Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Dequadin® digunakan sebagai rawatan jangkitan mulut dan rawatan sakit tekak seperti ulser apthous, jangkitan kulat mulut (thrush) dan sakit tekak.
Gunakan Dequadin® seperti yang diarahkan oleh doktor. Periksa label pada ubat bagi arahan dos yang tepat.
Dequadin® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambilnya sebagai rawatan jangkitan mulut dan sebagai rawatan sakit tekak, sila beritahu doktor anda:
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat Dequadin®.
Tindak balas hypersensitif dan sakit lidah mungkin berlaku.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Ia bertindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mengubah keberkesanan ubat tersebut atau meningkatkan risiko berlaku kesan sampingan yang serius. Untuk mengelak daripada berlaku sebarang potensi tindakbalas ubat, anda perlu menyimpan senarai semua ubat-ubatan yang anda ambil (termasuk ubat dipreskrip, ubat tidak dipreskrip dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mula, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa kebenaran doktor anda.
Dequadin® mungkin bertindak balas dengan makanan atau minum beralkohol dengan mengubah cara ubat tersebut bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan serius berlaku. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda tentang potensi tindak balas makanan atau alkohol sebelum menggunakan ubat ini.
Dequadin® mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini mungkin menyebabkan keadaan kesihatan anda semakin teruk atau ia akan mengubah cara ubat ini bertindak. Adalah penting untuk selalu memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda alami.
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Untuk rawatan sakit tekak orang dewasa dan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas: 1 lozeng dihisap setiap 2 ke 3 jam, maksimum 8 sehari.
Dos bagi kanak-kanak bawah 10 tahun masih belum diterima pakai. Adalah penting untuk anda memahami secara keseluruhan keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut.
Dequadin® boleh didapati dalam bentuk dos dan kekuatan berikut:
Dequadin® 0.25mg Lozeng – 40 Lozeng.
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Fakta Disemak oleh
Hello Doktor Medical Panel
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen