backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Tablet Nizoral

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurizati Hamizah Abd. Rahim · Disemak pada 19/12/2019

Kegunaan

Apa itu Tablet Nizoral?

Nizoral® selalunya digunakan untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh kulat.

Ketoconazole tidak digunakan dalam merawat jangkitan kulat pada jari tangan atau jari kaki, kanser prostat atau sindrom Cushing.

Ubat ini patut digunakan hanya apabila anda tidak boleh menggunakan ubat anti kulat yang lain.

Nizoral® boleh menyebabkan ancaman yang serius kepada hati anda yang boleh menyebabkan pemindahan hati atau kematian.

Bagaimanakah kegunaan Tablet Nizoral?

Sila ambil ubat ini sepertimana yang diarahkan kepada anda. Ikut semua arahan pada label preskripsi. Jangan ambil ubat ini dalam jumlah yang lebih banyak atau lebih sedikit atau lebih lama dari yang disarankan.

Jangan kongsi ubat ini dengan orang lain, walaupun jika mereka ada simptom yang sama seperti anda.

Gunakan ubat ini dalam jangka masa yang ditetapkan. Simptom yang anda alami mungkin semakin pulih sebelum jangkitan ini benar-benar hilang. Melangkaui dos juga boleh meningkatkan risiko jangkitan yang lebih teruk yang ampuh dengan ubat anti kulat. Nizoral®  tidak merawat jangkitan virus seperti demam dan selesema.

Bagaimana saya menyimpan Tablet Nizoral?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Tablet Nizoral?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
  • Apabila menggunakan Nizoral, anda mungkin memerlukan pemeriksaan darah berkala untuk memeriksa fungsi hati anda.

    Adakah selamat untuk mengambil Tablet Nizoral semasa mengandung atau menyusukan bayi?

    T​iada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini  berada di kategori C bagi risiko mengandung.

    Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui
  • Kesan Sampingan

    Apakah kesan sampingan ubat ini?

    Kesan sampingan yang sering terjadi ialah:

    • Loya yang ringan.
    • Sakit perut.
    • Cirit-birit.
    • Sakit kepala.

    Hubungi doktor anda jika ada mengalami:

    • Sakit kepala dan sakit dada.
    • Pening yang teruk.
    • Pengsan.
    • Detak jantung laju dan berdegup kuat.
    • Lemah yang tidak biasa atau rasa penat.
    • Loya-loya.
    • Muntah.
    • Sakit di bahagian atas perut.
    • Gatal-gatal.
    • Rasa penat.
    • Hilang selera makan.
    • Air kencing gelap.
    • Najis berwarna tanah liat.
    • Jaundice (kekuningan pada kulit dan mata).

    Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal, susah bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

    Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

    Tindakbalas

    Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Tablet Nizoral?

    Nizoral® mungkin ​mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

    Beberapa produk yang mungkin memberi interaksi dengan ubat ini termasuklah:

    • Alprazolam, midazolam, or triazolam.
    • Cisapride or pimozide.
    • Dihydroergotamine or ergotamine.
    • Disopyramide, dofetilide, dronedarone, eplerenone, nisoldipine, quinidine, or ranolazine.
    • Lovastatin or simvastatin.
    • Methadone.

    Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Tablet Nizoral?

    Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

    Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Tablet Nizoral?

    Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Adalah penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

    Keadaan kesihatan yang dimaksudkan ialah:

    • Sejarah masalah hati.
    • Masalah pada kelenjar adrenal.
    • Sejarah keluarga sindrom QT panjang.

    Penggunaan / Dos

    Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

    Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

    Jangkitan kulat:

    Dos yang disarankan ialah 200-400 mg/hari PO.

    Cushing syndrome (off-label):

    Penggunaan off-label untuk menghalang steroidegenesis pada pesakit sindrom Cushing: dos yang disarankan ialah 600-800 mg/hari melalui oral.

    Recurrent tinea versicolor (off-label): dos yang disarankan ialah 400 mg melalui mulut setiap bulan.

    Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

    Tiada lagi dos yang disyorkan kepada pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

    Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

    Nizoral® tersedia dalam bentuk dan dos kekuatan:

    • Nizoral® 20 mg tablet

    Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

    Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

    Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

    Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nizoral® (ketoconazole), sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurizati Hamizah Abd. Rahim · Disemak pada 19/12/2019

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan