backup og meta

5 Sebab Anda Perlu Makan Terung

5 Sebab Anda Perlu Makan Terung

Terung merupakan hidangan yang agak popular di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis resepi tersedia. Antaranya terung sambal, bakar dan goreng. Dengan rasa yang enak dan mudah disediakan, ia tentu menjadi kegemaran ramai orang.

Tahukah anda apa khasiat terung?

1. Kaya dengan antioksidan

Buah ini (ya, ia adalah sejenis buah) mengandungi antioksidan yang membantu melawan bahan yang merosakkan sel-sel di dalam badan iaitu radikal bebas. Kehadiran antioksidan mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser.

Antioksidan utama yang terkandung di dalamnya adalah anthocyanins.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung

Kandungan antioksidan seperti yang disebutkan di atas adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada pengurangan risiko penyakit jantung. Terung juga terbukti membantu mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah bagi kolesterol LDL dan trigliserida.

Kolesterol adalah faktor risiko utama bagi penyakit jantung.

3. Mengawal gula dalam darah

Kaya dengan serat, ia boleh mengurangkan kadar gula dalam darah dengan melambatkan penghadaman dan penyerapan gula. Proses penyerapan yang lambat mampu mengekalkan gula pada kadar yang stabil dan mengelakkan lonjakan gula secara mendadak.

Sejenis bahan yang terkandung dalam terung iaitu polyphenols didapati mengurangkan penyerapan gula serta merangsang pelepasan insulin.

4. Membantu menurunkan berat badan

Terung kaya dengan serat dan mengandungi rendah kalori membuatkan ia sangat sesuai dijadikan diet untuk mengurangkan berat badan. Serat melambatkan proses penghadaman serta membuatkan anda kenyang lebih lama. Jadi, pengambilan makanan akan dapat dikurangkan. Ditambah dengan jumlah kalorinya yang rendah, buah ini boleh digantikan dengan makanan tinggi kalori yang lain.

5. Melawan kanser

Terung mengandungi beberapa bahan yang didapati berpotensi melawan sel-sel kanser. Antaranya ialah solasodine rhamnosyl glycosides (SRGs). Bahan ini boleh menyebabkan sel kanser mati, khususnya bagi kanser kulit.

Walau bagaimanapun, kajian tentangnya adalah agak terbatas dan banyak dijalankan ke atas haiwan. Lebih banyak kajian diperlukan ke atas manusia untuk melihat keberkesanannya dalam melawan kanser.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

7 Suprising Health Benefits of Eggplants – https://www.healthline.com/nutrition/eggplant-benefits#section1

Eggplant health benefits and tasty tips – https://www.medicalnewstoday.com/articles/279359.php

Versi Terbaru

12/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Top 7 Kopi Terbaik Pilihan Utama Rakyat Malaysia, Boleh Beli Di Sini!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 12/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan