backup og meta

8 Makanan Yang Boleh Merangsang Otak Di Tempat Kerja

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    8 Makanan Yang Boleh Merangsang Otak Di Tempat Kerja

    Dalam usaha mengekalkan mod dan keadaan fizikal yang terbaik untuk bekerja, belajar dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti harian, setiap daripada kita perlu mempunyai simpanan pemakanan yang mencukupi. Makanan membantu kita meningkatkan tenaga dengan menyediakan dan membakar kalori dengan lebih efisyen untuk badan kita. Bagi mendapatkan minda yang jelas untuk memulakan hari kerja yang baru serta mengekalkannya sepanjang hari, anda boleh cuba  8 makanan berikut untuk merangsang otak anda pada bila-bila masa dan di man-mana sahaja.

    Buah

    Apabila kurang bertenaga, mengambil sedikit gula adalah kaedah terbaik untuk menambah tenaga. Berbanding mengambil gula dari bahan kimia yang terdapat pada banyak jenama gula-gula, lebih baik anda mendapatkan gula semula jadi yang terkandung di dalam buah-buahan segar. Buah-buahan terkenal dengan kandungan mineral dan vitamin yang tinggi. Dengan kandungan serat yang tinggi, buah-buahan yang lazat ini(seperti pisang, epal, dan lain-lain) membantu mengekalkan kestabilan gula di dalam darah anda.

    Kekacang

    Tinggi dengan magnesium, beberapa kacang seperti gajus, badam dan hazelnut boleh membantu anda menukar gula kepada tenaga dengan berkesan. Kacang juga merupakan sumber serat yang membantu memelihara kadar gula dalam darah anda agar stabil apabila anda berasa lapar.

    Coklat

    Walaupun anda perlu mengelakkan gula-gula, satu bar segi empat coklat akan membantu anda mengembalikan tenaga anda secara drastik. Coklat mengandungi bahan perangsang semula jadi dipanggil theobromine yang boleh meningkatkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa gembira.

    Telur

    Sebiji telur rebus mengandungi tenaga lengkap yang tertinggi berbanding dengan makanan lain. Telur boleh membantu anda mengekalkan 30% daripada protein setiap hari sepanjang hari.

    Madu

    Satu sudu madu adalah bersamaan satu minuman tenaga. Dengan  indeks glisemik yang rendah, pemanis semula jadi ini bertindak sebagai bahan bakar otot yang dilepaskan semasa latihan dan membantu mengambalikan tenaga otot selepas senaman. Campurkan madu pada mana-mana hidangan anda.

    Yogurt

    Yogurt bukan sahaja sangat baik untuk kulit anda tetapi juga memberi tenaga apabila anda berasa lemah. Anda boleh menyediakan smoothie bertenaga dengan kombinasi beri (seperti beri biru atau strawberi) dan yogurt. Hidangan lembut ini membantu anda kekal fokus, membakar lemak menjadi tenaga dan mengawal pembebasan tenaga.

    Asparagus

    Asparagus biasanya ditemui di dalam hidangan harian makan tengah hari anda. Sayur ini adalah sangat tinggi dengan vitamin B, yang secara semula jadi memberikan tahap tenaga yang sihat dengan mengubah makanan (karbohidrat) ke dalam bahan bakar (gula), dan ia mengandungi banyak serat yang mengekalkan tahap gula di dalam darah. Dengan menambah asparagus ke dalam salad anda semasa makan tengah hari, anda boleh kekal fokus dengan yakin sepanjang hari bekerja tanpa perlu bimbang tentang berat badan anda.

    Keledek manis

    Keledek manis adalah makanan lazat yang sarat dengan vitamin dan karbohidrat yang tinggi. Satu paket keledek manis goreng atau yang rebus akan membantu anda mengelakkan keletihan.

    Untuk mengekalkan diri pada mod yang terbaik, ambil makanan yang membuatkan gula di  dalam darah anda kekal stabil dan meningkatkan tenaga bagi otak untuk berfungsi dengan baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan