Triamcinolone Acetonide

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Triamcinolone Acetonide?

Triamcinolone acetonide digunakan untuk merawat beberapa keadaan kulit seperti ekzema, alahan dan sebagainya. Triamcinolone juga mengurangkan bengkak, gatal dan kemerahan yang boleh berlaku dalam keadaan jenis ini.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang produk anda, sila rujuk ahli farmasi anda.

Bagaimanakah kegunaan triamcinolone acetonide?

Gunakan ubat ini hanya pada kulit. Jangan gunakannya di muka, pangkal paha (groin) atau ketiak melainkan diarahkan untuk berbuat demikian oleh doktor anda.

Basuh dan keringkan tangan anda. Sebelum menggunakan ubat ini, basuh dan keringkan tempat yang terbabit.

Jangan tutup atau balut kawasan yang terbabit melainkan disuruh berbuat demikian oleh doktor anda.

Bagaimana saya menyimpan triamcinolone acetonide?

Triamcinolone acetonide paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan triamcinolone acetonide di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang triamcinolone acetonide ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan triamcinolone acetonide?

Sebelum mengambil , sila beritahu doktor anda:

  • Yang anda mempunyai alahan terhadapnya; atau terhadap kortikosteroid yang lain (seperti hidrokortison, prednisone)
  • Anda mempunyai alahan yang lain.
  • Anda mempunyai peredaran darah yang lemah.
  • Anda mempunyai masalah pada sistem imun.

Jangan menggunakan ubat ini jika terdapat jangkitan atau luka pada kawasan terbabit yang ingin dirawat.

Sangat jarang sekali, penggunaan kortikosteroid dalam tempoh yang lama pada kawasan kulit yang luas boleh menyebabkan badan anda susah untuk memberi respon kepada tekanan fizikal. Oleh itu, sebelum menjalani pembedahan atau rawatan kecemasan, atau jika anda mendapat sakit/kecederaan yang serius, maklumkan kepada doktor atau doktor gigi anda yang anda sedang atau pernah menggunakan ubat ini dalam tempoh beberapa bulan yang lalu.

Adakah selamat untuk mengambil triamcinolone acetonide semasa mengandung atau menyusukan bayi

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan triamcinolone acetonide?

Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Kepanasan, gatal, irritasi atau kering
  • Tanda regangan
  • Penipisan/perubahan warna kulit
  • Jerawat
  • Pertambahan rambut yang banyak
  • Benjolan rambut (folikulitis)
  • Kemerahan
  • Bengkak
  • Iritasi

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas triamcinolone acetonide?

Triamcinolone acetonide mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang mempunyai tindakbalas dengan ubat ini:

  • Kortikosteroid (seperti prednisone)
  • Cyclosporine

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan triamcinolone acetonide?

Triamcinolone acetonide mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan triamcinolone acetonide?

Triamcinolone acetonide akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Gunakan selaput nipis yang mengandungi ubat ini pada kawasan terbabit dan sapukan dengan lembut, kebiasaannya 2 ke 4 kali sehari atau seperti diarahkan oleh doktor.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan triamcinolone acetonide?

Triamcinolone acetonide boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

Krim triamcinolone acetonide USP 0.1% tersedia dalam

  • Tiub 15g
  • Tiub 30g
  • Tiub 80g
  • Botol 45g

Krim triamcinolone acetonide USP 0.025% tersedia dalam

  • Tiub 15g
  • Tiub 80g
  • Botol 45g

Krim triamcinolone acetonide USP 0.5% tersedia dalam

  • Tiub 15g

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Teofilin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Alahan Rinitis

    Alahan rinitis merupakan satu keadaan di mana sistem imun bertindak balas terhadap zarah dalam udara terutamanya debu. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Ibu Hamil JANGAN Ambil Mudah Jika Rasa Gatal, Ia Boleh Sebabkan 3 Komplikasi Ini Pada Bayi

    Rasa kegatalan mungkin dianggap sebagai perkara biasa. Namun gatal ketika hamil tidak boleh diabaikan. Tetapi kenapa berlaku kepada ibu mengandung?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Makanan Laut: Bagaimanakah Ia Menyebabkan Alahan?

    Ada individu yang tidak menyukainya atau mengalami alahan terhadap makanan laut. Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Susu Kambing: Benarkah Khasiatnya Seperti yang Dicanang-canangkan?

    Susu kambing dan produk tenusu yang diolah darinya, telah lama dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan kerana profil nutrisinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Pemakanan 05/08/2019