backup og meta

Herba Mengekalkan Kesihatan Sepanjang Puasa

Herba Mengekalkan Kesihatan Sepanjang Puasa

Sepanjang menjalani ibadah puasa, selalunya sistem imun menjadi lemah. Buktinya, ramai yang terdedah kepada flu atau penyaki berjangkit lain sepanjang bulan puasa. Ini adalah perkara biasa terjadi, perubahan diet dan jadual tidur boleh menjadi sebab utama sistem imum menjadi lemah pada bulan puasa. Oleh itu, memilih pengambilan herba semula jadi membuatkan sistem imun anda kuat.

Herba semula jadi yang membantu meningkatkan sistem imun semasa puasa.

1. Jintan hitam (habbatussauda)

Pernah dengar herba yang bernama habbatussauda? Sejenis herba semulajadi ini dikenali sebagai jintan hitam. Jintan hitam dianggap sebagai herba yang sangat baik dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Banyak kajian membuktikan manfaat jintan hitam bagi daya tahan serta kesihatan tubuh.

Jintan hitam mengandungi zat farmakologi aktif, seperti thymoquinone, carvacrol, dan thymol yang membuatkan sistem kekebalan tubuh semakin kuat. Jenis herba ini berfungsi dengan cara meningkatkan tindak balas sel-sel darah putih dalam melawan jangkitan serta zat-zat asing yang masuk ke dalam tubuh. Bukan itu sahaja, banyak kajian menyatakan bahawa habbatussauda membantu tubuh dalam memaksimumkan pengeluaran sel darah putih, sehingga meningkatkan daya tahan tubuh.

Bahkan bukan hanya baik untuk daya tahan tubuh anda sahaja, herba semula jadi ini juga mengandungi antioksidan dan terbukti mempunyai kemampuan sebagai antikanser, antidiabetes, antibakteria, dan anti-keradangan.

2. Kunyit

Sejenis herba semula jadi yang juga baik dalam melawan segala zat asing yang akan mengganggu pertahanan tubuh selama puasa. Pelbagai kajian menyatakan bahawa kunyit adalah jenis rizom yang mempunyai keupayaan untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Kunyit berfungsi dengan cara meningkatkan pengeluaran sel-sel darah putih yang menjadi ‘pasukan utama’ dalam melawan segala jenis jangkitan, sama ada jangkitan bakteria dan virus.

Ini sangat penting terutama ketika anda berpuasa, kerana perubahan pola makan dan waktu tidur sepanjang Ramadan sering kali membuat sistem pertahanan tubuh lemah dan membuat kita lebih terdedah serangan bakteria dan virus.

Zat curcumin yang terkandung di dalam kunyit, berperanan sebagai antibakteria dan mampu melindungi pencernaan anda daripada jangkitan E.coli dan Staphylococcusaureus. Sebuah kajian perubatan telah menemui jika mengambil kunyit secara berkala dapat membantu pesakit dengan pelbagai masalah pencernaan seperti cirit-birit atau luka pada saluran pencernaan. Menjaga kesihatan saluran pencernaan adalah salah satu cara meningkatkan daya tahan tubuh, ini kerana jika ada terlalu banyak bakteria jahat di dalam sistem pencernaan, sistem imun tubuh akan menurun dan lebih terdedah terkena penyakit.

3. Kulit manggis

Kulit manggis, adalah herba semula jadi mengandungi zat manggis yang berperanan sebagai antioksidan di dalam tubuh. Zat antioksidan ini mampu mencegah radikal bebas terjadi, sehingga ekstrak kulit manggis bersifat antikanser, antidiabetes, anti-keradangan, dan boleh mencegah pelbagai penyakit kronik lain.

Kulit manggis juga bermanfaat untuk meningkatkan kekebalan tubuh anda dalam melawan penyakit, jadi boleh menghalang anda daripada jatuh sakit semasa berpuasa. Selain itu, kandungan semula jadi yang ada di dalam kulit manggis mampu menjaga kulit anda tetap sihat. Herba semula jadi ini mencegah kulit menjadi kering yang mungkin sering terjadi sepanjang bulan Ramadan akibat tubuh kekurangan cecair.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Ahmad, Aftab et al. “A Review On Therapeutic Potential Of Nigella Sativa: A Miracle Herb”. Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine 3.5 (2013): 337-352. Web. 6 June 2017.

Aljabre, Salih H.M., Omar M. Alakloby, and Mohammad A. Randhawa. “Dermatological Effects Of Nigella Sativa”. Journal of Dermatology & Dermatologic Surgery 19.2 (2015): 92-98. Web. 6 June 2017.

Bose, Sayantan et al. “Curcumin And Tumor Immune-Editing: Resurrecting The Immune System”. Cell Division 10.1 (2015): n. pag. Web. 6 June 2017.

Gutierrez-Orozco, F. and Failla, M. (2013). Biological Activities and Bioavailability of Mangosteen Xanthones: A Critical Review of the Current Evidence. Nutrients, 5(8), pp.3163-3183.

Gupta, S., Patchva, S. and Aggarwal, B. (2012). Therapeutic Roles of Curcumin: Lessons Learned from Clinical Trials. The AAPS Journal, 15(1), pp.195-218.

Lee, Hae-In et al. “Low Doses Of Curcumin Protect Alcohol-Induced Liver Damage By Modulation Of The Alcohol Metabolic Pathway, CYP2E1 And AMPK”. Life Sciences 93.18-19 (2013): 693-699. Web. 6 June 2017.

Majdalawieh, Amin F., and Muneera W. Fayyad. “Immunomodulatory And Anti-Inflammatory Action Of Nigella Sativa And Thymoquinone: A Comprehensive Review”. International Immunopharmacology 28.1 (2015): 295-304. Web. 6 June 2017.

Nabavi, Seyed Fazel et al. “Curcumin And Liver Disease: From Chemistry To Medicine”. Comprehensive Reviews in Food Science and Food Safety 13.1 (2013): 62-77. Web. 6 June 2017.

Nguyen G, Torres A. (2012). Systemic antioxidants and skin health. – PubMed – NCBI . [online] Ncbi.nlm.nih.gov. Available at: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23135663  [Accessed 6 Jun. 2017].

Tyagi, P., Singh, M., Kumari, H., Kumari, A. and Mukhopadhyay, K. (2015). Bactericidal Activity of Curcumin I Is Associated with Damaging of Bacterial Membrane. PLOS ONE, 10(3), p.e0121313.

Suttirak, W. and Manurakchinakorn, S. (2012). In vitro antioxidant properties of mangosteen peel extract. Journal of Food Science and Technology, 51(12), pp.3546-3558.

Versi Terbaru

07/06/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

5 Manfaat Yang Anda Dapat Apabila Makan Secara Sihat Setiap Hari, No. 3 Ramai Tak Sedar!

Inginkan Sarapan Pagi Lebih Berkhasiat? Ini Makanan Yang Perlu Anda Ambil & Tolak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 07/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan