Pereda Batuk Topikal Luden

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 mins read

Kegunaan

Apakah kegunaan Pereda Batuk Topikal Luden®?

Pereda batuk topikal Luden® biasanya digunakan untuk kelegaan sementara: kemunculan iritasi kecil, sakit, sakit mulut dan sakit tekak.

Bagaimanakah saya perlu ambil Pereda Batuk Topikal Luden®?

Gunakan sama seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Jangan menelan keseluruhan mentol lozenge. Biarkan ia larut dalam mulut anda tanpa dikunyah.

Gunakan lozenge baru setiap dua jam atau seperti yang diperlukan.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Pereda Batuk Topikal Luden®?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan ubatan ini di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama ubatan ini yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang ubatan ini ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Pereda Batuk Topikal Luden®?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubatan ini atau ubat-ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Peringatan sakit tekak: jika sakit tekak teruk, berterusan selama lebih dari dua hari, disertai atau diikuti oleh demam panas, sakit kepala, ruam, bengkak, mual atau muntah, berundinglah bersama doktor dengan segera. Masalah ini mungkin serius.

Hentikan penggunaan dan tanya doktor jika:

  • Sakit mulut tidak bertambah baik dalam tujuh hari
  • Iritasi, kesakitan atau kemerahan bertahan atau bertambah buruk

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Pereda Batuk Topikal Luden®?

Dapatkan bantuan kecemasan jika anda mengalami mana-mana tanda tindak balas alergik terhadap ubat ini: gatal, susah bernafas, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Kesan sampingan yang kurang serius adalah lebih berkemungkinan, dan anda mungkin tidak mengalami apa-apa sama sekali.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Pereda Batuk Topikal Luden®?

Ubatan ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Pereda Batuk Topikal Luden®?

Ubatan ini mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ianya berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Pereda Batuk Topikal Luden®?

Ubatan ini akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Pereda Batuk Topikal Luden®.

Apakah dos Pereda Batuk Topikal Luden® yang sesuai untuk seorang dewasa?

Biarkan titisan untuk larut perlahan-lahan di dalam mulut.

Ulang mengikut keperluan setiap dua jam, atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

Apakah dos Pereda Batuk Topikal Luden® yang sesuai untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke atas: Biarkan titisan untuk larut perlahan-lahan di dalam mulut. Ulang mengikut keperluan setiap 2 jam, atau seperti yang diarahkan oleh doktor.

Kanak-kanak yang berumur di bawah 3 tahun: tanyakan nasihat doktor.

Ketersediaan Pereda Batuk Topikal Luden®

Pereda Batuk Topikal Luden® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Lozeng

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos Pereda Batuk Topikal Luden®?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos ubatan ini, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Main Telefon Bimbit Lebih 4 Jam Sehari? Jangan Abaikan Sakit Pada Pergelangan Tangan Anda!

    Pernahkah anda rasa sakit pergelangan tangan ketika main handphone? Jika ya, jangan sesekali ambil ringan! Ia boleh bertukar menjadi teruk jika tak dirawat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 07/07/2020 . 3 mins read

    Siapa Cakap Lelaki Tak Perlu Buat Yoga? Ada Manfaat Untuk Kesihatan Seksual Okay!

    Ramai yang kata senaman ini hanya untuk warga emas atau wanita hamil sahaja, salah. Ini kerana terdapat banyak manfaat yoga untuk lelaki. Klik untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kecergasan 07/07/2020 . 3 mins read

    Usah Biarkan Masalah Vaginismus Sekat Hubungan Seks Anda, Ikut 3 Tip Ini, Sure Nikmat!

    Anda sering sakit ketika bersama suami? Mungkin itu kerana masalah seksual dikenali sebagai vaginismus. Ikuti tip ketika melakukan seks. Sure berkesan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 06/07/2020 . 3 mins read

    10, 15 Atau 20 Minit? Ini Rupanya Berapa Lama Suami Isteri Kena Buat ‘Sentuhan Oral’

    Seks oral adalah satu kebiasaan buat pasangan suami isteri. Persoalannya, apakah waktu ideal hisap zakar dan jilat faraj? Klik artikel ini untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 06/07/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    hubungan seks

    Nak Bermesra Dengan Pasangan Tapi Takut Hamil? Ini 5 Aktiviti Seks Takkan Buat Wanita Mengandung

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
    cara menjaga miss v

    Nak Jaga Miss V, Bukan Hanya Kena Cuci, Tapi Ini Ada 8 Tip Pastikan Faraj Sihat & Tak Berbau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
    rambut lanugo

    AWAS Jika Tubuh Bayi Baru Lahir Ditumbuhi Rambut Halus, Ada Yang Bahaya Tau!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read
    ibu hamil

    Ibu Hamil Mengidam Makan Paru Dan Hati Lembu? Nanti Dulu! Ada Risiko Pada Bayi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad
    Diterbitkan pada 07/07/2020 . 3 mins read