backup og meta

Perancangan Diet Sihat Sepanjang Ramadan

Perancangan Diet Sihat Sepanjang Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang mewajibkan kesemua orang beragama Islam untuk berpuasa. Disebabkan puasa sepanjang hari boleh membuatkan kita lesu, ini diet ketika puasa yang boleh diamalkan!

Apakah itu makan yang seimbang?

Secara tradisinya, ketika berpuasa di bulan Ramadan, umat Islam perlu mengambil dua hidangan sehari: satu selepas matahari terbenam (Iftar) dan satu sebelum matahari terbit (Sahur).

Pakar mencadangkan agar mengambil makanan yang mudah dan tepat. Untuk lebih spesifik, diet ketika puasa harus merangkumi makanan daripada semua kumpulan makanan utama:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Roti, bijirin dan kentang
  • Daging, ikan atau alternatifnya
  • Susu dan produk tenusu
  • Lemak dan gula yang sihat

Elakkan dari makan terlalu banyak makanan bergula. Sebaliknya, dapatkan sumber karbohidrat yang lebih sihat.

Sumber yang baik bagi diet ketika puasa termasuk bijirin penuh, kentang, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, dan produk tenusu rendah lemak.

diet ketika puasa

Untuk memastikan sistem penghadaman anda berjalan dengan baik, anda perlu mengambil makanan tinggi serat.

1 lagi kelebihan serat adalah ia membuatkan anda rasa kenyang untuk jangka masa yang lebih lama dan sangat sesuai untuk diamalkan pada bulan Ramadan.

Beberapa sumber serat yang baik adalah:

  • Buah-buahan
  • Sayur-sayuran
  • Kekacang
  • Makanan berkanji (terutamanya bijirin penuh)

Sangat baik untuk menjauhkan diri daripada minuman berkafein (teh, kopi, dan minuman tenaga) memandangkan kafein adalah diuretik yang menggalakkan pembuangan air kecil, membuatkan anda mengalami dehidrasi lebih cepat.

Makanan sihat sebagai diet ketika puasa

Hidangan sewaktu sahur haruslah makan yang sihat dan sederhana yang boleh mengisi perut anda dan memeberikan tenaga yang mencukupi untuk sepanjang hari.

Makanan yang mengambil masa yang lama untuk dicerna seperti roti pita, salad, bijirin (terutamanya oat) atau roti bakar menyediakan tenaga yang berterusan.

Badan anda boleh mendapat manfaat daripada cecair yang mengandungi vitamin dan mineral seperti jus buah-buahan atau minuman isotonik.

Ramai orang Islam berbuka puasa dengan kurma – sejenis makanan bertenaga tinggi dan memberi kesegaran.

Dalam masa antara matahari terbenam dan terbit, cuba minum air yang banyak untuk merehidrat dan menurunkan kecenderungan anda dari mengambil pelbagai jenis makanan yang terdapat di pasaran.

Makanan yang perlu dielakkan?

diet ketika puasa

  • Makanan bergoreng – seperti karipap, samosa dan pisang goreng.
  • Makanan tinggi gula dan lemak.
  • Makanan yang dimasak dengan minyak yang bayak – seperti kari berminyak, dan pastri berminyak.

Alternatif yang lebih sihat untuk makanan tersebut adalah:

  • Samosa bakar dan ladu rebus
  • Chapati tanpa minyak
  • Daging dan ayam panggang atau bakar
  • Pastri buatan sendiri dengan hanya satu lapisan
  • Gula-gula berasaskan susu dan puding (rasmalai dan barfee)

Kaedah memasak yang perlu dielakkan:

  • Goreng celur/rendam.
  • Menggoreng
  • Penggunaan minyak  yang berlebihan

Kaedah memasak yang sihat:

  • Goreng tohor/cetek – kaedah ini memberikan rasa yang hampir sama
  • Panggang atau bakar – kaedah ini mengekalkan rasa dan perisa asal makanan tersebut, terutamanya dalam ayam dan ikan

Berwaspada dengan keracunan karbon monoksida di dapur

Karbon monoksida ialah gas beracun yang tidak mempunyai bau atau rasa, menjadikan ia sukar untuk dikesan.

Menyedut karbon monoksida dalam tahap yang tinggi boleh mengancam nyawa.

Memasak untuk ramai orang menggunakan periuk besar di dapur gas boleh menyebabkan karbon monoksida terkumpul di dapur, terutamanya jika anda tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.clevelandclinicabudhabi.ae/en/health-byte/pages/top-tips-for-ramadan-healthy-eating.aspx#:~:text=Choose%20whole%20grains%2C%20which%20provide,avoid%20overeating%20by%20eating%20slowly.
  2. https://www.nutrition.org.uk/healthyliving/seasons/ramadan.html
  3. https://www.eatright.org/health/lifestyle/culture-and-traditions/ramadan–the-practice-of-fasting
  4. https://www.dietitians.org.my/health-info/strategies-to-maintain-athletic-performance-during-ramadan
  5. https://health.cornell.edu/about/news/ramadan-fasting

Versi Terbaru

30/11/2021

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Makanan Rendah Kalori & Menyihatkan, Kalau Makan Boleh Kurus, Confirm Kenyang Lama!

Susu Rendah Lemak Lebih Baik Daripada Susu Penuh Krim? SALAH! Ini Tak Sesuai Untuk Si Kecil


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 30/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan