Beberapa jenis makanan dapat membantu mengurangkan tekanan, menyingkir kegelisahan dan melawan kemurungan, sekaligus dalam membantu tingkatkan emosi anda.

    Makanan dan minuman yang anda ambil setiap hari boleh sama ada menjadikan anda lebih baik atau hanya akan memburukkan lagi keadaan anda dengan menjejaskan kandungan gula dalam darah dan saluran gastrousus (GI).

    Makanan juga memberikan nutrien untuk menjaga kesihatan tubuh. Makanan tinggi lemak atau tinggi glisemik boleh menyebabkan berlakunya disfungsi dalam tubuh. Individu yang gemar mengambil makanan tinggi kandungan lemak atau tinggi glisemik berpotensi untuk mendapat masalah kesihatan seperti kolesterol tinggi, kanser payudara dan kanser prostat, diabetes, arthritis, penyakit kardiovaskular, PMS, dan sakit kepala.

    Nikmati buahan dan sayuran

    Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kunci utama nutrien, yang membantu dalam memberikan anda kehidupan dan kesihatan yang lebih baik. Buahan dan sayuran adalah antioksidan, rendah kolesterol dan kaya serat.

    Dua hidangan buahan dan sayuran boleh menjadikan hari anda 11% lebih sihat. Secara umumnya, individu yang biasa dengan pengambilan buahan dan sayuran dalam diet makanan akan merasa lebih baik tentang tahap kesihatan mereka.

    Dalam penyelidikan ke atas 3,500 individu yang diterbitkan dalam British Journal of Psychiatry, menyatakan individu yang mengambil makanan berkhasiat secara keseluruhannya pada tahun sebelumnya kurang berdepan dengan masalah tekanan, berbanding individu yang lebih banyak makan pencuci mulut, makanan bergoreng, daging diproses, bijirin diproses, dan produk tenusu tinggi lemak.

    Makan ikan beberapa kali seminggu

    Makanan tinggi kandungan asid lemak omega-3 seperti ikan berminyak, ikan berlemak; tuna, salmon, dan sardin, serta kupang, terbukti mengurangkan risiko mengalami simptom kemurungan, terutaman kemurungan selepas bersalin.

    Omega-3 adalah nutrien penting untuk membantu dalam meningkatkan emosi, ia tidak dihasilkan oleh diri sendiri. Ia mengubah bahan kimia otak yang berkaitan dengan emosi khususnya dopamin dan serotonin.

    Pengambilan kafein secara sederhana

    Kafein boleh mencetuskan pengeluaran bahan kimia otak yang dipanggil dopamin, yang penting untuk meningkatan tumpuan dan penglihatan. Kafein membantu menjadikan individu lebih bertenaga dan gembira, tetapi anda harus mengambil kafein dalam jumlah yang sederhana dan terkawal.

    Menurut Dr Ramsey, “Kopi mengandungi nutrien berasaskan tumbuhan yang berfungsi seperti ubat yang digunakan untuk merawat kemurungan.” dalam penyelidikan yang dijalankan, beliau menyimpulkan bahawa kafein memberikan kesan yang berbeza pada setiap individu, tetapi ia adalah yang terbaik untuk mempertimbangkan jumlah kafein yang diambil jika anda mula merasa gelisah dan tidak mendapat tidur yang mencukupi.

    Berikan diri anda coklat

    Apabila anda memakan coklat, anda mungkin berasa gembira. Ini kerana coklat melepaskan bahan kimia yang dipanggil endorfin dan serotonin. Ia mengurangkan kegelisahan dan tekanan, dan menjadikan emosi lebih baik. Jadi jika anda mahu berada dalam emosi yang baik, coklat mungkin pilihan yang terbaik.

    Terdapat satu kajian lain yang membuktikan coklat gelap adalah sejenis coklat yang terbaik untuk memperbaik emosi. Coklat juga dapat meningkatkan kadar denyutan jantung dan menghasilkan kesan anti-tersumbat dalam saluran darah.

    Pertingkatkan keadaan diri dengan kelapa

    Kebanyakan spa dan salon urutan menggunakan kelapa sebagai bahan asas untuk mengurut kerana ia akan memberikan ketenangan kepada otot dan emosi anda. Dalam satu kajian kecil yang dijalan di Columbia University, individu yang menghidu bau kelapa memberikan kesan ke atas keseimbangan tekanan darah dan denyutan jantung selepas bersenam secara ekstrem.

    Perhatikan apa yang anda makan setiap hari, bukan sahaja bermanfaat untuk kesihatan anda tetapi ia juga dapat membantu mempertingkatkan emosi dan menghindari kemurungan dan tekanan.

    Dengan kehidupan harian yang sibuk dan penuh dengan pelbagai tugasan harian serta masa yang sedikit untuk berehat, pengambilan makanan yang terbaik untuk emosi pastinya sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 27/11/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan