backup og meta

Elak 10 Makanan Ini Semasa Sarapan Pagi Atau Akan Perut Meragam!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/07/2022

    Elak 10 Makanan Ini Semasa Sarapan Pagi Atau Akan Perut Meragam!

    Setiap hari pastinya pelbagai menu makan pagi yang anda nikmati, tetapi adakah ia sesuai diambil ketika bersarapan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Menu makan pagi harus dielakkan

    Mungkin nasi goreng masakan isteri atau ibu anda? Atau sarapan ala-ala mat saleh seperti pankek dengan sirap mapel?

    Kedengaran enak bukan? Tetapi adakah anda tahu, bukan semua jenis makanan sesuai diambil ketika perut kosong.

    Ingin tahu apakah jenis-jenis makanan tersebut? Ini jawapannya…

    #1. Makanan pedas tidak sesuai dinikmati sebagai makan pagi

    Makan makanan yang pedas seperti cili ketika perut kosong boleh meradangkan lapisan perut yang boleh menyebabkan reaksi berasid dan kekejangan.

    Makanan seperti cili juga boleh menyebabkan ketidakhadaman dalam perut

    #2. Makanan dan minuman bergula

    makan pagi

    Makanan atau minuman bergula tidak digalakkan untuk diambil pada waktu perut kosong terutamanya sebagai menu sarapan pagi.

    Ini kerana gula akan meningkatkan beban tambahan pada pankreas yang baru sahaja aktif selepas berehat semasa anda tidur.

    Semasa perut kosong, gula akan memberikan beban pada hati anda dan ia bertambah buruk jika anda mengambil gula yang diproses.

    Oleh itu, cuba elakkan pengambilan jus buah-buahan atau pemanis mulut pada waktu pagi.

    #3. Minuman bergas

    Minuman bergas tidak elok diambil ketika perut kosong atau sebagai menu sarapan pagi disebabkan oleh reaksi antara campuran asid karbonat dengan asid perut.

    Tindak balas antara keduanya akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti loya dan perut kembung. 

    #4. Minuman sejuk

    Meminum minuman sejuk ketika perut anda kosong akan merosakkan membran mukus dan menyebabkan sistem pencernaan anda bertindak agak lambat.

    Oleh itu, cuba elakkan meminum minuman sejuk sebagai menu sarapan pagi anda.

    Baca juga:

    #5. Buah-buahan sitrus tidak sesuai untuk makan pagi

    Memakan buah-buahan sitrus seperti limau dan lemon sebagai menu sarapan pagi hanya akan meningkatkan pengeluaran asid perut.

    Selain itu, kandungan serat dan fruktosa daripada jenis buah-buahan ini juga akan memperlahankan sistem pencernaan anda. 

    #6. Sayuran mentah

    Sayuran mentah atau salad tidak begitu elok dimakan semasa perut kosong sebagai menu sarapan pagi. Anda tahu mengapa?

    Ini kerana sayuran mentah mengandungi banyak serat kasar yang memberikan beban tambahan pada perut kosong. Ia juga akan mengakibatkan kembung perut dan sakit badan.

    #7. Kopi

    Ini adalah tabiat yang biasa dilakukan oleh ramai individu. Meminum kopi ketika perut kosong boleh menyebabkan keasidan pada perut.

    Ia merangsang pengeluaran asid hidroklorik dalam sistem pencernaan yang boleh menyebabkan gastritis bagi sesetengah individu.

    makan pagi

    #8. Tomato

    Buah tomato kaya dengan vitamin dan rendah kalori. Walau bagaimanapun, memakannya ketika perut kosong boleh menyebabkan sakit perut.

    Antara sebabnya, tomato mengandungi astringen larut yang boleh menyebabkan reaksi dengan asid gastrik.

    Antara menu makan pagi harus dielakkan #9. Bijirin

    Pada kebiasannya, bijirin mengandungi kandungan gula yang tinggi selain karbohidrat halus yang tidak elok untuk anda.

    Bijirin akan meningkatkan tahap gula darah dan akan menyebabkan anda teringinkan snek bergula lain apabila tahap gula darah anda jatuh menjunam.

    makan pagi

    #10. Buah pir

    Seperti mana tomato, buah pir juga adalah sejenis buah yang kaya vitamin dan kalium. Walau bagaimanapun, cuba elakkan daripada mengambil buah ini sebagai menu sarapan pagi.

    Ini kerana buah pir mengandungi serat mentah yang boleh merosakkan membran mukus perut yang halus.

    Kesimpulan

    Sekarang anda telah tahu apakah jenis makanan yang tidak boleh diambil ketika perut masih kosong sebagai menu sarapan pagi.

    Sekiranya anda ingin nikmati nasi goreng sebagai di waktu pagi elakkan daripada memasukkan cili kedalam hidangan nasi goreng tersebut.

    Nasi goreng yang enak belum tentu disebabkan oleh bahan tertentu seperti cili, tetapi disebabkan oleh kaedah memasak dan resepi daripada individu tertentu seperti ibu dan isteri anda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan