Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Zinnat® biasanya digunakan untuk merawat jangkitan bakteria pada tekak, sinus, telinga tengah, paru-paru atau dada, saluran kencing, dan kulit dan tisu lembut.
Zinnat® juga boleh digunakan untuk merawat penyakit Lyme (jangkitan yang disebarkan oleh parasit yang disebut kutu).
Ambil ubat ini seperti yang diberitahu oleh doktor atau ahli farmasi. Semak dengan doktor atau ahli farmasi jika anda tidak pasti.
Ambil Zinnat® selepas makan. Ini membantu menjadikan rawatan lebih berkesan.
Telan Zinnat® dengan air yang cukup.
Zinnat® paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Zinnat® ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambilnya, sila maklumkan kepada doktor anda, jika:
Zinnat® tidak disyorkan untuk kanak-kanak berumur di bawah tiga bulan.
Anda harus melihat simptom-simptom tertentu, seperti tindak balas alahan, jangkitan kulat (seperti candida) dan cirit-birit yang teruk (kolitis pseudomembranous) semasa anda mengambil Zinnat®. Ini akan mengurangkan risiko sebarang masalah.
Jika anda memerlukan ujian darah, Zinnat® (boleh menjejaskan keputusan ujian untuk tahap gula darah, atau skrin darah yang dipanggil ujian Coombs.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Zinnat®.
Reaksi alergi yang teruk mungkin berlaku seperti ruam yang timbul dan gatal, bengkak, kadang-kadang berlaku pada muka atau mulut menyebabkan kesukaran bernafas.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Zinnat® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang mempunyai tindak balas dengan ubat ini:
Zinnat® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Zinnat® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Zinnat® (cefuroxime).
Dos yang disyorkan untuk Zinnat ® adalah 250 mg hingga 500 mg dua kali sehari, bergantung kepada tahap dan jenis jangkitan.
Dos yang disyorkan Zinnat ® adalah 10 mg / kg (maksima 125 mg) hingga 15mg / kg (maksimum 250 mg) dua kali sehari, bergantung kepada keparahan dan jenis jangkitan.
Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami sepenuhnya tentang ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Zinnat® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen