backup og meta

4 Sebab Mengapa Kita Memerlukan Vitamin C Sewaktu Berpuasa

4 Sebab Mengapa Kita Memerlukan Vitamin C Sewaktu Berpuasa

Menjaga badan agar kekal sihat sepanjang bulan Ramadan merupakan salah satu kewajipan anda semasa menjalankan ibadah puasa. Untuk itu, anda perlu memastikan badan mendapat nutrisi yang diperlukan. Salah satu nutrisi yang baik bagi anda semasa berpuasa adalah vitamin C. Namun, apakah manfaat vitamin C semasa berpuasa? Baca selanjutnya.

Fungsi vitamin C untuk badan

Vitamin C adalah salah satu nutrisi penting yang diperlukan badan kerana fungsi utamanya, iaitu memperbaiki dan mencetuskan pertumbuhan pelbagai sel dan tisu dalam tubuh. Memandangkan seluruh anggota badan anda sama ada tulang, jantung, darah, sehingga rambut terdiri daripada sel dan tisu, maka vitamin C berperanan besar dalam menjalankan fungsi tubuh anda.

Selain merawat sel dan tisu dalam tubuh, vitamin C juga mempunyai peranan penting yang lain. Vitamin C kaya dengan antioksida yang mampu melawan radikal bebas. Radikal bebas sendiri boleh menyebabkan penyakit, penuaan, serta kerosakan pada organ tubuh.

Manfaat vitamin C sewaktu berpuasa

Di bulan Ramadan, badan anda akan mengalami pelbagai macam perubahan untuk menyesuaikan diri dengan pola makan baru anda selama berpuasa. Akibatnya, anda mungkin rasa lemas atau jadi mudah sakit. Sebab inilah anda memerlukan vitamin C. Sila baca sehingga akhir untuk mengetahui manfaat vitamin C semasa berpuasa.

1. Menjaga daya tahan badan

Agar anda kekal sihat, sel-sel imun anda bertanggungjawab melawan virus atau bakteria penyebab penyakit. Tetapi, apabila anda berpuasa, sel-sel imun mungkin sedang berusaha mengikuti perubahan pada jam biologi tubuh.

Misalnya kerana di bulan puasa anda harus bangun lebih pagi daripada biasanya dan badan tidak menerima sebarang nutrisi selama berjam-jam. Sistem imun menjadi lemah sehingga anda lebih terdedah diserang penyakit.

Untuk itu, anda memerlukan vitamin C yang boleh menguatkan sel-sel imun dan menjaga daya tahan tubuh dari penyakit. Sejumlah kajian juga telah membuktikan bahawa mencukupkan keperluan vitamin C harian anda mampu mempercepatkan proses penyembuhan dari penyakit.

2. Mencegah letih ketika puasa

Biasanya di hari-hari awal puasa, badan akan terasa letih dan lesu. Ini kerana sistem metabolisme anda masih dalam tahap penyesuain untuk menjimatkan tenaga sepanjang hari. Anda juga mungkin jadi letih kerana daya tahan badan menurun.

Dengan mengambil vitamin C, sistem metabolisme akan lebih cepat menyesuaikan diri terhadap perubahan pola makan sewaktu berpuasa. Anda pun akan merasa lebih segar dan bertenaga semasa menjalani ibadah puasa.

3. Membuat tidur lebih nyenyak

Dirangkum dari berbagai kajian, vitamin C berkhasiat untuk meningkatkan kualiti tidur anda. Hal ini tentunya sangat baik buat anda yang berpuasa dan harus bangun lebih cepat dari biasa untuk memakan sahur.

Kurang tidur atau tidur tidak nyenyak boleh mengakibatkan pelbagai aduan kesihatan. Mulai dari mudah lapar, mod tidak stabil, badan letih, hingga melonjaknya tekanan darah.

4. Fikiran segar sepanjang hari

Salah satu manfaat vitamin C sewaktu berpuasa yang tak boleh ditinggalkan adalah meningkatkan kepekatan dan daya ingatan. Ini adalah kerana, vitamin C mampu menjaga fungsi pelbagai sel dan jaringan di dalam otak. Semasa berpuasa, fungsi kognitif otak seperti menumpukan perhatian, mengingat, dan mengambil keputusan mungkin menurun kerana otak kekurangan oksigen dan anda kurang tidur.  

Apakah sumber makanan yang kaya vitamin C?

Kementerian Kesihatan menganjurkan kanak-kanak mengambil sekurang-kurangnya 40-50 mg vitamin C sehari. Sedangkan orang dewasa sebaiknya mengambil sekurang-kurangnya 75-90 mg vitamin C sehari.

Anda boleh mencukupkan pengambilan vitamin C dari bahan makanan alami seperti jambu biji, cili, bayam, brokoli, betik, kembang kol, dan oren. Anda juga boleh mengambil suplemen vitamin C. Walau bagaimanapun, sila rujuk terlebih dahulu dengan doktor anda sebelum mula minum sebarang suplemen.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vitamin C (Acorbic acid). http://www.umm.edu/health/medical/altmed/supplement/vitamin-c-ascorbic-acid Diakses pada 17 Mei 2017.

Ramadan Fasting and Immunity System. https://www.esciencecentral.org/ebooks/effects-of-ramadan-fasting/ramadan-fasting-immunity.php Diakses pada 17 Mei 2017.

Vitamin C and immune function. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/19263912 Diakses pada 17 Mei 2017.

Does Taking Vitamin C Affect Your Sleep? http://www.livestrong.com/article/533294-does-taking-vitamin-c-affect-your-sleep/ Diakses pada 17 Mei 2017.

Vitamin C Function in the Brain. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2649700/ Diakses pada 17 Mei 2017.

Angka Kecukupan Gizi. http://gizi.depkes.go.id/download/Kebijakan%20Gizi/Tabel%20AKG.pdf Diakses pada 17 Mei 2017.

Versi Terbaru

13/05/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Selain Nasi Lemak @ Kerabu, Ada Lagi Makanan Tradisional Yang Sebenarnya Sihat!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 13/05/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan