backup og meta

5 Makanan Mengandungi Sumber Kolagen

5 Makanan Mengandungi Sumber Kolagen

Terletak di bawah lapisan paling luar kulit), kolagen merupakan asas tisu penghubung yang menyokong struktur kulit yang menjadikannya penting untuk kulit yang kelihatan muda. Tetapi, semakin berusia, badan kurang menghasilkannya kerana enzim yang berlaku secara semula jadi memecahkan kolagen, seterusnya menjadikan kulit menjadi nipis dan membentuk kedutan. Apakah sumber makanan membekalkan kolagen? Sila baca artikel ini.

1. Ikan

Mencipta sel-sel yang lebih kuat. Ikan seperti tuna dan salmon dimuatkan dengan asid lemak omega-3,” kata ahli pemakanan New York Brook Alpert. Sel kulit dikelilingi oleh membran berlemak yang melindunginya. Apabila sel-sel itu sihat, ia dapat menyokong struktur kulit.

2. Buah beri

Mengurangkan kerosakan. Beri hitam (blackberry) dan raspberi menjaringkan radikal bebas secara serentak meningkatkan tahap kolagen.

3. Soya

breast cancer surgery

Menghalang penuaan: Sama ada sumber dari susu soya, keju atau tauhu, soya mengandungi genistein (hormon tumbuhan yang berfungsi sebagai antioksidan), yang menyebabkan penghasilan kolagen dan membantu menghalang enzim, seperti MMP yang boleh menua kulit.

4. Bawang putih

Salah satu sumber sulfur terbaik yang diperlukan untuk pengeluaran kolagen dalam badan, bawang putih juga menyediakan asid lipoik dan taurine yang membantu membina semula serat kolagen yang telah rosak.

5. Buah citrus

Kajian menunjukkan bahawa buah citrus seperti oren, limau, lemon dan limau gedang yang kaya dengan vitamin C mempunyai keupayaan untuk membantu asid amino-lisin dan proline-convert kepada kolagen. Antioksidan vitamin C juga sangat penting dalam membantu meneutralkan radikal bebas, yang menyerang dan memecah kolagen dan elastin dalam kulit.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

11 Collagen-Boosting Foods https://www.newbeauty.com/slideshow/42-top-collagen-boosting-foods/8/ Accessed May24, 2018.

Versi Terbaru

06/07/2022

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Betulkah Biji Chia Berkhasiat? Ini 7 Kebaikan Chia Seed Untuk Kesihatan

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 06/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan