backup og meta

Limau Gedang: Makanan Berkhasiat

Limau Gedang: Makanan Berkhasiat

Limau gedang adalah hasil daripada kacukan antara oren dan limau bali. Ia adalah buah sitrus yang rasanya masam dan manis. Limau gedang telah lama dikenali sebagai makanan yang baik untuk penurunan berat badan. Makan separuh limau gedang untuk sarapan dianggap lebih sihat daripada mengambil semangkuk bijirin atau telur. Selain itu, limau ini merupakan sumber vitamin C, vitamin A, kalium dan nutrien-nutrien lain. Semak artikel ini untuk melihat mengapa limau gedang sangat berfaedah untuk kesihatan anda.

Apakah manfaat limau gedang?

Membantu menurunkan berat badan dengan berkesan

Menggantikan snek kegemaran anda dengan limau gedang dan memperkenalkan buah ini ke dalam sarapan anda benar-benar boleh membantu anda menurunkan berat badan kerana buah ini mengandungi banyak serat yang membuatkan anda berasa kenyang lebih cepat dan lebih lama tanpa perlu menambah makanan ringan lain.

Selain itu, limau gedang boleh digabungkan dengan bahan-bahan lain untuk membuat hidangan ringan, berwarna-warni tetapi sangat mengenyangkan. Cuba tambah limau gedang dalam semangkuk salad, koktel, smoothie, yogurt, mahupun dengan dada ayam panggang dengan sos barbeku untuk hasil yang menakjubkan.

Membantu menstabilkan tahap insulin

Jika tahap insulin dalam badan anda rendah, limau gedang boleh membantu dengan menyediakan pengambilan gula yang betul dan sihat.

Membantu dengan penghidratan dan pencernaan

Limau gedang adalah 91% air, dengan itu, dapat mencegah dehidrasi. Selain itu, limau gedang juga boleh mengelakkan sembelit.

Apa yang perlu diingat apabila memakan limau gedang?

Runding dengan doktor

Limau gedang penuh dengan vitamin dan nutrien tetapi ia juga mengganggu tindak balas ubat-ubatan tertentu seperti pil estrogen. Limau gedang juga boleh meningkatkan keupayaan badan menyerap estrogen dan mengurangkan masa estrogen dihancurkan, yang boleh menyebabkan kanser payudara.

Walaupun tidak ada bukti yang cukup tetapi wanita hamil dan menyusu juga perlu mengelakkan pengambilan limau gedang. Jadi sebelum makan limau gedang, rujuk doktor peribadi anda jika anda sedang mengambil ubat-ubatan preskripsi.

Diet limau gedang 

Sesetengah orang mungkin menggalakkan pengambilan limau gedang secara berlebihan seperti dalam diet limau gedang yang bermula pada tahun 1930-an. Mereka menyekat pengambilan kalori kepada 800 kalori setiap hari – kurang daripada separuh daripada apa yang diperlukan untuk orang dewasa.

Diet ini membuat beberapa perubahan pada skala yang serta-merta selepas 10 – 12 hari tetapi tidak akan bertahan lama kerana amalannya hanya sebagai trend diet, apatah lagi  tidak sesiapa boleh terus mengikut menu seperti itu seumur hidup.

Sebarang trend diet, walaupun diet limau gedang yang terkenal tidak boleh menjadi cara tetap untuk anda mendapatkan bentuk badan yang langsing. Ia jelas boleh membantu anda menurunkan berat badan dalam jumlah yang sangat singkat tetapi sudah pasti anda akan tetap bertambah berat badan selepas itu.

Walau bagaimanapun, menggabungkan limau gedang dengan diet penurunan berat badan yang sihat dan rancangan senaman boleh menjadi pembakar semangat anda. Sebiji limau gedang atau segelas jus limau gedang setengah jam sebelum sebarang makanan boleh mengenyangkan anda, menyebabkan anda kurang makan dan meningkatkan kesihatan anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ways Grapefruit Can Help You Lose Weight. https://www.popsugar.com/fitness/Ways-Grapefruit-Can-Help-You-Lose-Weight-26331222 accessed March 12, 2017

Grapefruit Diet http://www.webmd.com/diet/a-z/grapefruit-diet accessed March 12, 2017

GRAPEFRUIT: Uses, Side Effects, Interactions and Warnings. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-946-grapefruit.aspx?activeingredientid=946& accessed March 12, 2017

 

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan